Friday, December 4, 2009

GALLANTARY AWARDS

PINGAT KEPAHLAWANAN PERSEKUTUAN

I opened this topic because after considering the importance of recognition (to the contribution of our employees/workers/subordinates) in 'Human Resource Management'.


SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP)

Penganugerahan Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini ialah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Ianya dizahirkan pada 29 Julai 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang pengurniaan ini mengandungi Lencana berbentuk bulan sabit dan bintang pecah 14 serta bulan sabit.



PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB)

Anugerah Jasa Perkasa Persekutuan ini diberi kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan gagah berani luar biasa dan juga kepada anggota pasukan keselamatan kerana kegagahan dan keberanian diluar medan perang. Anugerah ini dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang anugerah ini berbentuk lencana bintang pecah lima.




PINGAT TENTERA UDARA (PTU)



Pingat Tentera Udara ini telah dizahirkan pada 17 Julai 1968. Ianya dikurniakan terhadap kepewiraan, keberanian atau taat setia yang teristimewa dalam menjalankan kewajipan yang ditunjukkan oleh Angkatan Tentera semasa menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi atau tidak orang yang layak menerima perhormatan ini ditentukan oleh Menteri Pertahanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang kehormatan ini ialah sebuah pingat berbentuk bujur telur.

JASA PERKASA PERSEKUTUAN (JPP)


Anugerah Jasa Perkasa Persekutuan ini diberi kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan gagah berani luar biasa dan juga kepada anggota pasukan keselamatan kerana kegagahan dan keberanian diluar medan perang. Anugerah ini dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang anugerah ini berbentuk lencana bintang pecah lima.



KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN (KPK)


Terdapat di dalam Angkatan Tentera atau Polis Diraja Malaysia orang-orang yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah dan berani akan tetapi perlakuan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereke dikurniakan Pingat. Oleh yang demikian pada 20 Julai 1969, satu lambang telah dizahirkan untuk mengiktiraf kelakuan keberanian ini dengan memberi lambang berbentuk Daun Palas yang diperbuat daripada gangsa.


DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT)



PANGLIMA GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT)



Individu yang layak menerima pingat ini ialah, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara. Manakala Panglima-panglima Tentera Asing juga layak dianugerahkan PGAT (Kehormat) .




PANGLIMA SETIA ANGKATAN TENTERA (PSAT)



Penerima yang layak ialah pegawai-pegawai ATM berpangkat Mejar Jeneral dan Leftenan Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan yang setaraf dalam TLDM dan TUDM. Darjah 'Kehormat' untuk pegawai tentera dari negara asing yang setaraf.



PAHLAWAN ANGKATAN TENTERA (PAT)



Penerima yang layak adalah pegawai-pegawai ATM berpangkat Kolonel dan Brigadier Jeneral TDM dan pangkat yang setaraf di dalam TLDM dan TUDM. Darjah 'Kehormat' juga layak dianugerahkan untuk pegawai tentera dari negara asing yang setaraf.





KESATRIA ANGKATAN TENTERA (KAT)



Pegawai ATM berpangkat Leftenan Kolonel dari TDM ke bawah dan pangkat yang setaraf dalam TLDM dan TUDM. Darjah 'Kehormat' juga layak untuk dianugerahkan kepada pegawai tentera dari negara asing yang setaraf.





BENTARA ANGKATAN TENTERA (BAT)



Penerima yang layak adalah anggota ATM dari kalangan Pegawai Bertauliah ATM dari ketiga-tiga cabang ATM.












xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

0 comments: