Sunday, December 20, 2009

MALAYSIAN FOOTBALL




BOLA SEPAK MALAYSIA


Saya bukanlah seorang penggemar sukan, jauh sekali ahli sukan. Aku tulis pasal bola sepak ni sebab, inilah sukan yang jadi perhatian semua lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jadi tak dapat tidak kena tau jugak la pasal bola sepak ni.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku pun main bola sepak juga untk mewakili 'school team'. Tapi sekolah aku tak pernah menang semasa perlawanan antara sekolah bagi kawasan Senggarang. Baru perlawanan pusingan awal dah kecundang. Aku main posisi ‘fullback’. I did not blame the players. We all were not ‘kaki bangku’. Tau je la, sekolah pendalaman, padang pun macam bukan padang sahaja, padang ragut lembu pun lagi cantik. Tanah gambut, rumput macam-macam rupa, campur dengan lalang. Tunggul kayu hutan pun tak ilang lagi, bonggol dan lopak air sana-sini. Silap-silap nak sepak bola tersepak tunggul atau bonggol tanah yang terbang. Depan tiang gol macam lopak kubang kerbau.

Latih main bola ‘kaki ayam’, tapi bila lawan bola, kena pakai kasut, sekolah bagi ‘pinjam’. Kasut turun temurun dari murid2 tahun lepas. Tu pun midfielder saja yang dapat.Yang lain pakai kasut Fung Keong. Bayangkan. Bila main kat sekolah lawan (dipekan), padang cantik, rata, keras…., jadi macam lembu lawan lari kat padang lumba kuda. Bersepah, haru-biru kene kerjakan pasukan lawan.

Masa sekolah menengah, aku tak berapa minat main bola. Sesekali masa pendidikan jasmani atau main petang-petang masa hari sukan. Aku ‘tobat’ main bola bila salah satu jari tangan ku patah kerana menahan bola (salah teknik laaaa) masa jadi ‘goalkeeper’ sambilan. Lepas tu, aku Cuma aktif sukan olahraga (lempar cakera) dan 3 tahun berturut-turut dapat pingat emas masa sukan tahunan sekolah). Bila masuk MSSD kat Stadium Batu Pahat, hancussssss….. bukan nak kata aku ni lemah, tapi masa saringan, tenguk saiz budak Cina dari High School, SMK Jalan Kolam Air, SMI…dah kecut.

TAPI...ada hikmahnya, walaupun kalah setiap tahun. Di Stadium Batu Pahat ni la, aku bertemu jodoh dengan isteriku sekarang.... Huhuhu.


Pada tahun 1972, semasa pasukan bolasepak Malaysia berjaya mewakili Asia Timur ke Sukan Olimpik Munich, aku masih dalam Tingkatan 1. Aku masih ingat, Syed Ahmad bin Syed Bakar, hero pasukan Malaysia yang menjaringkan 5 gol (kalau tak silap) dengan mengalahkan gergasi bolasepak Asia masa itu, Korea Selatan dan Jepun semasa perlawanan kelayakan peringkat Zon Asia Timur.


Walaupun aku bukan kaki bola, aku boleh hafal nama semua pemain Malaysia masa tu (selain Syed Ahmad yang hensem tu) seperti Wong Kam Fook, Lim Fung Kee, Soh Chin Aun (Datuk), Wong Chun Wah, M.Chandran (Datuk), Dell Akbar Khan (Datuk), Othman Abdullah, Wan Zawawi, Shaharudin Abdullah, Namat Abdullah, Santokh Singh, Bahwandi Heralal, Mahadi Yusof, Ali Bakar, Mohamad Bakar, Zulkifli Norbit, Baharin Khamis, Abdullah Ali, Salleh Ibrahim dan lain-lainnya. Walaupun tewas di pusingan awal Olimpik, , menang dengan USA (3-0), kalah dengan tuan rumah Jerman barat (0-3) dan tewas dengan Morocco (0-6).



M.Chandran (Kapten Malaysia 1970-74)

Dalam perlawanan kelayakan Olimpik 1972 di Seoul, Malaysia berjaya membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan 1-0, mengetepikan Jepun 3-0. Semua gol ialah hasil jaringan Syed Ahmad, seorang legenda bola sepak negara. Welldone!



Dalam Sukan Asia di Tehran (1974) Malaysia tewas di tangan Israel 3-8 tapi kemudian menewaskan Filipina dengan 11-0, satu rekod yang sukar diatasi hingga kini. Bagaimanapun, Malaysia tewas 0-1 di tangan Iran pada peringkat separuh akhir, sebelum menumpaskan Korea Utara 3-2 dalam penentuan pingat gangsa.

mendiang V.Arumugam (Spiderman Malaysia)

Aku baca satu blog yang ditulis oleh Baharin Khamis (salah seorang bekas pemain Olimpik 1972), bahawa elaun harian pemain bola sepak negara era 1970-an hanyalah RM50 sehari, tetapi mereka tetap MEGAH dan PERKASA. Aku tak tau la pemain Malaysia sekarang, berapa mereka dapat sehari. Tapi bila dah kaya, main pulak entah apa-apa, takut cedera, nanti tak dapat jadi pemain Semi-Pro. Ye la, sekarang main bola adalah pekerjaan, bukan permainan lagi.

'Skipper' Soh Chin Aun (Kapten Malaysia 1974-79)

Tahun 1980 (masa tu aku ada di SPK Sebatang Kara) sekali lagi Malaysia berjaya masuk ke Olimpik di Moscow. Malangnya pasukan kita tidak kesampaian untuk mempamirkan bakat mereka di arena Olimpik lantaran isu pemulauan pasukan Israel. Masa itu bintang bolasepak seperti Arumugam, Shukor Salleh, Mokhtar Dahari, Hassan Sani, James Wong, Salleh Ibrahim, Davendran, Abdullah Ali, Kanaraju, K.Rajagopal, Isa Bakar, Khalid Ali (Soh Chin Aun dan Santokh juga masih bermain) pula mewarnai dunia bolasepak Malaysia. Malaysia merupakan salah satu gergasi bolasepak Asia.



Pasukan ini yang bergelar Harimau Malaya disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Walaupun, ia nampak bangkit sedikit setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos pada bulan Disember 2009 TAPI personally, aku masih belum ada penuh kepercayaan.... selagi belum disahkan dalam 2 atau 3 perlawanan utama selepas ini. Kalau tidak, akan jadi macam pasukan Badminton kita, lepas menang All-England, terus lenyap.

Kat bawah ni, aku coretkan sedikit sejarah Pasukan Bola Sepak Negara, yang aku perolehi dari Wikipedia.

SEJARAH

Pasukan Kebangsaan

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (sekarang Dato'), Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.

Ghani Minhat (Raja Bola)

Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.

Supermokh (Kapten Malaysia 1979-1986)

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain legenda, satu gabungan kental yang diketuai oleh penyerang serba boleh Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan kebal; Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gawang goal yang tangkas, R.Arumugam atau 'spiderman'.


Buat kali keduanya, Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Moscow (1980), malangnya kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kali ini, pasukan kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singgh (Shebby), Zainal Abidin Hassan Ali, Dollah Saleh, Bakri Ibni, Isa Bakar, Vithialingam, Lim Tiong Kim dan Shukor Saleh (Kapten).



Zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai runtuh pada 1994 apabilaberlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan imej pasukan bola sepak negara.

Azman Adnan


Pada dekad 2000-an ada juga nampak kelibat pemain berpotensi, seperti Khalid jamlus dan Akmal Rizal Ramli serta Indra Putra Mahayuddin, namun mereka tak konsisten, sehingga kini masih gagal mencipta nama untuk menambat hati rakyat Malaysia. Pasukan Malaysia tetap terumbang-ambing dan kadangkala tenmggelam punca sehingga tewas memalukan kepada pasukan hingusan di peringkat Sukan SEA.

Tanya saya kenapa sukar sangat bolasepak Malaysia nak pulih? Jawapan dari orang yang tak minat bola seperti saya ialah:

  • Pemain Malaysia dah manja dengan simbahan wang ringgit akibat dari wujudnya Liga Semi Pro.
  • Semangat kenegerian dan kekelaban meningkat. Tiada prioroty untuk pasukan kebangsaan. Kelab dan negeri adalah periuk nasi mereka.
  • Faktor kepimpinan.... istana dan politik.

Bila prestasi menurun, sokongan pun menurun, penuntun pun menurun, pendapatan (kutipan tiket) pun ikut menurun. Hasilnya pasukan negeri dan kelab tak cukup dana untuk membangunkan pasukan. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.


Tahun 2009. Adalah nampak sedikit perubahan di penghujung tahun ni. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila menamatkan penantian 20 tahun apabila memungut Pingat Emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Tapi kemenangan ini pun masih belum membuktikan bahawa Malaysia telah bangkit. Tiada jaringan gol oleh pemain Malaysia. Gol tunggal dijaringkan sendiri oleh pemain Vietnam, akibat kesilapan pihak lawan.


Pada Sukan SEA 2000 Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah 23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat Emas di temasya tersebut. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.

Pasukan SeniorMalaysia (2008)

Pasukan Bawah 23 (Emas Sukan SEA 2009)


FAKTA BOLASEPAK MALAYSIA

Piala Pestabola Merdeka

1957 - Hongkong

1958 - Malaya

1959 - Malaya

1960 - Malaya dan Korea Selatan

1961 - Indonesia

1962 - Indonesia

1963 - Taiwan

1964 - Burma

1965 - Korea Selatan dan Taiwan

1966 - Vietnam Selatan

1967 - Korea Selatan dan Burma

1968 - Malaysia

1969 - Indonesia

1970 - Korea Selatan

1971 - Burma

1972 - Korea Selatan

1973 - Malaysia

1974 - Malaysia

1975 - Korea Selatan

1976 - Malaysia

1977 - Korea Selatan

1978 - Korea Selatan

1979 - Korea Selatan dan Malaysia

1980 - Maghribi

1981 - Iraq

1982 - Santa Catarina

1983 - Buenos Aires XI

1984 - Korea Selatan

Rekod Bola Sepak Malaysia

1930-1984Piala Dunia

1930-1970: Tidak sertai1974-1984: Tidak layak

Sukan Olimpik

1972: Layak (Pusingan Pertama)

1980: Layak (PusinganPertama)

Piala Asia

1976: Pusingan pertama

1980: Pusingan pertama

Sukan Sea

1959: Gangsa

1961: Emas

1969: Gangsa

1971: Perak

1973: Gangsa

1975: Perak

1977: Emas

1979: Emas

1981: Perak

1983: Gangsa

2009: Emas

xxxxxxxxx

0 comments: