Wednesday, November 25, 2009

PUTERA-PUTERIKU TERSAYANG



BERCERITA TENTANG ANAK-ANAKKU



MUHAMMAD HAFEEZ FIRDAUS
(27 Ogos 84)



Kegembiraan saat perkahwinan telah berlalu. Saat seterusnya adalah mengesahkan 'pregnancy' isteriku. Ini lebih penting kerana ia bakal mengesahkan yang aku adalah lelaki sejati dan mampu menzahirkan zuriat. Dan, menanti kelahiran cahaya mata pertama merupakan satu lagi saat yang amat mendebarkan.

Masa tu aku bertugas di TUDM Kuantan. Leftenan Muda. Setelah lebih 9 bulan menanti, akhirnya satu malam, Adibah mula mengalami 'bleeding'. Biasa la, pengalaman pertama, aku mula kelam kabut. Masa tu aku tak ada kereta lagi. Hanya motorsikal kapcai je. Jadi aku meminta bantuan salah seorang jiranku iaitu Kopral Ismail (Cabang Kenderaan) untuk membawa Adibah ke hospital. Setelah dimasukkan ke wad, tiada tanda pulak untuk bayi akan lahir. Bila sampai hari keempat isteriku masih tak merasai kesakitan untuk bersalin, doktor mula berbincang, kalau 'baby' tak keluar juga, mungkin pihak hospital akan melakukan pembedahan. Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, Adibah memaksa diri (meneran) supaya bayi segera keluar...dan Muhammad Hafeez Firdaus selamat dilahirkan pada 27 Ogos 1984 di Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan.



Orang yang paling banyak membantu kami semasa kami memulakan hidup berkeluarga ialah Kak Nah, jiran kami di Taman TAS. Kak Nah (Aminah) adalah isteri Abang Mues (Kapten Mues bin Mohd Yusof- seorang pegawai Semboyan di Kem Gambang). Mereka mempunyai dua anak, iaitu Muslina (Ina) dan Hasfanizam (Izam). Merekalah yang banyak membantu menjaga dan mengasuh 'baby' kami. Dengarnya, mereka telah berpindah ke Taman Guru di Kuantan.
Masa Hafeez berusia satu tahun (1985), kami berpindah ke kuarters (OMQ) di dalam pangkalan dan seterusnya berpindah ke Shah Alam pada tahun 1986 kerana aku dipilih melanjutkan pengajian ke ITM.



Hafeez mula bersekolah di TADIKA Al Ain, Seksyen 1, Shah Alam (milik Jemaah Al Arqam) sebelum memasuki Darjah 1 pada tahun 1991 di SRA Qurratul Ain sehingga Darjah 3.

Hafeez berkhatan semasa berusia 9 tahun di RSAT TUDM Subang. Pengalaman pertama mengkhatankan anak, aku hampir pitam semasa menemaninya. Nasib baik staf RSAT dapat melihat keadaanku dan cepat-cepat memegangku untuk di bawa keluar sebentar.

Pada tahun 1993 kami berpindah ke quarters di Kem KEMENTAH dan Hafeez juga berpindah ke Sek Ren Islam Al Amin, di AU2 Keramat sehingga Darjah 5. Kemudian dia aku pindahkan ke Sek Keb Desa Tun Hussein Onn (sekolah yang baru dibuka di dalam Kem). Dia bersekolah di situ sehingga tamat Darjah 6 pada tahun 1996.







Hafeez Di sekolah ini dia dilantik menjadi Pengawas dan dia terpilih sebagai pemimpin bacaan doa setiap kali perhimpunan di sekolah.

Keputusan UPSRnya ialah 3A1B1C. Namun, menuruti kehendak Uminya, dia disekolahkan ke Sekolah Pondok Agama di Sungai Besar, Selangor. Sekolah itu bernama Maahad Tahfiz Al Quran wal Ulumuddin, Jalan Tebuk Hj Yusof, Sg Besar . Pemiliknya bernama Haji Jemari. Inilah pertama kali aku berpisah dengan anakku. Sepanjang perjalanan pulang aku tak dapat menahan kesedihan. Air mataku bercucuran sepanjang perjalanan pulang. Malah 2-3 hari selepas itu, setiap malam (especially lepas solat) aku menangis, merindui anak sulungku ini.

Sejak itu setiap 2 minggu atau sebulan kami sekeluarga akan melawatnya. Hafeez bersekolah di situ selama 3 tahun lebih sebelum aku mengambil keputusan untuk memindahkannya kerana sekolah tersebut mengalami masalah pentadbiran. Masa itu, Hafeez sudah menghafaz hampir 20 juzuk AlQuran.









Aku pindahkan dia ke Kedah, kerana sukar mencari sekolah agama yang formal di kawasan Selangor. Melalui akhbar, kami mendapat maklumat mengenai Sekolah Menengah Wawasan di Pekan Baru, Sungai Petani. Di situ Hafeez terus masuk Tingkatan 3. Tahun seterusnya dia masuk Tingkatan 4 dan mengambil PMR. Dalam tempoh setahun di situ, Hafeez begitu menyerlah dan dipilih menerima hadiah sebagai pelajar terbaik.
Sek Wawasan juga ada masalah pentadbiran. Pada awal ke Tingkatan 5(2006), aku pindahkan sekali lagi ke Sek Men Agama (SMA) Nahdatul Hasanah, di Melele, Kodiang, Kedah (dah dekat sempadan Perlis). Dia bersekolah di situ sehingga tamat SPM. Alhamdulillah, keputusan SPMnya agak baik dan setelah lulus temuduga, dia berjaya diterima untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Darul Quran (DQ), JAKIM di Kuala Kubu Bahru.

admitted di Hosp KKB (dengue fever)







Convocation Day, MTDQ JAKIM 2008

Sementara menunggu tarikh lapor ke DQ, Hafez dan adiknya (Fairiz) mengikuti kursus Bahasa Arab di Nilam Puri, Kelantan.
Setelah tamat pengajian dan dianugerahkan Diploma Tahfizul Quran, aku memakbulkan keinginannya untuk belajar di Timur Tengah. Pada hujung tahun 2007, dia bertolak ke Mesir untuk belajar di Universiti Al Azhar (atas biayaan sendiri). Hafeez seorang yang pandai berdikari, dia berusaha mencari pembiayaan dengan membuat tugas imam terawikh di beberapa tempat. Setiap kali pulang bercuti dalam bulan Ramadhan, dia akan membuat tugas imam tarawaikh. 2008 di Masjid Damansara Utama, 2009 di Masjid Jamek Segamat.
Satu lagi, Hafeez ni cukup ramai keluarga angkat,ke mana sahaja dia pergi mesti dapat ayah atau abang angkat. Di Kedah,di Kelantan,di KL dan di Segamat.



Hafeez berada di Kahirah selama 3 bulan sahaja. Dia mendapat tawaran biasiswa Kerajaan Arab saudi untuk melanjutkan pengajian di University Islam Imam Muhammad Saud, Riyadh pada bulan Mac 2008. Dia menamatkan pengajian Diplomanya pada bulan April 2010 dengan pangkat Mumtaz dan kini sedang menunggu untuk kulliyah utama.


Nak bertolak ke KLIA - tamat cuti 2008



di KLIA -menunggu flait ke Cairo (2007)


Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun di Riyadh (sehingga tarikh ini 1 Dis 2009), Hafeez telah dapat menunaikan ibadah haji sebanyak dua kali dan mengerjakan umrah sebanyak 4 atau 5 kali.

Aku memberikan kebebasan kepada anak-anakku untuk memilih jodoh mereka. Asalkan dia memilih pasangan yang baik dan dari keturunan yang baik. Alam percintaan itu pasti akan dilalui. Begitu juga dengan anak sulungku ini.
Aku tahu, berdasarkan kad raya dan hadiah-hadiah yang diterimanya, Hafeez ni mempunyai ramai 'admirer'. Dalam ramai-ramai kawan perempuannya, ada seorang wanita yang telah mencuit hatinya. Aku agak, dia kenal semasa bersekolah menengah di Kedah. Namanya Norhafizah (Fizah). Kebetulan abang Fizah adalah kenalan Hafeez semasa di Kedah dan di DQ. Hafeez pun kenal baik dengan keluarganya di Kedah. Kalau Hafeez ke Kedah, pasti banyak buah tangan dari keluarga Fizah di bawa pulang ke KL. Fizah kemudiannya melanjutkan pengajian ke UM dalam bidang Kejuruteraan Genetik. Malah, semasa menunggu majlis konvokesyennya pada tahun 2009, selama lebih seminggu Fizah tinggal dirumah kami.

Mungkin jodoh Hafeez bukan dengan Fizah. Fizah telah tamat belajar, ada ijazah, dan telah bekerja. Lagi pun dia cantik dan lemah lembut budi pekertinya. Pastinya ramai jejaka yang berminat kepadanya. Bila ada yang merisik, pastinya kedua ibu bapanya menjadi serba salah. Hafeez ada tiga pilihan sahaja. (1) pinang Fizah and nikah- isu: Hafeez lama lagi nak abis belajar, 5 tahun lagi, belum ada pendapatan, siapa nak tanggung isteri nanti? (2) bertunang dulu minta Fizah tunggu hingga dia tamat belajar di Saudi - adakah Fizah sanggup tunggu begitu lama? kesian dia dan unfair kepada keluarga dia. (3) tinggalkan Fizah supaya dia diberi peluang untuk membuat pilihan kehidupan. Selepas mengambilkira semua kesan positif dan negatif, dan diberi nasihat sewajarnya, akhirnya Hafeez mengambil alternatif ke 3. Parah juga aku dengar, tapi alhamdulillah tak lama, dia mula dapat menerima hakikat.
Aku mendoakan Hafizah bahagia dan juga berdoa SEMOGA Hafeez akan menemui jodohnya yang hakiki.


Dengan sepupu, Amir Syarifuddin Khamim














NUR FAIRIZ FAZEERA
(23 Okt 85)


Fazeera was born on 23 October 1985, one year 2 month after Hafeez. She was also delivered in Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. This time, my wife was not very fortunate. Though she was entitled for First Class bed, that day all the wards (including 3rd class) were full house.

I brought Adibah to hospital on 22nd October night. Fazeera could not wait longer like Hafeez last year. In the same night, my wife brought into the labour room and delivered in the next early morning. Since, no bed available, sad to say, my wife was warded on the corridor of 3rd class ward. Anyway, ALHAMDULILLAH, everything goes well and safe. The next day after Fazeera got her first immunition, I took them back home.

Early Education

Fazeera has almost similar route to higher education with Hafeez. She had her pre-school at TASKA Al-Ain Seksyen 2, Shah Alam and later going to SRA Qurratul Ain (under Al Arqam Movement) in 1992. When we moved to OMQ in 1993, she changed her school to SRA Al Amin, AU2 Keramat until Std 4 before we transferred her to SKDTHO until she finished her primary school.



In 1998 he joined Hafeez to study full time religious education at Maahad Tahfiz Darul Quran wa Ulumuddin, Sungai Besar until year 2000. Then she was transferred to SM Wawasan, Sungai Petani until her PMR in 2001 and later joined SMA Nahdatul Hasanah, Melele, Kodiang. She sat her SPM in 2003.


dengan kawan di MTDQWU Sg Besar


Mendukung adik baru, Ketika melawatnya di MTDQWU Sg Besar (2000)
(Heikal, Nurul and Aisyah)





She supposed to sit for interview for Darul Quran (JAKIM) with Hafeez but she was unfortunate because she got Chicken Pox on the day of interview.

She applied for diploma course in KISDAR, Bukit Putra, Bangi. She finally obtained her Diploma in AlQuran and Sunnah in 2007. KISDAR (Kolej Islam Darul Ehsan) was later upgraded onto Kolej Universiti Islam Antarabangsa Darul Ehsan (KUIS) in 2007.



In her first year, she was staying in hostel and later moved to rent a house (sharing with her friends) at a flat nearby her college until her graduation.


On her Convocation Day at KUIS

Fazeera do not like staying at home jobless. She walked around looking for temporary job. First she worked at Klinik Famili (Dr Wan Kamariah) at Setiawangsa for 6 month, later she found a better job as Store Assistant at Watson, Desa Pandan and 3 month later she secured her new job at Adaptasia Sdn Bhd (Electrical Engineering firm) also at Desa Pandan until today (02/12/2009).

All her younger call her 'Kak Is' . I have some kind of 'worry' about her, because she have so many boy friends. Since she start working, my telephone line at home never stop ringing, especially at midnight. At one point, parent will be happy if their daughter has many admirers, mean your daughter is okay. But, the risk is to make sure your daughter in 'safe activities'. This is what worry me most. It is true what the proverb said 'jaga seorang anak perempuan lebih susah dari menjaga sekandang kuda'. Keep on changing from one boyfriend to another. Uhhhh.

Finally, end of 2009 made me able to see the end of the worry. A man (Mr X) spoke to me requested to see me and my wife, to introduce himself. On 24th November, he came to my house and give his frank and sincere interest to take Fazeera as his future wife. Enough until this point (2/12/09). The arrangement still on going. We talk later about this. Please pray for the success.

Engagement Day

Pada suatu malam, awal Disember 2009, seorang pemuda telah memberanikan diri datang ke rumah aku telah menyatakan hasrat untuk meminang anak perempuanku, Fairiz. Si gentleman itu bernama Mohd Farihan bin Mohd Ridzuan yang berasal dari Seremban. Dia bekerja sebagai jurutera elektrik di DUKE. Dua minggu lepas tu, keluarganya pun datang untuk membuat risikan rasmi. Ayahnya Encik Mohd Ridzuan bin Sulaiman dan ibunya bernama Puan Noraizah binti Mokhtar.

Aku ni simple je, so nak dapat menantu pun aku buat simple je. Syarat yang aku bagi kat keluarga Farihan ialah, calun menantu saya mestilah pertama; ada kerja tetap dan kedua; pandai ngaji Qur'an aku. Syarat ini akan aku gunakan untuk semua anak perempuan aku. Tarikh pertunangan ditetapkan pada 20 Feb 2010. Nilai hantaran? kita cakap kemudian la yeeee.... tapi aku bagi estimate, tiga bulan gaji jeeee... ok tak? Diorang pun tak banyak soal dan tak menawar pun.... Maknanya ok la tuuuu....


tengah diinai oleh Mak Cik Mardeanna (wife Aminin)



Pak Long & Mak Long (Datuk Hj Daud Taha & Datin Kamariah



Tetamu-tetamu dari pihak lelaki


Barangan Hantaran Pertunangan



Pada 20 Feb 2010, rombongan pihak lelaki pun datang membawa 7 dulang hantaran. Abang ipar aku, Dato' Hj Daud bin Dato' Hj Taha mewakili keluarga ku menerima pinangan itu. Jumlah hantaran belanja yang dipersetujui ialah sebanyak RM9,000.00 sahaja.


Wedding Ceremony

Plan

  1. Majlis Akad Nikah pada 24hb September 2010 jam 2100 di Surau Luqman al Hakim.
  2. Majlis Reception pada 25hb September 2010 (1200-1630) di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara KL





Hari Raya 2006




with her sisters Aisyahnur (left) and Atikah.




AISYAHNUR ABID
(8 Mac 1990)



Aisyahnur Abid dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 03 Mac 1990. Masa itu aku tinggal di No 28, Jalan 17/14A, Shah Alam. Waktu bersalinkan Aisyah, aku tidak dapat menunggu ibunya kerana pada waktu itu, kedua-abang dan kakak Aisyah (Hafeez dan Fazeera) diserang penyakit demam campak.

Menjaga dan membela Aisyah ketika kecil boleh dikatakan amat mencabar sekali. Karektor Aisyah waktu kecil adalah kuat menangis dan tak boleh berenggang dengan ibunya. Kemungkinan, disebabkan semasa ia berusia 4 bulan ibunya sudah mengandungkan adiknya menyebabkan ia tidak dapat meneruskan susu ibunya. Kalau balik kampung, dia tak mau mengikut atau didukung oleh orang lain. Kena sentuh orang lain je dah melalak, kalau ibunya bangun pun melalak.... sampailah usianya lebih kurang 5 tahun. Tapi sungguh pelik, apabila ia berusia 6 tahun dan dimasukkan ke TADIKA, Aisyah berubah serta merta. Terus tak menangis dan berani. Sehingga sekarang, dia paling kuat semangat berbanding dengan yang lain, tabah, sukar menangis dan mudah berdikari.


Aisyahnur mula mengikuti pendidikan pra-sekolah di TADIKA KEMAS KEM KEMENTAH selama setahun. Kemudian memasuki Tahun 1, di Sek Keb Desa Tun Hussein Onn (SKDTHO) mulai bulan Januari 1997 sehingga tamat Tahun 6 pada tahun 2002. Meneruskan pengajian ke Tingkatan 1 di Sek Men DTHO mulai Januari tahun 2003, mengambil PMR pada tahun 2005 dan menamatkan sekolah menengah dan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2007.




Setelah menerima keputusan SPM dia melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UNITAR) mulai Mei 2008 dalam jurusan Diploma in Culinary Arts. Sepanjang pengajiannya dia tinggal di asrama (sewa) di Kondominium Kelana Puteri di Kelana Jaya.

Rupanya, Aisyah sudah diminati seseorang sejak bersekolah lagi. Dengar-dengarnya, semasa dia mengikuti program motivasi di ATMA, Sg Besi semasa di Tingkatan 5. Pastinya, jejaka ni student ATMA (UPNM) yang menjadi fasilitator program tersebut.


Engagement Day

Aku tak berapa ingat tarikh pihak lelaki datang merisik Aisyah. Tapi, lebih kurang dalam bulan Mac. Seperti sebelum ini, syarat aku untuk calun menantu tetap sama. Pada 8 Mei 2010 (lebih kurang jam 1130) secara rasminya rombongan dari Kluang, Johor telah sampai dan Aisyah dengan rasminya ditunangkan dengan Kapten Mohd Noor Hafiz bin Kasim @ Along. Wakil keluargaku kali ini ialah Kol (B) Hj Mohd Abu bin Hj Ali (birasku) dan jumlah hantarannya juga RM9000. Mak dia bising juga nak minta lebih. Hahaha. Orang pompuan, biasa laaaa. Tapi alasan aku, tak elok la, sama tahun, nanti kakak dia kecik hati pulakkk.
Hafiz adalah graduan UPNM dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan kini sedang berkhidmat di Batalion ke 13 RAMD di Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak.
Ayah Hafiz (Encik Kasim bin Wahab) adalah bekas tentera juga, manakala ibunya bernama Puan Muslimah Shariff.






















Wedding Ceremony

TBN. Masih belum ditetapkan LAGI - dijangka 2011/2012











PUTERI MANJA: ATIKAH NUR EZZATY
(6 Jun 1991)


Atikah Nur Ezzaty dilahirkan di Rumah No 28, Jalan 17/14A pada 06 Jun 1991 (rumah sewa). Kali pertama isteriku melahirkan anaknya di rumah, diuruskan oleh bidan dari Klinik Sek 17. Ketika itu aku sedang mengikuti Kursus Pegawai Skuadron di Kinrara.

Kelahiran Atikahpun ada sejarah juga. Oleh kerana aku sedang berkursus, aku minta emak aku datang untuk tolong bantu. Tapi lain pulak jadinya. Entah siapa yang silap cakap, silap faham, berlaku perselisihan faham antara isteri dan emakku. Satu situasi yang amat kritikal, antara isteri dan ibu.

Atikah memulakan pra-persekolahan pada tahun 1997 di TADIKA KEMAS yang sama dengan Aisyahnur, dan masuk Tahun 1 di SKDTHO pada Januari 1998 hingga tamat Tahun 6 (UPSR) pada tahun 2003. Masuk ke Tingkatan 1 di SMDTHO pada Januari 2004, mengambil PMR pada tahun 2006 dan SPM pada tahun 2008.






Pada bulan Mei 2009,Atikah melanjutkan pengajian ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi dalam jurusan Diploma in Islamic Banking. Mula-mula dapat offer Diploma in E-Commerce tapi memohon bertukar kursus.







bersama Khadijah (Kak Jaja)- Jaja ialah kakak kepada pelakun Nora Danish dan isteri Saufi (abang angkat Hafeez).



MUHAMMAD HEIKAL FAWWAZ
(26 Mei 1995)


'MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TIDOR BOLA, MAIN BOLA, YOUTUBE BOLA"


Muhammad Heikal Fawwaz di lahirkan pada 26 Mei 1995 di rumah keluarga No 121, Blok 4501, Lorong Golok, Kem KEMENTAH. Anak ke lima. Beliau dilahirkan 2 hari selepas aku selesai menduduki peperiksaan akhir Semester ke 2 ADBS(HRM) di ITM. Heikal merupakan anakku kedua yang dilahirkan di rumah. Diuruskan oleh bidan-bidan dari HKL.








Masuk TADIKA KEMAS KEMENTAH pada 2001 dan masuk tahun 1 di SKDTHO pada Januari 2002. Heikal berkhatan di Klinik Mozarina, Keramat Permai semasa dalam Tahun 1. Dia mempunyai semangat yang amat kuat, sepanjang masa proses khatan dalam bilik rawatan, mulutnya tak berhenti-henti berselawat. Doktor itu memuji kecekalannya. Aku risau juga sebab budak yang dikhatan sebelum dia menangis dan menjerit kesakitan.

Heikal juga menunjukkan sifat kepemimpinannya semasa di sekolah rendah. Keperibadiannya yang baik, lemah lembut tetapi tegas dalam melaksanakan hukum telah menarik perhatian guru-gurunya. Walaupun bertubuh kecil, dia telah dilantik menjadi Ketua Pengawas semasa dalam Tahun 6 (2007). Keputusan UPSRnya dapat mendapat 2A3B.






Oleh kerana dia mempunyai minat seperti abangnya (Hafeez) untuk mendalami bidang agama, maka pada tahun 2008 dia memulakan Tingkatan 1 di Sek Men Islam Al Amin, Gombak.















Hantu bola (walaupun jarang dapat main bola) dan peminat setia Arsenal. Masa aku ke london pada tahun 2009, aku belikan jersey Arsenal, tuala Arsenal, beg Arsenal, bola Arsenal, scaff Arsenal dan lain-lain.





dengan sepupu dia Ikhwan(Iwan) bin Noradzim (2009)

xxxx











NURUL AZYAN SYAFIQAH
(04 Mei 2000)







Nurul Azyan Syafiqah dilahirkan di HKL pada 04 Mei 2000. Anak New Millennium. Masuk Sekolah Desa Tun Hussein Onn pada bulan Januari tahun 2007.





xxxxxx





Bergambar dengan mak aku masa balik kampung lepas Raya Haji (2009)