28 Feb - 6 Julai 1991.
MODULA PENGURUSAN KPS
11 - 12 April 1994.
KURSUS NEUROLINGUISTIK PROGRAMMING
KURSUS STAF MTAT
KURSUS KECEMERLANGAN ORGANISASI
KURSUS NEGOTIATION FOR TRAININGOF TRAINERS
Jun 2010 - received an offer to attend one year staff course at Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT)- the twin programme with UKM for Sarjana Sains Sosial (Kajian Keselamatan). 21 Jul 2010, attended ADFELPS test at RMC, Sg Besi. 24 Ogos....dapat berita...ehem ehem
Observations:
- Sepanjang kerjayaku selama 30 tahun, AKU TIDAK PERNAH diberi peluang untuk mengikuti kursus di luar negara. Lazimnya pegawai Materiel akan berpeluang sekurang2nya sekali berkursus di luar negara khususnya Australia atau USA. Ada yang berpeluang berkali-kali. Aku memang banyak kali berpeluang ke luar negara, tapi tugas seperti FAT, PDI, LSM, PRM dan sebagainya. Tak lebih seminggu. Pergi untuk kursus pendek atau panjang, TAK PERNAH.
- Sepanjang kerjaya aku, aku juga tidak pernah diberi peluang mengikuti apa-apa kursus kepakaran Logistik seperti Pergerakan Udara, Pegawai Kenderaan, Kawalan Mutu Bahanapi, Pengurusan Bahan Letupan, Pengurusan Kewangan dan sebagainya. Tenguk la dalam senarai di atas tu? apa kursus yang aku pernah pergi? Oleh sebab itu, dalam kerjayaku, I had set in my mind that the highest rank I could achieve is Mejar OR taking consideration of my 'psc', 'Lt Col' will be a bonus.
- Apa pun, aku bersyukur kerana dapat peluang dua kali untuk mengikuti kursus tertiary, iaitu DBS dan ADBS(HRM) di ITM dan dengan memiliki ijazah ini aku layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana walaupun dengan perbelanjaan sendiri.
LAWATAN/TUGAS LUAR NEGARA
- Pontianak, Indonesia (1982) - ini adalah kali pertama aku dapat peluang ke negara asing. Masa tu aku bertugas di TUDM Kuching. Memang saja nak bagi peluang, so ditugaskan sebagai pegawai pembayar gaji untuk staf pejabat ALO di Pontianak, Kalimantan Barat. Pergi naik pesawat Caribou dari TUDM Labuan. Sepanjang tempoh bertugas di TUDM Kuching, aku dapat dua kali terbang ke Pontianak.
- Medan, Indonesia (1991) - Masa ni aku bertugas di MPPU. Bertugas sebagai Logistic Liaison Officer untuk Exercise Elang Malindo di Pangkalan Udara (LANUD) Medan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia selama seminggu. Rakan tugasku ialah Kapt Abas Hassan dari No 12 Skn dan staf dari Skn Semboyan BU.
- Chandigrah, India (1997) - Inilah kali pertama aku keluar dari rantau Asia Tenggara. Aku diberi peluang untuk tugas PDI bagi peralatan Radio Transceiver dari Bharrat Industries, Chandigrah yang ditaja oleh Syarikat Federal Telecomm. Aku pergi dengan Mej Hishamuddin (Eng), Encik Maniam (Pero 5) dan Mr Tan dari Fed Comm.
- Rome & La Spezia, Italy (1998) - tugas PDI Radar Alenia - dengan En Rodin Mamat (Pero 3) dan Mej Khairudin Zahari. berpeluang melawat Menara Condong di Pisa, pelabuhan La Spezia dan juga negara San Marino diiringi oleh Enrico Benigno. Bertemu dengan pegawai-pegawai RMN Corvette Project Team di La Spezia dan bersarapan nasi lemak dirumah Kdr Abidin.
- Songkhla, Thailand (1999) - lawatan ini merupakan salah satu dari program (KESBAN) dalam kursus MTAT. KL - Penang - Alor Setar - Songkhla - Hatyai - Langkawi - KL
- Yeovil, Somerset, UK (2000) - Ini adalah kali pertama aku menjejak kaki ke UK. Negara nenek tiri Queen Eliza. Masa ni aku bertugas di MOF, mengikuti delegasi MINDEF menghadiri Project Review Meeting (PRM) untuk helikopter Super Lynx TLDM. Bertemukenal dengan anggota projek di sana; Kdr Khairudin Khalid (sekarang Laksma Dato), Kdr Mohd Adib -pilot (sekarang Kept), Lt Kdr Aziz adan Lt Kdr Fadzil.
- Tucson, Arizona, USA (2001) - menghadiri FAT pesawat VVIP jet Global Express (9007) selepas menjalani senggaraan khas di premis Bombardier. Balik menaiki pesawat ini melalui Barcelona (refuelling - night stop) dan Maldive Is.
- Toronto, Canada (2002)- menggotai tim penerimaan untuk 'green aircraft' pesawat Global Express (9096) yang akan menggantikan 9007 yang banyak masalah teknikal. Tim diketuai oleh Brig Jen Dato' Abu Bakar Said. Anggota lain ialah Mej Dzul dan En Mohd Fakharuddin (Pero 3). berpeluang melawat Nigara Falls.
- Milan, Italy (2003) - Menyertai PRM pesawat Agusta 109M untuk JBPM di Cascina Costa di Samarate, Milan, Italy. Tim diketuai oleh PPjP Hamdan dan anggota lain Lt Kol Shabre, Mej Khairudin dan seorang jurutera dari JBPM.
- Singapore (2004)- menyertai ICQ International Logistic Seminar di Singapura bersama Lt Kol Zahari Jamaludin.
- Brunei (Jul 2005) - menyertai mesyuarat Air Working Group (AWG) untuk Malaysia-Brunei Bilateral Agreement di Seri Begawan. Team diketuai oleh Brig Jen Ali Nasirudin TUDM (AKS BOLP).
- Jakarta/Bandung/Yokyakarta, Indonesia (Ogos 2006) - menyertai Exchange Programme antara pegawai-pegawai TUDM dan TNIAU. Delegasi diketuai oleh Lt Kol Abd Manaf bin Zaid.
- Barrington, Chicago,USA (Okt 2006) - mengetuai PDI Team untuk Camera RF5E di premis Recon Optical Inc. (ROI) disertai oleh agen lokal IG Tech (En Ahmad Sulaiman).
- Irkutsk/Moscow, Russia (May 2007) - menyertai PDI Team untuk ILS equipment SU30MKM serta majlis roll out pesawat pertama SU30MKM. Ditugaskan untuk membaca doa semasa majlis tersebut (layanan kurang memuaskan di Moscow Airport)- (sila baca halaman blog berkaitan lawatan saya ke Russia).
- Ansty/Bristol, UK (Jun 2007) - Setamatnya tugas di Irkutsk, saya dan Lt Kol Razip Samad (SISGP A) terus ke London untuk membuat satu lagi tugas rasmi, lawatan fasilitet ke Rolls-Royce Ansty, UK seterusnya ke RAF Marham dan RRL Bristol. Pengalaman pahit di Heathrow Airport sebelum bertolak pulang. (baca halaman blog saya di bawah tajuk lawatan ke UK).
- Ansty, UK (Dis 2008) - Mengetuai kumpulan membuat tugas PDI Viper Engine dengan Lt Kol Thien PK dan Mej Lua PT.
- Bristol, UK (Feb 2008) - Menghadiri Programme Review Meeting (PRM) Adour Engine, dengan Dato Ackbal, Lt Kol Rafdzi,Mej Gopalan (MTU)dan Mej Izani (Pero 3).
- Lytham, UK (June 2009) - Menghadiri JPRM Hawk BAe dengan Kol Zaki, Lt Kol Rafdzi dan Mej Ghazali.
- Bandung, Indonesia (May 2010) - Menghadiri Logistic Support Meeting (LSM) pesawat CN235. Rombongan diketuai oleh Panglima. Aku mempengerusikan mesyuarat provisioning untuk pesawat CN235.
- Moscow, Russia (27 - 30 Jun 2010)- menyertai Technical Coordination Group/Component Improvement Program Logistics Support Meeting (TCG/CIP/LSM) pesawat MiG-29 dan SU30MKM dengan FSUE Rosoboronexport dan JPSC RAC MIG di Moscow, Rusia. Kumpulan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai TUDM dan eksekutif ATSC Sdn Bhd. Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Panglima Logistik Udara.
- Stan, Switzerland (1 - 3 Jul 2010)- Dari Moscow kumpulan berpecah dua, aku mengetuai satu kumpulan bagi menghadiri Mesyuarat Provisioning Review for PC7 aircraft di Pilatus Aircraft Ltd, Stans, Switzerland. Ahli kumpulan; Lt Kol A.Rafdzi, Lt Kol M.Gopalan, Mej Muhd Shafiq Khee dan Mej Lua P.T.
- Makkatul Mukarramah?????
Kalau tak masuk TUDM mungkin negara asing yang aku dapat lawat hanyalah Arab Saudi. Itu pun disebabkan menunaikan Fardhu Haji adalah Rukun Islam dan telah ditaqdirkan menunaikan haji itu di Mekah. Kalau diandaikan boleh buat haji di negara sendiri, rasanya tak merasalah nak ke oversea ni.
xxxxxxxxxxxx