Friday, January 22, 2010

MY SULTAN PART 2



DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR ALHAJ
(NEW SULTAN OF JOHOR)
(23 JAN 2010)


Tunku Ibrahim Ismail Proclaimed As Sultan Of Johor

JOHOR BAHARU, Jan 23, 2010. Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar was Saturday proclaimed as the new Sultan of Johor.

The proclamation, made in accordance with the Johor State Constitution 1895, was officially announced by Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman at Istana Besar Johor Baharu at 10.21am.

"In keeping with the Johor State Constitution 1895, the Sultan's heir, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, is hereby proclaimed as the King and Sultan under the same law," Abdul Ghani said.

Soon after the proclamation, Tunku Ibrahim Ismail, 51, took his oath as the Sultan of Johor and pledged to rule with fairness, justice and compassion.

Donning a white Baju Melayu, the new ruler also pledged to respect and protect Islam and Malay customs and to be steadfast in upholding the Johor State Constitution 1895 as well as the laws of the state of Johor.

The oath-taking ceremony was witness by Sultanah Zanariah, his wife Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah and all of his children and siblings.

Also present were Johor Islamic Religious Council advisor Datuk Noh Gadot, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and state executive council members.

The proclamation was following the death of his father, the Sultan of Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, at Puteri Specialist Hospital here at 7.15pm on Friday.

The proclamation took place just hours before the late Sultan Iskandar's remains were buried at the Bukit Mahmoodiah Royal Mausoleum here.

Yesterday, Tunku Ibrahim Ismail was appointed the Regent of Johor when the Sultan of Johor was admitted to the hospital due to illness.

Tunku Ibrahim Ismail and Raja Zarith Sofiah, who were married in 1982, have five children, namely Tunku Ismail Idris, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman and Tunku Iman.

Tunku Ibrahim Ismail was proclaimed as Tunku Mahkota Johor (Crown Pince of Johor) on July 3, 1981.



He was also appointed the regent on April 25, 1984 when Sultan Iskandar was elected the 8th Yang di-Pertuan Agong (25 aPR 84 - 24 aPR 89).

Tunku Ibrahim Ismail, who was born on Nov 22, 1958 at the Sultanah Aminah Hospital in Johor Baharu, is the eldest of 10 siblings. His mother is Sultanah Kalsom and had his early education at the Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor.

His father then sent him to the Trinity Grammar School in Australia where he studied from 1968 to 1970 before continuing his secondary education at the Sultan Abu Bakar College.
Tunku Ibrahim Ismail received his religious education at the Sekolah Agama Bukit Zaharah and Sekolah Agama Air Molek in Johor Baharu.

After completing his secondary education, he was sent to the army training centre in Kota Tinggi where he received basic military training for three months. He was also sent to US Infantry School of Arms, Fort Benning, Georgia, in the United States to acquire more military knowledge and later attended Special Warfare School in Fort Bragg, North Carolina, USA.



On his return to Malaysia, Tunku Ibrahim Ismail was appointed the deputy commander of the Johor Military Force.

Tunku Ibrahim Ismail also attended helicopter training at No. 2 Flying Training Centre, RMAF Kluang Base where he earned his wings. He also attended a two-month training stint with the Royal Malaysian Navy.

The regent is a keen sportsman, excelling in polo which has taken him to international competitions abroad, such as Singapore, the Philippines and Brunei.

He is also a tennis player, windsurfer, shooter and motoring enthusiast.


CONGRATULATIONS to Tuanku Sultan Ibrahim (Ku Yem) on his proclaimation as a new Sultan of Negeri Johor Darul Taazim dan jajahan takluknya.

Tuanku Ibrahim married on 22 Sept, 1982 with Raja Zarith Sofiah binti al-Marhum Sultan Idris Afifullah Shah (born: 14 August 1959). Sultan dan Sultanah Raja Zarith Sofia were issued with 6 children:









  1. Tunku (Mej) Dato' Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar DK1 DK2 SPMJ SMJ - Tunku Mahkota Johor.(4 Jun 1984)
  2. Tunku Aminah Maimunah Iskandariah. (8th April 1986).
  3. Tunku (Kapt) Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman. (25th Dec 1987)- Tunku Temenggung Johor.
  4. Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail. (5th July 1990).
  5. Tunku Abdul Rahman Hasanal Jeffri (Iman)
  6. Tunku Abu Bakar Iman.






Tunku Ismail
(Tunku Mahkota Johor)



Tunku Maimunah


Tunku Idris
(Tunku Temenggung Johor)

Tunku Abdul Jalil

Tunku Abdul Rahman


Tunku Abu Bakar

Tuanku Sultan is famous with his 'Kembara Mahkota Johor'.

When he was the Tunku Mahkota Johor, every year Sultan Ibrahim Ismail ibni almarhum Sultan Iskandar led the Kembara Mahkota Johor (KMJ) since 1998. The entourage consist of high-powered motorcycles, four-wheel-drives and cars will accompany Tunku Ibrahim visited all districts in the state.

The aim of the tour (would also involved state government departments and agency directors) was to meet and distribute aid to the people while taking part in community activities.


Tuanku with his favourite bike.

Gelaran Sultan Johor yang baru

JOHOR BAHRU 25 Jan. - Gelaran rasmi bagi Sultan Johor yang baru ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, gelaran itu merujuk kepada Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta'zim.

Bagi pasangan baginda, gelaran rasmi ialah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah. Perbezaan di sini ialah tiada gelaran Sultanah sehingga diperkenankan kelak.

Manakala gelaran rasmi Tunku Mahkota Johor ialah Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.


Baginda Sultan sedang berucap di salah sebuah masjid di Johor

Tuanku adalah Canselor UTHM



Raja Zarith Sofia bersama puteri tunggalnya Tunku Aminah

SIGNIFIKAN

What is the significant of DYMM Sultan Ibrahim to me?

  • FIRST, Tuanku was born on the same date with me (22 Nov). I am a year younger. After this, my birthday will be celebrated together with a public holiday for the Johoreans.

  • SECOND, Tuanku attended helicopter flying training together with my batch in Kluang. He commanded the passing out parade and obtained his wing in 1982. However I was not joining their parade becaused I was chopped earlier and transfered to RMAF Kuching. Rahman, Ravi, Saib and Lokman got the opportunity to have their celebration dinner in Istana Johor with Tuanku.

BERITA-BERITA SELEPAS DIISYTIHARKAN MENJADI SULTAN

Empat Gelaran 'Dato' Johor' Ditarik Balik.

Jemaah Majlis DiRaja Johor(JMDRJ) mengesahkan penarikan semula gelaran Dato' kepada empat individu (penerima) oleh DYMM Sultan Johor berkuatkuasa 11 Jun 2010. Penarikan semula berkenaan adalah atas justifikasi mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Mereka yang ditarik balikgelaran Dato' ialah:

  1. Dato' Chua Jui Meng (SPMJ dan DPMJ). beliau adalah seorang ahli politik, bekas Naib Presiden MCA, bekas Ahli Parlimen BN kawasan bakri, Muar dan juga bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Beliau menyertai PKR pada tahun 2009 setelah kecewa tewas dalam pemilihan jawatan Presiden MCA ditangan Dato' Ong Teng Keat pada tahun 2009.
  2. Dato' Sharifah Mazlina binti Syed Abd Kadir (SPMJ dan DPMJ). Beliau adalah bekas Pensyarah Sains Sukan UITM dan merupakan wanita Asia pertama yang berjaya merentasi Kutub Selatan dan Utara berseorangan.
  3. Lt Kdr Dato' Shaftdean Lutfy Rusland (SPMJ dan DPMJ). Beliau adalah seorang pegawai TLDM yang juga suami kepada Tunku Muna Najiah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj.
  4. Dato' Hassan bin Yunos (DPMJ). Beliau adalah seorang Peguam.

Wednesday, January 6, 2010

IPTA MALAYSIA

SENARAI IPTA DI MALAYSIA



Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Canseleri Kampus Kota Jalan Sultan Mahmud
Kuala Terengganu
20400 Terengganu Canselor: belum dilantik
Pro Canselor: belum dilantik
Vive Chancellor: Prof Datuk Dr Alias bin Daud
http://www.udm.edu.my/


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Jalan Gombak,
53100 Gombak, Selangor
Pengerusi Lembaga: DYMM Sultan Hj Ahmad Shah
Presiden: YBhg Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan
Rektor: Prof Datuk Dr Syed Arabbi bin Syed Aidid
http://www.iiu.edu.my/


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 Bangi,
Selangor
Chanselor: DYMM Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir
Pro Canselor
- YBM Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail.
- DYTM Tunku Naqiuddin ibni almarhum Tuanku Jaafar
- YABhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid
Vice Chancellor: Prof Tan Sri Sharifah Hapshah bt Syed Hassan Barakhbah
http://www.ukm.my/


Universiti Malaya (UM)
Lembah Pantai,
50603 Kuala Lumpur
Chanselor: DYMM Tuanku Azlan Muhibuddin Shah
Pro-Chanselor:
- DYTM Dr Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah
- YAB Toh Puan Dr Aishah Ong
- YBhg Tan Sri Siti Norma binti Yaakub
Vice Chancellor: Prof Datuk Dr Ghauth bin Jasmon
http://www.um.edu.my/


Universiti Malaysia Pahang (UMP)
(Formerly Kolej Universiti Kejuruteraan Teknolgi Malaysia (KUKTEM))
Lebuhraya Tun Razak,
Beg Berkunci 12,
Kuantan,
25500 Pahang
Chanselor: DYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
Pro-Chanselor: belum dilantik
Vice Chancellor: Prof Dato' Ir Dr Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim
http://www.ump.edu.my/


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

(formerly Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM))
Tkt. 11, Bangunan KWSP,
Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar,
Perlis
Canselor: DYTM Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail
Pro-Canselor: DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
Naib Canselor: Prof Brig Jen Dato' Dr Kamaruddin bin Hussein
http://www.unimap.edu.my/


Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Beg Berkunci 2073,
88899 Kota Kinabalu,
Sabah
Canselor: TYT Tun Haji Ahmadshah bin Abdullah
Pro Canselor:
- YAB Datuk Sri Musa bin Aman
- YBhg Tan Sri (Dr) Yeoh Tiong Lay
Naib Canselor: Prof Brig Jen Datuk Dr Kamaruddin bin Ampon
http://www.ums.edu.my/


Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kota Samarahan,
93400 Kuching,
Sarawak
Canselor: TYT Tun Datuk Patinggi Hj Abang Ahmad Salehuddin bin Abang Barieng
Pro Canselor: Pehin Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud
Naib Canselor: Prof Datuk Dr Khairudin bin Abd Hamid
http://www.unimas.my/


Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
(formerly Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM))
21030 Mengabang Telipot,
Kuala Terengganu,
Terengganu
Canselor: DYMM Tuanku Permaisuri Nur Zahirah
Pro-Canselor: belum dilantik
Naib Canselor: Prof Dr Aziz bin Deraman
http://www.umt.edu.my/


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
(formerly Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)
Jalan Slim,
35900 Tanjung Malim,
Perak
Canselor: DYMM Tuanku Permaisuri Bainun
Pro Canselor:
- Prof Tan Sri Abdul Shukor bin Abdullah
- YBhg Tan Sri Dato Seri Dr Yahya bin Ibrahim
- YBhg Tan Sri Dato Seri Abdul Rahman bin Arshad
Naib Canselor: Prof Dato' Dr Aminah bt Ayob
http://www.upsi.edu.my/


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
(formerly Akademi Angkatan Tentera Malaysia (ATMA)
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Canselor: tiada
Pro Canselor: tiada
Naib Canselor: Lt Jen Datuk Allatif bin Mohd Noor
http://www.upnm.edu.my/


Universiti Putra Malaysia (UPM)
(formerly Universiti Pertanian Malaysia)
43400 Serdang,
Selangor
Canselor: DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah
Pro Canselor:
- YBhg Tan Sri Prof Dr Mohd nayan bin Ariffin
- YBhg Tan Sri Lim Ah Lek
- YBhg Tan Sri Rozali bin Ismail
Naib Canselor: Prof Tan Sri Datuk Dr Nik Mustapha bin Abdullah
http://www.upm.edu.my/

Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)
(formerly Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Canselor: DYMM Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin
Pro Canselor: belum dilantik
Naib Canselor: Prof Datuk Dr Mohammad bin Muda
http://www.usim.edu.my/


Universiti Sains Malaysia (USM)
11800 Minden,
Pulau Pinang
Canselor: DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Pro Canselor:
- YBhg Tan Sri Dr Lin See-Yan
- YBhg Tan Sri Razali bin Ismail
Naib Canselor: Prof Tan Sri Dzulkifli bin Abd Razak
http://www.usm.my/


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
(formerly Kolej Universiti Teknikal dan Kejuruteraan Malaysia (KUTKM)
Karung Berkunci 1200,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
Canselor: TYT Tun Mohd Khalil bin Yaakob
Pro-Canselor : belum dilantik
Naib Canselor: Prof Datuk Dr Ahmad Yusof bin Hassan
http://www.kutkm.edu.my/


Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
(formerly Institut Teknologi Kebangsaan)
81310 Skudai,
Johor
Canselor: DYMM Tuanku Hajjah Zanariah binti Tunku Ahmad
Pro-Canselor:
- DYMM Tuanku Sultanah Zarith Sofia
- YBhg Tan Sri Dato' Abdullah bin Ayub
- YBhg Dato' Ir Dr Muhammad Redzuan bin Mohd Salleh
Naib Canselor: Prof Dato' Dr Zaini bin Ujang
http://www.utm.my/


Universiti Teknologi MARA (UiTM)
(formerly Institut TeknologiMARA)
40450 Shah Alam,
Selangor
Canselor: DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin
Pro Canselor:
- YBhg Tan Sri Dato' Arshad bin Ayub
- YBhg Tan Sri Dr Sulaiman bin Hj Daud
- YBhg Tan Sri Dato (Dr) Abdul Rahman bin Arshad
Vice Chancellor: Prof Datuk Ir Dr Sahul Hamid bin Abu Bakar
http://www.uitm.edu.my/


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
(formerly Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KuITTHO)
Beg Berkunci 101,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor
Canselor: DYMM Sultan Ibrabim Ismail ibni almarhum Sultan Iskandar
Pro Canselor: YBhg Tan Sri Shamsuddin bin Abd Kadir
Naib Canselor: Prof Datuk Seri Mohd Noh bin Dalimin
http://www.uthm.edu.my/


Universiti Utara Malaysia (UUM)
06010 UUM Sintok
Kedah
Canselor: DYMM Tuanku Haji Abdul Halim Muadzam Shah
Pro-Canselor:
- YBhg Tan Sri Dato Dr Abdul Hamid bin Pawanteh
- YABhg Tun Ahmad Fairuz bin Siekh Abdul Halim
Naib Canselor: Prof Dr Mohd Mustapha bin Ishak

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Taman Bendahara
Pengkalan Chepa
Kelantan
Canselor: belum dilantik
Pro-Canselor: belum dilantik
Naib Canselor: Prof Datuk Dr Zainai bin Mohamed

Sunday, December 20, 2009

MALAYSIAN FOOTBALL




BOLA SEPAK MALAYSIA


Saya bukanlah seorang penggemar sukan, jauh sekali ahli sukan. Aku tulis pasal bola sepak ni sebab, inilah sukan yang jadi perhatian semua lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jadi tak dapat tidak kena tau jugak la pasal bola sepak ni.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku pun main bola sepak juga untk mewakili 'school team'. Tapi sekolah aku tak pernah menang semasa perlawanan antara sekolah bagi kawasan Senggarang. Baru perlawanan pusingan awal dah kecundang. Aku main posisi ‘fullback’. I did not blame the players. We all were not ‘kaki bangku’. Tau je la, sekolah pendalaman, padang pun macam bukan padang sahaja, padang ragut lembu pun lagi cantik. Tanah gambut, rumput macam-macam rupa, campur dengan lalang. Tunggul kayu hutan pun tak ilang lagi, bonggol dan lopak air sana-sini. Silap-silap nak sepak bola tersepak tunggul atau bonggol tanah yang terbang. Depan tiang gol macam lopak kubang kerbau.

Latih main bola ‘kaki ayam’, tapi bila lawan bola, kena pakai kasut, sekolah bagi ‘pinjam’. Kasut turun temurun dari murid2 tahun lepas. Tu pun midfielder saja yang dapat.Yang lain pakai kasut Fung Keong. Bayangkan. Bila main kat sekolah lawan (dipekan), padang cantik, rata, keras…., jadi macam lembu lawan lari kat padang lumba kuda. Bersepah, haru-biru kene kerjakan pasukan lawan.

Masa sekolah menengah, aku tak berapa minat main bola. Sesekali masa pendidikan jasmani atau main petang-petang masa hari sukan. Aku ‘tobat’ main bola bila salah satu jari tangan ku patah kerana menahan bola (salah teknik laaaa) masa jadi ‘goalkeeper’ sambilan. Lepas tu, aku Cuma aktif sukan olahraga (lempar cakera) dan 3 tahun berturut-turut dapat pingat emas masa sukan tahunan sekolah). Bila masuk MSSD kat Stadium Batu Pahat, hancussssss….. bukan nak kata aku ni lemah, tapi masa saringan, tenguk saiz budak Cina dari High School, SMK Jalan Kolam Air, SMI…dah kecut.

TAPI...ada hikmahnya, walaupun kalah setiap tahun. Di Stadium Batu Pahat ni la, aku bertemu jodoh dengan isteriku sekarang.... Huhuhu.


Pada tahun 1972, semasa pasukan bolasepak Malaysia berjaya mewakili Asia Timur ke Sukan Olimpik Munich, aku masih dalam Tingkatan 1. Aku masih ingat, Syed Ahmad bin Syed Bakar, hero pasukan Malaysia yang menjaringkan 5 gol (kalau tak silap) dengan mengalahkan gergasi bolasepak Asia masa itu, Korea Selatan dan Jepun semasa perlawanan kelayakan peringkat Zon Asia Timur.


Walaupun aku bukan kaki bola, aku boleh hafal nama semua pemain Malaysia masa tu (selain Syed Ahmad yang hensem tu) seperti Wong Kam Fook, Lim Fung Kee, Soh Chin Aun (Datuk), Wong Chun Wah, M.Chandran (Datuk), Dell Akbar Khan (Datuk), Othman Abdullah, Wan Zawawi, Shaharudin Abdullah, Namat Abdullah, Santokh Singh, Bahwandi Heralal, Mahadi Yusof, Ali Bakar, Mohamad Bakar, Zulkifli Norbit, Baharin Khamis, Abdullah Ali, Salleh Ibrahim dan lain-lainnya. Walaupun tewas di pusingan awal Olimpik, , menang dengan USA (3-0), kalah dengan tuan rumah Jerman barat (0-3) dan tewas dengan Morocco (0-6).



M.Chandran (Kapten Malaysia 1970-74)

Dalam perlawanan kelayakan Olimpik 1972 di Seoul, Malaysia berjaya membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan 1-0, mengetepikan Jepun 3-0. Semua gol ialah hasil jaringan Syed Ahmad, seorang legenda bola sepak negara. Welldone!



Dalam Sukan Asia di Tehran (1974) Malaysia tewas di tangan Israel 3-8 tapi kemudian menewaskan Filipina dengan 11-0, satu rekod yang sukar diatasi hingga kini. Bagaimanapun, Malaysia tewas 0-1 di tangan Iran pada peringkat separuh akhir, sebelum menumpaskan Korea Utara 3-2 dalam penentuan pingat gangsa.

mendiang V.Arumugam (Spiderman Malaysia)

Aku baca satu blog yang ditulis oleh Baharin Khamis (salah seorang bekas pemain Olimpik 1972), bahawa elaun harian pemain bola sepak negara era 1970-an hanyalah RM50 sehari, tetapi mereka tetap MEGAH dan PERKASA. Aku tak tau la pemain Malaysia sekarang, berapa mereka dapat sehari. Tapi bila dah kaya, main pulak entah apa-apa, takut cedera, nanti tak dapat jadi pemain Semi-Pro. Ye la, sekarang main bola adalah pekerjaan, bukan permainan lagi.

'Skipper' Soh Chin Aun (Kapten Malaysia 1974-79)

Tahun 1980 (masa tu aku ada di SPK Sebatang Kara) sekali lagi Malaysia berjaya masuk ke Olimpik di Moscow. Malangnya pasukan kita tidak kesampaian untuk mempamirkan bakat mereka di arena Olimpik lantaran isu pemulauan pasukan Israel. Masa itu bintang bolasepak seperti Arumugam, Shukor Salleh, Mokhtar Dahari, Hassan Sani, James Wong, Salleh Ibrahim, Davendran, Abdullah Ali, Kanaraju, K.Rajagopal, Isa Bakar, Khalid Ali (Soh Chin Aun dan Santokh juga masih bermain) pula mewarnai dunia bolasepak Malaysia. Malaysia merupakan salah satu gergasi bolasepak Asia.



Pasukan ini yang bergelar Harimau Malaya disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Walaupun, ia nampak bangkit sedikit setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos pada bulan Disember 2009 TAPI personally, aku masih belum ada penuh kepercayaan.... selagi belum disahkan dalam 2 atau 3 perlawanan utama selepas ini. Kalau tidak, akan jadi macam pasukan Badminton kita, lepas menang All-England, terus lenyap.

Kat bawah ni, aku coretkan sedikit sejarah Pasukan Bola Sepak Negara, yang aku perolehi dari Wikipedia.

SEJARAH

Pasukan Kebangsaan

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (sekarang Dato'), Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.

Ghani Minhat (Raja Bola)

Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.

Supermokh (Kapten Malaysia 1979-1986)

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain legenda, satu gabungan kental yang diketuai oleh penyerang serba boleh Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan kebal; Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gawang goal yang tangkas, R.Arumugam atau 'spiderman'.


Buat kali keduanya, Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Moscow (1980), malangnya kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kali ini, pasukan kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singgh (Shebby), Zainal Abidin Hassan Ali, Dollah Saleh, Bakri Ibni, Isa Bakar, Vithialingam, Lim Tiong Kim dan Shukor Saleh (Kapten).



Zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai runtuh pada 1994 apabilaberlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan imej pasukan bola sepak negara.

Azman Adnan


Pada dekad 2000-an ada juga nampak kelibat pemain berpotensi, seperti Khalid jamlus dan Akmal Rizal Ramli serta Indra Putra Mahayuddin, namun mereka tak konsisten, sehingga kini masih gagal mencipta nama untuk menambat hati rakyat Malaysia. Pasukan Malaysia tetap terumbang-ambing dan kadangkala tenmggelam punca sehingga tewas memalukan kepada pasukan hingusan di peringkat Sukan SEA.

Tanya saya kenapa sukar sangat bolasepak Malaysia nak pulih? Jawapan dari orang yang tak minat bola seperti saya ialah:

  • Pemain Malaysia dah manja dengan simbahan wang ringgit akibat dari wujudnya Liga Semi Pro.
  • Semangat kenegerian dan kekelaban meningkat. Tiada prioroty untuk pasukan kebangsaan. Kelab dan negeri adalah periuk nasi mereka.
  • Faktor kepimpinan.... istana dan politik.

Bila prestasi menurun, sokongan pun menurun, penuntun pun menurun, pendapatan (kutipan tiket) pun ikut menurun. Hasilnya pasukan negeri dan kelab tak cukup dana untuk membangunkan pasukan. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.


Tahun 2009. Adalah nampak sedikit perubahan di penghujung tahun ni. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila menamatkan penantian 20 tahun apabila memungut Pingat Emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Tapi kemenangan ini pun masih belum membuktikan bahawa Malaysia telah bangkit. Tiada jaringan gol oleh pemain Malaysia. Gol tunggal dijaringkan sendiri oleh pemain Vietnam, akibat kesilapan pihak lawan.


Pada Sukan SEA 2000 Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah 23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat Emas di temasya tersebut. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.

Pasukan SeniorMalaysia (2008)

Pasukan Bawah 23 (Emas Sukan SEA 2009)


FAKTA BOLASEPAK MALAYSIA

Piala Pestabola Merdeka

1957 - Hongkong

1958 - Malaya

1959 - Malaya

1960 - Malaya dan Korea Selatan

1961 - Indonesia

1962 - Indonesia

1963 - Taiwan

1964 - Burma

1965 - Korea Selatan dan Taiwan

1966 - Vietnam Selatan

1967 - Korea Selatan dan Burma

1968 - Malaysia

1969 - Indonesia

1970 - Korea Selatan

1971 - Burma

1972 - Korea Selatan

1973 - Malaysia

1974 - Malaysia

1975 - Korea Selatan

1976 - Malaysia

1977 - Korea Selatan

1978 - Korea Selatan

1979 - Korea Selatan dan Malaysia

1980 - Maghribi

1981 - Iraq

1982 - Santa Catarina

1983 - Buenos Aires XI

1984 - Korea Selatan

Rekod Bola Sepak Malaysia

1930-1984Piala Dunia

1930-1970: Tidak sertai1974-1984: Tidak layak

Sukan Olimpik

1972: Layak (Pusingan Pertama)

1980: Layak (PusinganPertama)

Piala Asia

1976: Pusingan pertama

1980: Pusingan pertama

Sukan Sea

1959: Gangsa

1961: Emas

1969: Gangsa

1971: Perak

1973: Gangsa

1975: Perak

1977: Emas

1979: Emas

1981: Perak

1983: Gangsa

2009: Emas

xxxxxxxxx