KEMENTERIAN PERTAHANAN 1429H/2008M
Mengimbau Zaman Kanak-kanak
Membaca rentetan sejarah kehidupanku semasa kecil, aku diasuh oleh kedua ibu bapaku mengikut gaya dan cara lama, kaedah punitive, tiada kaedah psikologi. Setiap kesalahan mesti dihukum. Kalau masa tu buat salah, tiada amaran awal atau amaran akhir, masa tu juga akan dihukum, tanpa tangguh. Jenis hukuman juga seperti tiada pilihan, semuanya berbentuk pukulan, tamparan atau sebatan. Tiada masa nak tunjuk contoh terlebih dahulu sebelum menjatuhi hukuman. Setiap larangan (JANGAN) adalah undang-undang.
Aku mula berjinak-jinak secara serius dalam kerja kemasyarakatan ialah semasa aku duduk di Seksyen 17, Shah Alam selepas aku tamat belajar di ITM pada tahun 1989. Rumah sewaanku (Jalan 17/14A) berhampiran dengan surau Al Amin. Jadi aku selalu bersolat jemaah maghrib dan isyak. Lama-lama aku menjadi rapat dengan kariah di situ. Dengan sedikit ilmu dan keberanianku, aku mula mengazan dan sesekali jadi imam bila Pak Imam atau Pak Bilal tak ada.
Di Shah Alam, Hafeez dan Fazeerra belajar di Sek Ren Islam Qurratul Ain (Darul Arqam). Masa pindah OMQ, Hafeez di Tahun 3 dan Fazeera di Tahun 2. Mereka bertukar ke Sek Ren Islam Al Amin di AU2 Keramat.
Apabila SKDTHO (dalam Kem) siap, aku pindahkan keduanya ke sekolah aliran kebangsaan lebih kurang tahun 1995. Semasa Mesyuarat Agong pertama PIBG SKDTHO aku dilantik menajdi AJK. YDPnya ialah Kol Hayata Elias (11 Bgd) dan Naibnya Lt Kol Mokhtar. Pada tahun berikutnya aku dilantik menjadi Naib YDP. YDPnya ialah Lt Kol Mohd Anuwar. Pada tahun ketiga AGM aku dipilih menjadi YDP dan kekal selama 3 tahun berturut-turut.
Pada AGM tahun 1999, aku menarik diri dari dicalunkan kerana agak sibuk dengan komitmen di MTAT. Setelah tamat MTAT, dalam tahun 2000 aku dipilih lagi sebagai Naib YDP selama 2 tahun berturut-turut sehinggalah aku tidak lagi hadir dalam AGM kerana komitmen tugas yang makin bertambah.
Guru Besar SKDTHO mulai 1995 - 2000 ialah Encik Bahardin, kemudian digantikan oleh Encik Md Zain bin Hamzah.
Demi ALLAH, apa yang aku buat selama ini bukanlah ada niat untuk mendapat publisiti atau anugerah. Prinsip hidup aku, ke mana sahaja aku berpindah, kalau nak hidup bermasyarakat, nak jumpa kawan yang baik, kenalah pergi surau. Itu saja. Apa jua jawatan dan kerja yang diamanahkan hanyalah satu sumbangan yang amat kecil berbanding dengan apa yang sepatutnya kita buat sebagai orang Muslim.
ANUGERAH WIRA MAAL HIJRAH
KEMENTERIAN PERTAHANAN 1429H/2008M
ANUGERAH Tokoh Maal Hijrah 1429H/2008H peringkat Kementerian Pertahanan yang diadakan minggu lalu dianggap pencetus semangat dan perangsang kepada setiap anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menunaikan tanggungjawab mereka mendaulatkan keselamatan negara, bangsa dan agama.
Melalui pengiktirafan itu, anggota terpilih percaya sokongan moral melalui anugerah itu akan mendorong mereka berusaha lebih gigih lagi dalam meningkatkan kualiti kerja, sekali gus mengharumkan nama ATM melalui aktiviti agama dan sosial.
Lapan anggota terdiri dari
Mereka ialah Lt Kol Toharudin Abd Rashid TUDM yang bertugas di Markas Logistik Udara Pangkalan Udara, Kuala Lumpur yang terpilih sebagai penerima Anugerah Wira Maal Hijrah manakala Ustaz Jalal Abas daripada Markas Staf Stesen Kuantan, menerima Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah.
Anugerah Bilal Ibnu Robah diterima Pegawai Waran (PW) Ahmad Termizi Hamid (Tentera Darat) ; PTI Ramli Yahaya (TLDM) ) dan Sarjan Yahaya Abdullah (TUDM).
Tiga wanita menerima anugerah sama ialah Datin Sri Hany Lubis Raja Endamora Lubis (TDM), Siti Azanah Mohd Diah (TUDM) dan Aminah Sidik dari Markas Staf Stesen Kuantan.
BERITA HARIAN 18 FEB 2008.
Wira Maal Hijrah Kementerian Pertahanan
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
Sambutan tahun baru kalendar Islam itu disambut meriah dengan majlis penganugerahan tokoh Maal Hijrah dijadikan acara kemuncak pada hari berbahagia tersebut.
Ternyata Kementerian Pertahanan dan ATM bersatu padu bagi menghayati sejarah dan ajaran Islam, sebagai penyuluh hidup dan landasan warga tentera serta kakitangan awam kementerian itu.
Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah dan panglima-panglima dari ketiga-tiga perkhidmatan (darat, laut dan udara).
Dalam ucapannya Zainal berkata, penganugerahan wira serta tokoh penerima Maal hijrah lain tahun ini diharap dapat membentuk kakitangan dan anggota yang berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.
Anugerah tertinggi majlis itu, iaitu ‘Wira Maal Hijrah’ telah diberikan kepada Leftenan Kolonel Toharudin Abd. Rasid TUDM berusia 49 tahun.
Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor, menunjukkan kecemerlangan ketika berkhidmat di Bahagian Perolehan, Perbendaharaan Kerajaan
Bapa kepada enam orang anak ini memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) dari ITM dan Ijazah Sarjana juga dalam bidang sama dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Selain kecemerlangan tugas, Toharudin yang merupakan pensyarah sambilan di Universiti Terbuka
Tidak terhenti di situ, suami kepada Adibah Taha ini juga sangat mencintai seni pengajian kitab suci Islam itu dan taranum (melagukan bacaan al-Quran). Kecintaannya terhadap bacaan ayat-ayat suci terbukti sehingga terpilih mewakili TUDM ke beberapa pertandingan tilawah al-Quran.
Dari segi sumbangannya kepada masyarakat setempat, Toharudin sangat aktif berkhidmat di surau-surau serta masjid-masjid sekitar tempat tinggalnya. Sewaktu menetap di Pangkalan Udara TUDM Kuching,
Semasa menetap di kawasan perumahan awam di Shah Alam, Selangor pula, Toharudin turut diberi kepercayaan oleh penduduk sekitar Seksyen 17 sebagai Setiausaha merangkap Imam Surau Al-Amin di situ. Beliau pernah juga berkhidmat sebagai Pembantu Amil di kawasan tersebut.
Dalam skop yang lebih kecil, ketua keluarga ini dilihat telah berjaya menerapkan ajaran Islam kepada anak-anaknya. Anak sulungnya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al Qur'an dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam
Pemilihan Toharuddin sebagai Wira Maal Hijrah dilihat tepat dengan tema sambutan Kementerian Pertahanan tahun ini, Menjana Ummah Gemilang.
Senarai penerima anugerah sempena Sambutan Maal Hijrah Kementerian Pertahanan 2008
Anugerah Wira Maal Hijrah
- Lt. Kol. Toharudin Abd. Rashid dari Markas Logistik Udara, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Tokoh Khas Maal Hijrah
- Jalal Abas (awam) dari Markas Staf Stesen Kuantan
Anugerah Bilal Ibnu Rabah
* Pegawai Waren I Ahmad Termizi Hamid (Tentera Darat) dari Kompeni Perubatan Para
* Pegawai Waren I Ramli Yahaya (Tentera Laut Diraja Malaysia) – Sumber Manusia, Pembangunan Markas Tentera Laut
* Sarjan Yahaya Abdullah (TUDM) – Bahagian Kejuruteraan Markas Tentera Udara
Anugerah Srikandi Maal Hijrah
* Datin Sri Hany Lubis Raja Endamora Lubis dari 1 Divisyen (Bakat)
* Siti Azanah Mohd. Diah (awam) dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur
* Aminah Sidik (awam) – Markas Staf Stesen Kuantan
Anugerah Masjid/Surau contoh
* Masjid Al-Syuhada Kem Sungai Udang, Terendak, Melaka.
Utusan Malaysia- 18 Feb 2008
Aktiviti Selepas Menerima Anugerah
Semasa aku pindah ke DWK, surau Al Islah telah mempunyai struktur AJKnya (2008/2009). Aku hadir sebagai jemaah biasa. Dalam AGM keduanya pada tahun 2008 aku dipilih menjadi Pengerusi Surau untuk sessi 2009/2010. sehingga aku meletak jawatan dalam AGM ke 3 pada bulan Apr 2010 kerana setelah dinaikkan ke pangkat Kolonel aku terpaksa berpindah ke Desa Tunku Osman Jewa (DTOJ) pada bulan Disember 2009.
Di DTOJ, terdapat sebuah surau yang dinamakan Surau Luqman Al Hakim. Waktu aku berpindah, surau ini juga telah mempunyai AJK Pentadbirannya sendiri (Sessi 2010/2011).
Pengerusi: Brig Jen Dato Dr Md Zain bin Bidin
Timbalan: Kol Nawawi bin Daud (KAGAT)
Setiausaha: Lt Kol Hj Azuha bin Shafie
Bendahari: Lt Kol Abd Hamid bin Nayan.
I don’t deserve thy blessing,
Of paradise,
Yet, I don’t have the strength,
To withstand,
Thy torments of hell fire,
Thus, accept my repentance,
And grant me,
Thy forgiveness for my sins,
For thou art the forgiver,
Of great sins.
0 comments:
Post a Comment