Tuesday, June 1, 2010

AIRFORCE: NEXT GENERATION

PERINTAH ULUNG

PANGLIMA TENTERA UDARA
JEN DATO' RODZALI BIN DAUD TUDM
(SEMPENA PERLANTIKAN SEBAGAI PTU PADA 1 SEP 2009)

dato_rodzali.jpg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

PANGLIMA-PANGLIMA, DATO’ SERI DAN DATO’-DATO’, PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA SEPERJUANGAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGANGKATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHUWATA’ALA, KERANA DENGAN IZIN DAN INAYAH-NYA, TELAH MENGIZINKAN PERJUMPAAN KITA PADA PAGI INI DAN MERESTUKAN SAYA SELAKU PANGLIMA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA YANG KE-16 UNTUK MENYAMPAIKAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA TENTERA UDARA.

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SERU SEMESTA ALAM. SAYA MERASA AMAT BERSYUKUR KERANA PENGHARGAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA SAYA INI BERLAKU DI DALAM BULAN RAMADHAN AL – MUBARAK YANG MULIA. BULAN YANG PENUH KERAHMATAN, KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN. DISINI IZINKAN SAYA MERAFAK SEMBAH MELAFAZKAN IKRAR TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG. DENGAN PENUH TAKZIM DAN KEIKHLASAN SAYA MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH
DAN PENGHARGAAN KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DI ATAS PENGHORMATAN DAN KEPERCAYAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA SAYA UNTUK MENERAJUI DAN MEMIMPIN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA. SETERUSNYA DENGAN JUJUR DAN IKHLAS, IZINKAN SAYA SAMPAIKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KHUSUS BUAT YANG BERBAHAGIA JEN TAN SRI DATO’ SRI AZIZAN BIN ARIFFIN DI ATAS KEYAKINAN BELIAU UNTUK SAYA MENGAMBILALIH PUCUK PIMPINAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA. SESUNGGUHNYA PERLANTIKAN INI BUKAN SAHAJA MERUPAKAN SATU PENGHORMATAN YANG BEGITU TINGGI DAN BERMAKNA KEPADA SAYA; MALAH IANYA ADALAH SATU AMANAH YANG SAYA SEDIA TERIMA DENGAN RELA DAN PENUH TANGGUNGJAWAB. DISINI, SAYA DENGAN AZAM YANG TINGGI, MELAFAZKAN KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA KERANA DENGAN IZIN DAN RAHMATNYA JUA TELAH MERESTUKAN PERALIHAN KUASA TAMPUK PIMPINAN TENTERA UDARA BERLAKU DENGAN SEMPURNA.

PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN

SAYA TELAH MEMILIH ‘SATU PERKHIDMATAN, SATU VISI DAN SATU MISI ATAU ‘ONE SERVICE, ONE VISION AND ONE MISSION’ SEBAGAI COGANKATA PERINTAH ULUNG SAYA. IANYA AKAN MENJADI PEGANGAN DAN PANDUAN UTAMA SEMUA WARGA TENTERA UDARA. COGAN KATA INI, ADALAH LANDASAN USAHA KITA MENCAPAI KEJAYAAN YANG PASTI AKAN MEMACU TENTERA UDARA, BUKAN SAHAJA KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI MALAH IA ADALAH ASAS YANG AKAN MENJADIKAN TENTERA UDARA, SEBAGAI SATU KUASA UDARA YANG KREDIBEL LAGI UNGGUL SERTA DISEGANI DI RANTAU INI. COGAN KATA INI MEMBAWA ERTI DAN JUGA SEBAGAI PENJAMIN, IAITU WALAU BERLAKUNYA PERALIHAN KUASA PUCUK PIMPINAN TENTERA UDARA NAMUN TUJUAN DAN MATLAMAT ASAL TENTERA UDARA TETAP TIDAK AKAN BERUBAH. IA ADALAH UNTUK MENJAMIN KEPENTINGAN NEGARA ATAU ‘NATIONAL INTERESTS’ SENTIASA TERPELIHARA.

SAYA YAKIN BAHAWA VISI TENTERA UDARA UNTUK MENJADI SATU KUASA UDARA YANG DOMINAN, MAMPU MELAKSANAKAN MISI UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KEUTUHAN NEGARA SERTA KEPENTINGANNYA MELALUI PENGGUNAAN KUASA UDARA YANG TEPAT DAN EFEKTIF, AKAN DAPAT DICAPAI BERPANDUKAN STRATEGI YANG SEDIA ADA. VISI DAN MISI INI BERASASKAN LIMA NILAI TERAS ATAU CORE VALUES YANG PERLU DIFAHAMI, DIHAYATI DAN DIAMALKAN DALAM MELAKSANAKAN SETIAP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KITA. SEMUA NILAI INI HENDAKLAH “DIBUDAYAKAN” AGAR IANYA SEBATI SEBAGAI ASAS DAN PRINSIP KEHIDUPAN WARGA TENTERA UDARA. SAYA BERKEHENDAKAN SEMUA KOMANDER DAN PEMERINTAH, BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH UNTUK MEMPERTINGKATKAN NILAI INTEGRITI DAN MENCAPAI TAHAP KECEMERLANGAN, BERLANDASKAN PERINTAH ULUNG SAYA, DENGAN ARAHAN-ARAHAN BERIKUT:

PERTAMA; MENJADIKAN INTEGRITI SEBAGAI TERAS DALAM SEMUA PEMBELAJARAN DI SETIAP PUSAT LATIHAN DAN SETERUSNYA DIJADIKAN SATU BUDAYA DALAM TENTERA UDARA.

KEDUA; MENINGKATKAN PELAKSANAAN TAHAP PENYELIAAN ATAU SUPERVISION KE ATAS SETIAP WARGA TENTERA UDARA YANG LEBIH MUDA DENGAN PENUH KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB. KONSEP PENASIHAT ATAU “MENTORING” MESTI DIAMALKAN DI SETIAP PANGKALAN DAN UNIT OLEH SEGENAP LAPISAN WARGA TENTERA UDARA.

KETIGA; MENENTUKAN PENGUATKUASAAN SETIAP PERINTAH DAN UNDANG-UNDANG SERTA PELAKSANAAN HUKUMAN YANG ADIL DAN SAKSAMA. PRINSIP HUKUMAN YANG DIGUNA PAKAI ADALAH SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA PESALAH DAN JUGA DETEREN KEPADA SESIAPA YANG BERNIAT UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG DITEGAH. SELAIN DARI ITU, PEMERINTAH DAN PENYELIA MESTILAH MEMPUNYAI DAN MENGUTAMAKAN SIFAT “MORAL COURAGE” UNTUK BERANI MENEGUR DAN MEMPERBETULKAN SEBARANG KESALAHAN DAN KESILAPAN YANG
BERLAKU DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN.

KEEMPAT; BERSAING UNTUK KECEMERLANGAN, KERANA IA MENCERMINKAN KEPERIBADIAN. SEMESTINYA, IA BOLEH DITINGKATKAN DENGAN MEMUPUK SIKAP DAYA SAING YANG MENGUTAMAKAN KESIAGAAN OPERASI DAN JUGA MELALUI BERSUKAN SERTA BERIADAH. JUSTERU, IA MESTILAH DILAKSANAKAN DENGAN LEBIH GIGIH DAN TERSUSUN.

DAN, KELIMA; MENJADIKAN SETIAP KURSUS SEBAGAI MEDAN PERSAINGAN, DENGAN PENGLIBATAN SECARA AKTIF, TIDAK SEBAGAI “PENDENGAR” ATAUPUN SEKADAR “PESERTA” PASIF. MAKA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MESTILAH MEMPUNYAI PANGKALAN DATA SETIAP WARGA YANG CEMERLANG DALAM KURSUS SUPAYA IMBUHAN YANG SETIMPAL BOLEH DIBERI. SETIAP PELUANG YANG ADA HARUSLAH DIBERI KEPADA SEMUA WARGA TENTERA UDARA UNTUK MEREKA MENCAPAI KECEMERLANGAN.

PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN

SAYA JUGA SEDAR BAHAWA SELAMA INI, TANGGUNGJAWAB DALAM MENCAPAI VISI DAN MISI HANYA DIPIKUL SECARA LANGSUNG OLEH SEGELINTIR KETUKANGAN DAN JUGA PERINGKAT PEGAWAI MAHUPUN ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT KERANA ADA SESETENGAH PIHAK MEMPUNYAI PERASAAN RENDAH DIRI DI ANTARA SATU SAMA LAIN. MAKA DENGAN INI, ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA WARGA TENTERA UDARA UNTUK LEBIH KOMITED DAN IKHLAS DALAM MENCAPAI VISI DAN MISI TENTERA UDARA.

MAJU MUNDURNYA TENTERA UDARA SEBAGAI SATU ORGANISASI TERLETAK DI ATAS BAHU KITA. TANPA MENGIRA KETUKANGAN MAHUPUN PANGKAT. SEMUA MEMPUNYAI SATU MATLAMAT, IAITU MEMPERTINGKATKAN DAYA JUANG TENTERA UDARA DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. SAYA PERCAYA JIKA KITA SEMUA BERPEGANG TEGUH KEPADA PRINSIP INI, TAHAP KEYAKINAN DIRI KITA AKAN MENJADI LEBIH TINGGI DAN BERUPAYA BERSUARA DI KALANGAN KOMUNITI TENTERA UDARA SERANTAU DAN ANTARABANGSA.

CABARAN MASA KINI DAN YANG MENDATANG ADALAH BEGITU PANTAS LAGI KETARA. ADA DI ANTARA PERALATAN DAN PERSENJATAAN KITA DALAM INVENTORI TELAH HAMPIR USANG, SEDANGKAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK PEMBAIKAN DAN SENGGARAAN AMATLAH TERHAD. MENYEDARI HAKIKAT INI, SAYA SELAKU PANGLIMA TENTERA UDARA MENGAJAK SEMUA PANGLIMA DAN SELURUH WARGA TENTERA UDARA BERSAMA SAYA, UNTUK TERUS BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH BAGI MEMASTIKAN PENGGUNAAN SETIAP PERALATAN DAN PERSENJATAAN DIOPTIMUMKAN. IA PERLU DILAKSANAKAN DENGAN MENGUBAHSUAI KAEDAH SEDIA ADA DAN MENYUSUN SATU STRATEGI YANG BARU.

PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN

KEMAHIRAN SETIAP JURUTERA DAN JURUTEKNIK DI SKUADRON ATAU UNIT PERLU DIPERTINGKATKAN. SEMUA SEKOLAH SISTEM HENDAKLAH DISUSUN SEMULA UNTUK MENDAPAT NAFAS BARU DAN MENJADI LEBIH EFISYEN DAN EFEKTIF. BEGITU JUGA DENGAN SISTEM PENGURUSAN ASET. PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN KOMPUTER BERSEPADU ATAU “SPKB” PERLU DITINGKATKAN SUPAYA BOLEH DIMANFAATKAN SEPENUHNYA. BUDAYA SENGGARAAN PERALATAN KOMBAT UDARA DAN DARAT YANG DIPRATIKKAN SELAMA INI PERLU DITINGKATKAN DAN
DIBERI FOKUS YANG LEBIH.

SEHUBUNGAN DENGAN INI, SAYA MENGARAHKAN SEMUA PANGLIMA DAN KOMANDER MEMAINKAN PERANAN YANG LEBIH AKTIF UNTUK MEREALISASIKAN MATLAMAT INI. INI HENDAKLAH DILAKSANAKAN DENGAN PENUH KOMITED. SAYA INGIN MENYATAKAN BAHAWA DOMINANNYA SESUATU KUASA UDARA ITU BUKAN HANYA TERLETAK ATAU BERGANTUNG KEPADA KECANGGIHAN PERALATAN KETENTERAANNYA SAHAJA. SEBALIKNYA, IA BERGANTUNG KEPADA MODAL INSANNYA YANG INOVATIF DAN KREATIF DARI ORGANISASI YANG SENTIASA MEMPELAJARI IAITU SEBUAH LEARNING ORGANIZATION. ORGANISASI PERLU BERKEMAMPUAN MENGADAPTASI PERUBAHAN SEKELILING YANG MERANGKUMI DARI DALAMAN, SERANTAU MAHUPUN SEJAGAT, DENGAN CEPAT DAN BERKESAN.

SETERUSNYA, PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN MODAL INSAN AKAN SENTIASA MENJADI CABARAN YANG KOMPLEK. PASTINYA, IA SANGAT PENTING DAN MENJADI TUNJANG KEPADA ORGANISASI KITA YANG PERLU DIURUS DENGAN LEBIH EFEKTIF BAGI MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI YANG TELAH DITETAPKAN. JUSTERU ITU,
LATIHAN DAN PENDIDIKAN BAGI SETIAP WARGA PERLU BERTERUSAN DAN KONSISTEN UNTUK MENCAPAI KEMAHIRAN TERAS ATAU CORE COMPETENCY YANG DIPERLUKAN BAGI PELAKSANAAN TUGAS DI SETIAP LAPISAN. INI MEMBOLEHKAN ORGANISASI MEMPUNYAI ANGGOTA YANG BERDAYA SAING DAN MAMPU MENGADAPTASI TEKNOLOGI TERKINI.

SEMEMANGNYA, PENGENDALIAN ASET DAN TEKNOLOGI YANG CANGGIH DEWASA INI MEMERLUKAN SUMBER MANUSIA YANG KOMPETEN, BERASASKAN ILMU PENGETAHUAN (KNOWLEDGE) YANG LUAS, KEMAHIRAN (SKILL) YANG TINGGI DAN SIKAP (ATTITUDE) YANG BETUL.

LANTARAN ITU, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB MERANCANG STRATEGI BARU YANG MEMBOLEHKAN PERKHIDMATAN TENTERA UDARA MENJADI SEBUAH ORGANISASI DINAMIK, BERTERASKAN MERITOKRASI DAN MENGUTAMAKAN FALSAFAH “RIGHT MAN FOR THE RIGHT JOB”, DI MANA WARGANYA ADALAH DARI KELAS ‘ACHIEVERS DAN PERFORMERS’. MAKA DENGAN INI, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MESTILAH BERSIKAP SENSITIF DENGAN KEPERLUAN TERSEBUT DAN MEMBUAT PERANCANGAN YANG SISTEMATIK LAGI KOMPREHENSIF
DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, TELUS DAN IKHLAS.

PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,

KEUPAYAAN MEMIMPIN YANG EFEKTIF ADALAH NADI SESUATU ORGANISASI YANG BERJAYA. OLEH YANG DEMIKIAN SETIAP PEGAWAI MESTILAH MEMPUNYAI KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN KEPIMPANAN KELAS PERTAMA ATAU ”WORLD CLASS”, BAGI MEMASTIKAN TENTERA UDARA SENTIASA MAJU KE HADAPAN, RELEVAN, BERDAYA SAING DAN BERADA DI TAHAP TERTINGGI. CIRI KEPIMPINAN INI MESTILAH BERLANDASKAN BUDI PEKERTI DAN AKHLAK MULIA, AGAR IA MENJADI PENDORONG DAN PENGARUH KEPADA SUBORDINAT.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA AKAN BERUSAHA MENREALISASIKAN RANCANGAN UNTUK MEMBANGUNKAN PUSAT KEPIMPINAN DAN KECEMERLANGAN TENTERA UDARA DENGAN SECEPAT MUNGKIN. KHUSUSNYA BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN ATAU PTBK, SAYA MAHUKAN SEMUANYA MEMAINKAN PERANAN YANG LEBIH AKTIF DAN BERTANGGUNGJAWAB, DALAM ASPEK PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN. KESEMUANYA INI AKAN MENYUMBANG KEPADA PENCAPAIAN VISI DAN MISI TENTERA UDARA. OLEH ITU, SAYA BERKEHENDAKAN PTBK DI SEMUA LAPISAN DIPERKASAKAN ATAU ”EMPOWERED”, OLEH PEGAWAI ATASAN MEREKA. KEMAMPUAN DAN KESANGGUPAN PTB KANAN MEMAINKAN PERANAN YANG LEBIH BERKESAN DAN BERMAKNA AKAN MENJADIKAN TENTERA UDARA TERUS KEKAL SEBAGAI SATU ORGANISASI YANG UTUH TANPA ADA SEBARANG KELEMAHAN ATAU WEAK-POINT DI MANA-MANA PERINGKAT SEKALIPUN.

PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,

SAYA BERPEGANG KEPADA PRINSIP DI MANA SETIAP KEJAYAAN YANG CEMERLANG SEHARUSNYA DIBERIKAN PENGHARGAAN, DAN DISEBALIKNYA TINDAKAN TATATERTIB YANG TEGAS DIAMBIL TERHADAP SEBARANG PERLANGGARAN DISIPLIN. BAGI MENERAPKAN KEYAKINAN DAN SOKONGAN KEPADA PRINSIP INI, SAYA AKAN MEMPERKENALKAN ANUGERAH AIRMEN OF THE YEAR AWARD BAGI MENGIKTIRAF ANGGOTA TENTERA UDARA YANG BENAR-BENAR UNGGUL SERTA MENCAPAI KECEMERLANGAN LUAR BIASA YANG BOLEH DICONTOHI OLEH SEMUA
PERINGKAT WARGA TENTERA UDARA.

KEPIMPINAN SEMESTINYA DIBEKALKAN DENGAN KEKUASAAN IAITU, ”AUTHORITY COMES WITH POWER”. MAKA PERLU SAYA TEGASKAN BAHAWA, APABILA SAYA PERTURUNKAN KUASA KEPADA MANA-MANA PIHAK, JANGANLAH IA
DISALAHERTIKAN SEBAGAI SATU KUASA MUTLAK YANG AUTOKRATIK. SEBALIKNYA, APA YANG SAYA HARAPKAN ADALAH PENDEKATAN YANG MEMPUNYAI SENTUHAN INSAN. SAYA INGIN MELIHAT SATU BUDAYA TEGUR-MENEGUR DI MANA SUASANA KEKELUARGAAN AKAN TERJALIN DAN WUJUD, MELALUI PROSES INI. WALAU BAGAIMANAPUN JANGANLAH TINDAKAN INI AKAN MENYEBABKAN KEPIMPINAN MENJADI LEMAH DAN STRUKTUR ORGANISASI MENJADI PINCANG.

DALAM ASPEK KEBAJIKAN WARGA TENTERA UDARA, IA TIDAK AKAN DIABAIKAN. SAYA AKAN MEMBERI TUMPUAN TERHADAP PERKARA INI DAN SAYA MAHUKAN SETIAP KOMANDER DAN PEMERINTAH BERSAMA SAYA DALAM MENCAPAI MAKSUD INI. SISTEM PENGURUSAN UNIT (SPU) DISETIAP PANGKALAN DAN UNIT HENDAKLAH
DILAKSANAKAN DENGAN EFISYEN DAN MENDAPAT PERHATIAN SETIAP KOMANDER DAN PEMERINTAH. BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA ATAU BAKAT UDARA AKAN TERUS DIPERKASAKAN SUPAYA IA MAMPU MEMAIN PERANAN PROAKTIF SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA KEBAJIKAN KELUARGA SETIAP WARGA TENTERA UDARA DENGAN LEBIH BERKESAN.

TATKALA INI, PERSEPSI MASYARAKAT AMATLAH PENTING. IMEJ SESEBUAH PASUKAN ATAU PERKHIDMATAN PERLU DIJAGA DAN DIPUPUK SUPAYA IANYA SENTIASA DIHORMATI. OLEH ITU, SAYA BERILTIZAM UNTUK MEMBINA IMEJ TENTERA UDARA MELALUI BEBERAPA KAEDAH SUPAYA IANYA MENJADI SATU PERKHIDMATAN YANG SENTIASA DISEGANI, SEPADAN DENGAN MATLAMAT KITA UNTUK MENJADI ”WORLD CLASS AIR FORCE”. SALAH SATU STRATEGI YANG SAYA AKAN AMBIL ADALAH MELALUI PENGUKUHAN BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DISEMUA PERINGKAT, SUPAYA PENYEBARAN MAKLUMAT DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN LEBIH TERSUSUN DAN EFEKTIF.

PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,

SAMA ADA KITA SEMUA SEDAR ATAU TIDAK, APA YANG SAYA PERKATAKAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PENDEKATAN UNTUK MENGHADAPI TUGAS SEHARIAN KITA YANG KIAN MENCABAR DENGAN LEBIH BERSEDIA DAN TERATUR. DENGAN PENDEKATAN YANG DINYATAKAN TADI, SAYA PERCAYA IANYA AKAN DAPAT MEMBERIKAN KEKUATAN FISIKAL MAUPUN EMOSI KEPADA KITA UNTUK MENGHADAPI SEGALA CABARAN YANG MENDATANG, INSYAALLAH. SAYA JUGA TELAH MENEKANKAN KEPENTINGAN DAYA INTELEKTUAL KITA MELALUI PENINGKATAN PENGETAHUAN DI DALAM BIDANG YANG KITA CEBURI DAN SETERUSNYA MENGEMBANGKAN DAYA FIKIR MELALUI SIFAT INOVATIF DAN KREATIVITI SUPAYA KITA DAPAT WUJUDKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT, SEIMBANG DAN HARMONI.

PENDEKATAN YANG TERAKHIR ADALAH TERHADAP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG DILAKSANAKANSECARA BERHUBONG RAPAT DENGAN KEKUATAN SPIRITUAL BERASASKAN NILAI MURNI ATAU CORE VALUES MELALUI KEPERCAYAAN AGAMA MASING MASING. KEKUATAN SPIRITUAL YANG TERBENTUK HASIL DARI PELBAGAI
USAHA GIGIH YANG KITA LAKUKAN, INSYAALLAH AKAN MEMPEROLEHI FADHILAT DAN KEBERKATAN. SUDAH TENTU,IA AKAN MENJADIKAN KITA WARGA TENTERA UDARA YANG LEBIH INSAF, BERMOTIVASI UNTUK MENERUSKAN TUGAS
YANG DIAMANAHKAN.

PERWIRA DAN PERAJURIT UDARA YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,

KESIMPULANNYA, APA YANG TELAH SAYA NYATAKAN ADALAH SESUATU YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH SEMUA WARGA TENTERA UDARA KHUSUSNYA PEMIMPIN DI SEGENAP LAPISAN. JANGANLAH IANYA DIANGGAP SEBAGAI SESUATU YANG RETORIK ATAU SIMBOLIK SEMATA-MATA. SAYA MAHUKAN INTI PATI PERINTAH ULUNG SAYA INI DIKUPAS DAN DIANALISISKAN OLEH SETIAP PEMERINTAH, SETIAP KOMANDER DAN SETIAP ASISTEN KETUA STAF DI MARKAS TENTERA UDARA. IANYA PERLU DILAKSANAKAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH BALANCED SCORECARD ATAU RMAF STRATEGIC READINESS SYSTEM (SRS TUDM). SEMUA PERANCANGAN HENDAKLAH DIJADIKAN ACTION ITEMS ATAU PELAN TINDAKAN. PELAN-PELAN INI PERLU JUGA BERLANDASKAN TIME LINE ATAU ALIRANMASA SUPAYA MATLAMAT YANG DIINGINKAN AKAN TERCAPAI. SEMUA WARGA TENTERA UDARA MEMPUNYAI PERANAN DALAM HAL INI. INGATLAH PEGANGAN KITA, IAITU ‘’SATU PERKHIDMATAN SATU VISI DAN SATU MISI ‘’

AKHIR SEKALI, DIKESEMPATAN INI SAYA SELAKU PANGLIMA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA BERIKRARAKAN MENYEMPURNAKAN KEWAJIPAN SAYA DENGAN AMANAH, IKHLAS DAN JUJUR SERTA SEPENUH TENAGA DAN USAHA, DEMI UNTUK MEMIMPIN TENTERA UDARA MENCAPAI KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN. DISAMPINGITU SAYA DENGAN HARAPAN YANG TINGGI MEMOHON RESTU ALLAH SUBHANAHUWATA’ALA AGAR KITA SELAMAT BERTUGAS, SELAMAT BERJUANG DAN SELAMAT SENTIASA DIANGKASA RAYA. INSYAALLAH.

SEKIAN, SAYA SUDAHI DENGAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


52tahun.jpg


HUT TUDM 52 PADA 01 JUN 2010




Perutusan Khas Panglima Tentera Udara
Sempena
Hari UlangTahun TUDM ke 52

Hari ini menandakan genapnya usia TUDM yang ke 52, dimana kita bersama-sama menyambut ulang tahun penubuhan organisasi yang kita cintai ini. Bagi pihak saya dan keluarga, kami berasa amat berbangga dan gembira sekali kerana dapat meraikan detik bersejarah ini bersama-sama keluarga besar TUDM. Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada seluruh warga TUDM termasuk kaum keluarga kerana telah setia bersama-sama saya dalam memastikan TUDM terus unggul dan berdaya maju.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih dan merafak sembah taat setia seluruh warga TUDM kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta kerajaan Malaysia kerana memberi sokongan, kepercayaan dan keyakinan bagi TUDM memastikan kedaulatan ruang udara negara sentiasa terpelihara. Amanah ini akan kita junjung dan pelihara sehingga ke titisan darah yang terakhir dan tidak akan disia-siakan.


Saya amat berbangga melihat kesungguhan yang begitu jitu yang telah dipamerkan oleh setiap warga TUDM agar institusi ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan. Kita amat berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin TUDM yang terdahulu kerana telah menyediakan satu pelantar yang kukuh serta berwawasan bagi TUDM meneruskan kesinambungan kecemerlangan dan perjuangan yang belum selesai ini. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi sanjungan kepada bekas-bekas anggota TUDM serta keluarga mereka di atas jasa bakti yang telah disumbangkan semasa di dalam perkhidmatan. Pada mereka yang gugur dan telah tiada, kita semua berdoa semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan keluarga mereka.


Sebelum saya membicarakan halatuju TUDM di abad ke 21, wajar bagi kita untuk merenung kembali akan sejarah dari mana asal usul bermula, supaya kita lebih bersyukur serta menghayati perjuangan dan pencapaian TUDM sehingga ke masa kini. Izinkan saya memperingati di sini, bahawa 52 tahun adalah satu usia yang singkat bagi TUDM untuk berada di persada kejayaan yang ada sekarang. Namun ia terbukti tidak mustahil untuk dicapai, malah prestasi TUDM adalah amat membanggakan. Kejayaan ini merupakan tahap pencapaian yang amat signifikan kerana ia nya dicapai hasil dari titik peluh dan wawasan pemimpin-pemimpin yang terdahulu.


Saya amat berkeyakinan bahawa TUDM kini berada di landasan yang kukuh untuk berkembang selaras dengan agenda transformasi nasional yang turut dipelopori di dalam dasar pertahanan negara dan pelan pembangunan 4D MAF.


Bermula dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya yang merupakan cabang kepada pasukan sukarelawan udara negeri-negeri selat pada tahun 1940, maka tertubuhlah TUDM pada tahun 1958 yang dikenali sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Sejak dahulu lagi, peranan TUDM terus kekal iaitu mempertahankan kedaulatan ruang udara negara bermula dari era perang dunia kedua, era counter insurgency, era conventional dan sehinggalah ke hari ini mencakupi era asymmetric dan informasi. Dari pesawat pertama iaitu "Lang Rajawali" sehingga ke pesawat Sukhoi-30MKM yang terbaru dalam inbentori, telah banyak liku-liku dan cabaran getir dilalui oleh TUDM. Pengalaman yang bermakna ini seharusnya dijadikan pembakar semangat dan pemangkin minda seterusnya dijadikan pedoman oleh setiap anggota TUDM bagi memperbaiki lagi keberhasilan mutu kerja dan mencapai tahap Key Performance Indicators (KPI's) yang disasarkan.


TUDM tidak boleh berada di dalam keadaan statik dan berasa selesa serta berbangga dengan kejayaan yang lampau. Tanpa sebarang inisiatif transformasi, TUDM tidak akan dapat merealisasikan visi dan misi apatah lagi dengan lonjakan keupayaan teknologi yang makin mencabar. Bagi mengharungi cabaran dan peperangan masa depan, perancangan keupayaan strategik yang holistik berpandukan kepada effect base dan outcome, dan bukannya output, perlu diberi perhatian dengan serius. Segala cabaran dan kekangan haruslah dilihat sebagai satu peluang yang perlu diambil untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.


Bagi memacu perkhidmatan kita ke hadapan ke persada yang lebih tinggi, saya akan memperkenalkan visi strategik TUDM yang baru iaitu ̏Air Force - Next Generation". Visi strategik ini merupakan strategi jangka panjang dalam memperlengkapkan dan persediaan TUDM menghadapi cabaran abad ke 21. Seperti yang saya nyatakan terdahulu, TUDM tidak boleh leka dan perlu menjalani proses transformasi ke arah satu organisasi yang lebih vibrant, produktif, dan robust dan ini merupakan matlamat Air Force - Next Generation. Fokus transformasi akan tertumpu kepada empat tonggak, iaitu ketumbukan pasukan (Our Force), struktur organisasi (Our Organizational Structure), doktrin (Our Doctrine) dan warga pasukan (Our People).


Bagi menjayakan pendekatan strategik ini, maka saya menyeru kepada semua anggota TUDM agar membudayakan berfikiran di luar kotak, berinovasi, kreatif dan kritis. Dalam menuju ke arah ini, perlulah kita mentransformasi cara bekerja dan berfikir, sentiasa fokus terhadap visi jangka panjang yang bercirikan inovasi dan kreativiti yang berterusan. Warga TUDM juga perlu berfikiran ke hadapan, celik teknologi, penetapan minda yang jitu, mempunyai moral yang tinggi serta memiliki nilai-nilai peribadi yang mulia.


Menjelang tahun 2020 ini, generasi baru TUDM akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan kita harus membuat persediaan dari sekarang agar warga TUDM bersedia memikul tanggungjawab tersebut. Setiap anggota TUDM haruslah melengkapi diri dengan pengetahuan dan kecekapan agar sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini terutama di bidang teknologi maklumat kerana pengeksploitasian dimensi informasi merupakan trend peperangan masa kini. Domain angkasa lepas dan domain siber juga merupakan dimensi yang perlu diungguli oleh TUDM terutama sekali penggunaan satelit sebagai medium perhubungan di dalam persekitaran network centric operation.


Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai insiden berpunca dari kecuaian sikap dan masalah berkaitan disiplin anggota di mana sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif kepada imej dan tahap profesionalisme TUDM. Saya ingin memperingatkan, iaitu dalam menentukan kejayaan TUDM, semua prosidur dan arahan yang telah termaktub perlulah dipatuhi. Sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat hendaklah diambil dengan penuh tanggungjawab dan mengambilkira risiko dan kesan samada jangka pendek atau jangka panjang.


Setiap tindakan atau tugas yang diambil perlu melalui methodologi perancangan yang terperinci dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. TUDM hanya akan dikagumi dan dihormati oleh rakan maupun lawan sekiranya kita prihatin dan peka terhadap tahap profesionalisme kita.
Dengan kata lain, tahap disiplin dan tatatertib seseorang anggota TUDM hendaklah sentiasa di tahap yang tinggi supaya sentiasa disegani dan dijadikan contoh atau idola terutama kepada masyarakat tempatan. Untuk mencapai kejayaan, tiada jalan singkat atau jalan mudah melainkan memberi sepenuh komitmen terhadap perlaksanaan tugas disamping menghayati semula nilai teras atau core values yang sering ditekankan oleh pucuk pimpinan.


Tidak dapat dinafikan bahawa keluarga merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kita. Sekiranya sesuatu yang menimpa keluarga sudah tentu akan memberi kesan kepada prestasi dan mutu kerja kita. Adalah amat penting bagi kita memberi komitmen yang sewajarnya kepada keluarga demi memelihara institusi tersebut. Justeru, keseimbangan kerja dan kehidupan kekeluargaan haruslah diberi keutamaan. TUDM merupakan satu keluarga besar yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang rapat dan saling sayang-menyayangi serta saling bantu-membantu. Budaya ini perlu dipupuk tidak kira samada hubungan antara anggota, keluarga mahu pun anggota yang telah bersara kerana ia terbukti merupakan satu sebab mengapa kita masih berada di dalam TUDM. Persepakatan ini memupuk semangat kekeluargaan yang harmoni tidak kira semasa susah atau pun senang. Melalui program-program yang dianjur oleh Bakat Udara, sudah tentu pelbagai isu kebajikan dan kekeluargaan dapat dikongsi bersama agar tindakan-tindakan yang bakal diambil dapat dikoordinasikan.


Salah satu pendokong ke arah Airforce Next Generation adalah menerapkan nilai kepimpinan berwawasan dan transformasi (Visionary and Transformational Leaders) kepada setiap peringkat kepimpinan TUDM. Saya ingin melihat perubahan ini secara menyeluruh agar ia menjurus kepada kepimpinan yang berkehadapan, bertanggungjawab, relevan, berjaya membuat perubahan, menerap nilai murni dan berpegang teguh kepada integriti. Kejayaan sesuatu tugas itu tidak bermakna ianya merupakan kejayaan individu semata-mata tetapi ia merupakan hasil dari pengawasan dan tunjuk ajar yang diberi serta sikap kita sendiri yang ingin sesuatu tugas itu disempurnakan dengan sebaik mungkin. Budaya cemerlang dalam segenap penugasan yang diamanahkan ini hendaklah diteruskan oleh setiap peringkat anggota. Anggota di setiap peringkat hendaklah maju ke hadapan dan menonjolkan kesungguhan dari segi moral dan fizikal, berinisiatif, tidak mementingkan diri sendiri, prihatin terhadap tugas dan mementingkan keaslian mutu kerja serta bekerja sebagai satu pasukan.


TUDM merupakan harapan rakyat dan rakyat senantiasa memerhati perkembangan kita dengan rapat dan penuh minat. TUDM melambangkan benteng pertahanan udara negara dan ini akan dinilai berlandaskan obligasi dan komitmen yang kita lafazkan kepada negara dan rakyat. Sebagai penjawat kerajaan dan anggota ATM, rakyat akan menilai kita melalui perilaku dan etika profesionalisme kita di mana pengukuhan reputasi kita amatlah penting. Dari segi perolehan atau pembangunan yang melibatkan pengurusan kewangan, kita telah diamanahkan untuk mengurus wang rakyat berjumlah berbilion-bilion ringgit. Oleh itu TUDM perlu membelanjakan wang tersebut secara berhemah dengan merancang pembelian keupayaan ketenteraan yang memenuhi keperluan pertahanan negara, dan seterusnya menguruskannya dengan baik.


Sejajar dengan khazanah dunia, manusia dan jentera tidak dapat dipisahkan. Hubungan ini telah membuat manusia berlumba-lumba untuk mencurahkan potensi mereka yang terbaik dalam dunia teknologi. TUDM mesti sentiasa berubah dan fokus kepada budaya yang menerapkan inovasi teknologi. Marilah kita bersama-sama memacu dan menerokai bidang-bidang baru yang perlu kita terokai. Kita wujudkan satu persekitaran yang menggalakkan semangat persaingan dan daya juang yang tinggi. Sudah tentu dengan semangat ini, ianya akan memacu kita semua menuju visi strategik, Air Force - Next Generation dan sekaligus menjadi setanding dengan World Class Air Force.


Sekian, Selamat Maju Jaya dan Sentiasa di Angkasa Raya.





PROGRAM HUT TUDM KE 52


PERBARISAN HUT TUDM 52 DI PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR

KOLONEL YDP TUDM, DYMM SULTAN PAHANG MENGAMBIL TABIK HORMAT

KOLONEL YDP TUDM DAN PTU SELEPAS MELANCARKAN
LOGO 'AIRFORCE: NEXT GENERATION'




DERMA DARAH- The Malaysia Guiness Book of Record

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM yang ke 52 tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan program derma darah secara besar-besaran di Pangkalan-pangkalan TUDM seluruh Malaysia pada 24 Mei 2010 bermula dari jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Program derma darah ini adalah merupakan tradisi kepada sambutan Hari Ulangtahun TUDM setiap tahun. Walaubagaimanapun, program derma darah pada tahun ini adalah lebih istimewa di mana ia merupakan yang terbesar dan pertama kali dianjurkan oleh TUDM melibatkan semua pangkalan-pangkalan utama TUDM secara serentak. Selain itu program ini juga bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Record untuk sasaran jumlah penderma terbanyak yang berjaya didermakan oleh sebuah organisasi.


d4.jpg


Jumlah warga TUDM yang terlibat mendermakan darah adalah seramai 10052 orang dari 11 Pangkalan-pangkalan TUDM berikut:


1. Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

2. Pangkalan Udara Subang.

3. Pangkalan Udara Butterworth.

4. Pangkalan Udara Kuantan.

5. Pangkalan Udara Gong Kedak.

6. Pangkalan Udara Kuching.

7. Pangkalan Udara Labuan.

8. Institut Latihan Tentera Udara Ipoh.

9. Kolej Tentera Udara Alor Setar.

10. Rejiman TUDM Bukit Jugra.

11. Skuadron 323 TUDM Bukit Ibam.



d2.jpg


Program derma darah ini bukan hanya sebahagian dari aktiviti-aktiviti untuk memeriahkan sambutan hari ulangtahun TUDM ke 52, malah ianya adalah salah satu platform kepada TUDM untuk berbakti kepada masyarakat. Selain itu, penganjuran program derma darah ini juga merupakan salah satu tanggungjawab bagi seluruh warga TUDM dalam aspek sosial terutamanya untuk membantu kerajaan mengisi keperluan Tabung Darah Negara.






Perarakan Kereta dan Motorsikal Klasik


Muzium TUDM akan mengadakan Hari Terbuka pada 20 Jun 2010 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM. Sebagai promosi hari terbuka tesebut satu perarakan Kereta dan motosikal Klasik telah diadakan pada 6 Jun 2010 jam 10.00 bermula dari Pangkalan Udara Subang melalui Lebuhraya Persekutuan menuju ke Muzium TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.




kereta_klasik_.jpg




moto_klasik.jpg



Perbagai Aktiviti akan didakan sempena Hari Terbuka TUDM tersebut antaranya Pertunjukan Udara, Hot Airballon, Para Jump, Abseling, Pameran Kerjaya dan perbagai lagi acara menarik akan disediakan. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi hari terbuka berkenaan.



PROGRAM SEMPENA HARI TERBUKA TUDM
DI MUZIUM TUDM PADA 20 JUN 2010

0900 - Ketibaan Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota (Muzium Dibuka Kepada Orang Ramai)

0915 - Ketibaan Mantan PTU dan Jemputan

0920 - Ketibaan Panglima Tentera Udara

0930 - Perasmian Pembangunan Fasa Ke-2 Muzium TUDM

- Perasmian “Open Day”

- Bacaan Doa

- Penyerahan pesawat eagle oleh CTRM

- Lawatan ke hangar

- Press Conference (hangar)

- Jamuan

- Lawatan ke Dataran Wira Angkasa

- Penyerahan koleksi peribadi oleh Mantan PTU di galeri

- Lawatan ke Tapak Pameran

- Pertunjukan Parajump/Spie Rig/Abseiling dengan pesawat TUDM

- Pertunjukan Pancaragam TUDM

- Hot Air Balloon

1120 - Acara rasmi dijangka selesai

(Hari Terbuka Muzium diteruskan)

1400 - Pertunjukan Parajump/Spie Rig/Abseiling dengan pesawat TUDM

- Pertunjukan Pancaragam TUDM

- Pertunjukan Aerobatic Pesawat Pitts Special dan Hot Air Balloon

1700 - Hari terbuka Muzium TUDM dijangka tamat

(Nota : Demonstrasi Memadam Kebakaran Pesawat akan juga diadakan)



BERSAMA PTU DALAM RANCANGAN DIALOG DI TV1
(27 MEI 2010)


atn_6846.jpg



Panglima Tentera Udara telah menjadi tetamu di dalam rancangan ‘Dialog’ di RTM 1 dalam rancangan yang bersiaran secara langsung selama satu jam bermula pada 10:00 malam hingga 11:00 malam pada 26 Mei 2010. Program tersebut diadakan bagi membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia bersempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke 52 pada 1 Jun 2010 serta perkembangan dan hala tuju TUDM pada masa hadapan. Suasana studio 1 menjadi semakin semakin hangat apabila Panglima Tentera Udara turut di tujukan beberapa soalan oleh para pegawai serta anggota lain-lain pangkat dan juga dari panggilan telefon dan melalui laman sesawang popular iaitu ‘facebook’.





TPTU DAN AKS TADBIR DI ASTRO AWANI PADA 25 MEI 2010


atn_6446.jpg



TPTU DI 'SELAMAT PAGI MALAYSIA' TV1 PADA 25 MEI 10

p2.jpg

PANGLIMA OPERASI UDARA DI NTV 7 PADA 26 MEI 10


atn_6501et.jpg


PANGLIMA NO 1 DIV UDARA DI 'HELLO ON 2' RTM 2 PADA 27 MEI 10


atn_7012.jpg








MAJLIS MAKAN MALAM HUT TUDM PADA 5 JUN 2010




makan_beradat_.jpg






makan_beradat_1.jpg
















0 comments: