Wednesday, July 14, 2010

MY SULTAN PART 3


WAWASAN SULTAN JOHOR

BERJIWA rakyat. Begitulah keperibadian Sultan Johor kelima, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda yang dimasyhurkan sebagai raja dan pemerintah kelima Johor Darul Takzim sehari selepas kemangkatan ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari lalu.



HARAPAN KEPADA RAKYAT


“SAYA tidak suka rakyat saya berpecah. Jangan berpuak-puak dan jangan ada kepentingan diri. Bagi individu yang terbabit politik, jika mahu menjadi ahli politik jangan ada kepentingan diri. Mahu jadi wakil rakyat, haruslah bekerja untuk rakyat.


Johor adalah negeri maju dan rakyat mesti bertanggungjawab membantu kerajaan untuk memajukan lagi negeri ini. Jika kerajaan kucar kacir, pelabur tidak akan datang. Kerajaan tidak boleh berfungsi jika rakyat tidak beri kerjasama. Visi saya adalah 1Johor iaitu rakyat bersatu dan muafakat sebagaimana seruan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dengan 1Malaysia. Kita di Johor adalah 1Johor. Jangan ada yang berpuak-puak.



Orang Melayu sudah maju ke depan, menerusi rancangan luar bandar seperti Felda, ramai anak Melayu yang berjaya. Ada yang menjadi jurutera, doktor dan profesional. Mereka tinggal di Kuala Lumpur atau bandar besar lain, tinggallah orang tua mereka di situ (kampung). Ini bermakna kerajaan yang memerintah dulu sudah melihat prospek dan apa yang dilakukan itu kini berjaya. Kerajaan sudah buktikan. Sekarang kemajuan ini harus diteruskan dan dilakukan dengan terbaik demi masa depan anak-anak kita.”



HARAPAN KEPADA KERAJAAN


“MENTERI Besar jika di dalam organisasi perniagaan, dia diibaratkan sebagai pengurus besar. Beliau dibantu oleh pegawai kanan dan pekerja untuk memajukan syarikat. Namun jika pekerja tidak beri kerjasama, dengan kesatuan sekerja yang terlalu banyak bantahan serta masalah, syarikat sukar untuk maju. Syarikat akan mengalami kerugian dan apabila rugi, syarikat akan tutup dan hilang pekerjaan. Begitu juga dengan organisasi kerajaan, jika ada kepentingan, tidak beri sokongan, bekerjasama serta bekerja keras bersama-sama Menteri Besar, negeri tidak akan maju.


Sama seperti kerajaan dan menjalankan (pentadbiran) negeri, jika rakyat membantu dan bekerja kuat, negeri akan maju dan bila negeri kerugian, rakyat juga akan rugi. Tepuk dada tanya selera.


Saya mahu sebuah kerajaan negeri dengan pentadbiran yang berkesan dan tiada masalah. Saya mahu negeri Johor ini ‘trouble free state’ (negeri bebas masalah).”


PEGAWAI KERAJAAN


“SAYA akan memainkan peranan. Saya mahu pegawai yang dilantik melaksanakan tugas dan amanah mereka dengan sebaik-baiknya. Saya sudah memanggil menghadap pegawai kerajaan untuk memberi taklimat mengenai pembangunan daerah serta menasihatkan mereka supaya mempertingkatkan kualiti kerja untuk rakyat.


Saya akan lebih kerap melawat daerah, bandar, kampung dan saya akan beri teguran serta nasihat demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat. Saya harap (kakitangan kerajaan) jangan terlalu leka. Kerajaan lantik mereka untuk buat kerja. Mana-mana yang dulu tidur, sekarang bangunlah.”



KEMBARA MAHKOTA JOHOR


“SAYA akan meneruskan program ini bersama-sama Tunku Mahkota. Nama program Kembara Mahkota saja yang akan berubah, namun konsep masih sama. Tunku Mahkota mungkin akan ada beberapa acaranya tersendiri. Johor mempunyai 10 daerah, dengan penyertaan Tunku Mahkota dalam program itu, lebih banyak aktiviti boleh diadakan dan lebih banyak kawasan boleh dilawati.


Untuk tahun ini saya bercadang meneruskan program ini dengan menaiki kereta api. Manakala Tunku Mahkota mungkin mengikut jalan raya. Saya dan Tunku Mahkota masing-masing akan mempunyai acara tersendiri sebelum kami bergabung pada majlis tertentu.”



KENANGAN BERSAMA ALMARHUM SULTAN ISKANDAR


“KETIKA bersama Almarhum Sultan Iskandar dulu, Almarhum tidak suka saya berjalan ke luar negara. Almarhum mahu saya selalu dekat dengannya dan sentiasa kawal pergerakan saya.


Bahkan dalam negeri Johor, jika saya mahu keluar daerah, saya perlu menghadap dan minta izin Almarhum baginda. Jika mahu ke pulau dan melakukan aktiviti menyelam, saya kena menghadap sembah dan maklumkan bila dan berapa lama mahu pergi, bila balik dan siapa lagi yang pergi. Almarhum juga mahu tahu siapa kawan saya. Selepas itu, akhir sekali, baru Almarhum ucapkan selamat, “Bah (Ayahanda) doakan semuanya tak ada apa-apa, semuanya selamat.” Apabila balik juga perlu menghadap. Almarhum mahu tahu apa cerita, berapa lama dalam air, berapa kali menyelam, ikan apa ditembak dan perlu tunjuk bukti ikan itu. Almarhum akan tanya, betulkah saya yang tembak? Almarhum tidak suka perbuatan membazir, pantang sekali kalau melihat pembaziran. Kalau mahu ke luar negara, contohnya, hendak lihat anak saya bersekolah di Australia. Almarhum akan tanya, berapa hari pergi ke sana. Saya jawab seminggu. “Eh, mana boleh?” Almarhum potong tiga hari. Jadinya pergi satu hari, melawat satu hari, balik satu hari, tinggal satu hari sajalah cuti saya.


Saya dengan Almarhum sangat rapat, tetapi saya tidak pernah menjawab, kalau Almarhum murka dengan saya, saya tidak menjawab, saya diam. Perlahan-lahan Almarhum akan ‘sejuk’ semula. Itulah hubungan bapa dengan anak.


Nasihat saya kepada orang muda sekarang, mesti hormat kepada ibu bapa kita. Kalau tidak ada mereka (ibu bapa), matahari dan bintang tidak akan dapat dilihat. Hormatilah ibu bapa dan mereka yang lebih tua.”


CARA MENDIDIK ANAK


“SAYA tidak berkeras dengan anak. Ketika kecil, saya juga dirotan oleh Almarhum ayahanda. Jika buat salah, saya dirotan sebagai hukuman. Almarhum tidak suka orang bercakap bohong, mengumpat dan mencuri. Saya tidak pernah sekali pun mendengar Almarhum mengumpat mengenai orang lain. Kalau ada yang bercerita mengenai sesiapa pun, Almarhum hanya mendengar dan tidak masuk campur.



Dengan anak saya, jentik pun tidak pernah. Saya memberi teguran dan nasihat. Generasi mereka sekarang tidak sama ketika saya dilahirkan pada 1958. Mereka dilahirkan tahun 1980-an. Keadaan sudah jauh berbeza. Pendekatan bersama anak juga berubah. Malah kadangkala mereka temberang kita balik, “Eh, Bah (Ayahanda) ini bukan tahun 50 (1950-an), ini alaf baru.” Ada saja jawapan mereka.


Anak saya yang ketiga, Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar kini menjalani latihan ketenteraan bersama Angkatan Tentera Darat. Anak lelaki ketiga, Tunku Abdul Jalil kini belajar di Zoo London. Dia suka binatang dan juga pencinta alam sekitar, sayangkan pusaka negeri dan warisan.


Anak saya yang perempuan (Tunku Aminah), dia seperti penunggu rumah, suka makan di kedai tetapi tidak suka keluar waktu malam. Anak kelima saya, Tunku Iman tidak tahu lagi (perancangannya).”


MASYARAKAT ORANG ASLI


“SAYA ingin menegur masyarakat Orang Asli kerana saya lihat mereka terlalu bergantung kepada kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan percuma hingga mendorong mereka jadi pemalas. Sebelum ini mereka banyak diberi bantuan, tanah, rumah dan keperluan lain dengan percuma. Kita bantu mereka, adakah mereka berterima kasih? Begitu besar kerajaan berbelanja membantu mereka.



Justeru saya mahu mereka berubah dan tukar cara hidup. Mereka perlu dididik dengan cara hidup yang lebih berdikari. Jika tidak buat begitu, mereka tahu setiap tahun bantuan (kerajaan) akan datang. Adakah ini adil pada rakyat lain yang juga hidup susah? Di Johor, ada kira-kira 14,000 Orang Asli yang kebanyakannya sudah maju dengan kira-kira 80 peratus memeluk agama Islam.


Sekarang mereka mesti keluar dari kampung dan bina kehidupan lebih baik. Kalau 100 tahun lalu, sejumlah 95 peratus negeri Johor ini adalah hutan, kena cari makan dalam hutan. Kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Namun sekarang negeri semakin maju dan hutan semakin kecil. Takkan mereka mesti terus memburu di hutan. Mereka tidak boleh dengan cara hidup 50 tahun dulu kerana negeri sudah maju dan mereka mesti keluar (daripada cara hidup tradisional).


Dalam rancangan luar bandar, kerajaan siapkan ladang. Ini antara cara mengubah hidup Orang Asli. Kena bawa mereka keluar, tetapi jangan pula adat resam mereka hilang.”


ALAM SEKITAR


“PENCEMARAN salah siapa? Salah kita... Kerajaan menyediakan tong sampah percuma, tetapi orang ramai buang di mana? Masih ada yang tidak bertanggungjawab buang ke parit dan sungai. Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan menyediakan peruntukan besar untuk membersihkan sungai.



Namun seharusnya atasi dulu masalah dan punca pencemaran sungai itu. Apa saja yang menyebabkan sungai tercemar sama ada membabitkan orang ramai, perniagaan mahupun industri, perlu ditangani dengan berkesan. Apabila masalah ini dapat diatasi, baru sungai itu dibersihkan. Jika dibersihkan juga tetapi sampah dan kotoran industri masih dibiarkan mengalir ke sungai, ia tidak akan berubah. Sungai akan terus tercemar dan yang akan merasa kesan dan akibatnya adalah generasi kita akan datang.


Di Pantai Lido, dulu banyak pokok stu. Buahnya seperti rambutan tetapi hijau dan bila dipecahkan nampak isi putih, dan rasanya lemak manis. Di Sungai Tebrau pula penuh siput gonggong, tetapi sekarang spesies itu sudah tidak ada. Malah spesies yang tidak pernah ada pula wujud seperti ikan Subaru. Ia seperti ikan bawal tapi ada bintik hitam pada tepi badannya.


Sebenarnya saya tidak setuju dengan kerja penambakan Pantai Lido melainkan kerja-kerja melebarkan jalan sahaja. Bapa, datuk dan moyang saya bina istana di tepi laut kerana pemandangan yang indah di tepi pantai.


Kita bina masjid, bangunan Majlis Agama Islam Johor, mahkamah syariah, hospital dan Istana Bukit Serene semuanya menghadap laut dengan pemandangan cantik bersama tiupan bayu laut.


‘Muka kita sudah cantik, mengapa mahu tampal dan tutup lagi?’ Apakah tanah di Johor sudah tidak ada hingga perlu menambak laut. Saya tidak setuju dengan pembangunan itu dan sudah sampaikan hasrat saya pada Menteri Besar Johor. Kalau di sebelah Stulang, tidak jadi masalah jika mahu tambak untuk dibangunkan dan diperindahkan dengan kawasan pejalan kaki. Pembangunan di Pantai Lido tidak perlu, dan cukup dengan Teluk Danga yang sudah dibangunkan.”


KEBERSIHAN BANDAR DAN SUNGAI


“KALAU sayangkan negeri kita, cintakan sungai kita, kena berubah. Tiba masanya kita berubah. Saya mahu negeri ini lebih bersih. Perlu ada usaha dan kesungguhan daripada semua pihak untuk mempertingkatkan lanskap dan hiasan di seluruh negeri dan bandar raya Johor Bahru terutamanya. Sampai masanya rakyat perlu sedar, dan bantu kerajaan untuk pertingkatkan kebersihan negeri Johor.


Saya sudah nasihatkan kerajaan dan arahkan penubuhan jawatankuasa khas mengenai kebersihan di negeri Johor. Undang-undang yang ada kurang pelaksanaan daripada segi penguatkuasaan. Saya minta lebih adil dan telus dalam menguatkuasakan peraturan.”


PELANCONGAN


“KERAJAAN sudah melakukan yang terbaik dan mempunyai banyak perancangan bagi mempertingkatkan industri pelancongan di Johor. Antara yang dilakukan adalah beri anugerah dan tauliah kepada penggiat industri pelancongan.



Namun pada masa sama, kerajaan harus meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi tumpuan pelancongan. Contohnya Mersing, pelancong suka ke sana kerana ada banyak gugusan pulau yang indah. Jadi kita perlu pertingkatkan kemudahan dan kualiti perkhidmatan untuk menarik lebih ramai pelancong ke sana.


Saya berhasrat menghidupkan kembali Tenun Johor sebagaimana Tenun Pahang yang kini popular di Pahang. Tenun Pahang terkenal kerana Tunku Ampuan Mariam membawanya ke negeri itu dan kemudian kekal popular kerana adik saya (Tunku Azizah Maimunah Iskandariah) mengambil berat.



Justeru saya mahu mengembalikan Tenun Johor yang berasal dari Lingga, Indonesia. Sebenarnya tidak susah untuk menghidupkan semula tradisi Tenun Johor, jika mendapat sokongan kerajaan dan minat rakyat. Kita perlu sediakan bangunan dan bawa ahli tenun dari Lingga untuk berkongsi ilmu. Memang ada yang menganggap kerja tenunan kurang komersial, tetapi jika kita fokus dan berusaha, ia sebenarnya menguntungkan.


Banyak perkara yang hendak dihidupkan semula di Johor. Anyam mengkuang, tikar mengkuang, semua boleh dihidupkan semula. Kerajaan kena bantu dan beri subsidi. Kita mesti hidupkan, jika tidak ia akan pupus. Seperti di Kelantan yang popular dengan ukiran perak dan tembaga.


Selain itu, Johor harus memanfaatkan industri nanas, fiber (gentian) nanas yang boleh dibuat baju harus diperkembangkan lagi sebagai satu daripada imej negeri ini.”


KESELAMATAN DAN JENAYAH


“KERAJAAN sudah melakukan pelbagai cara, antaranya menyediakan sistem kamera litar tertutup (CCTV), menambah anggota dan pondok polis tetapi masih susah mengawal jenayah.



Dulu jika berlaku rompakan, mangsa tidak dibunuh, tetapi sekarang penjenayah semakin kejam. Ada mangsa rogol yang dibunuh, kanak-kanak turut jadi sasaran, malah ada mangsa dibakar.


Justeru saya ingatkan rakyat supaya lebih prihatin dan peka. Tinggal dalam kawasan kejiranan, perlu ada perasaan cemburu dan curiga. Jika ada orang asing atau tidak dikenali, perlu diperhatikan. Kita harus pedulikan orang dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Sikap seperti itu tidak muafakat, maka tidak ada berkat.”


dari Harian Metro 3 Julai 2010


Sunday, July 4, 2010

MIMPI MENJADI KENYATAAN


SWITZERLAND MEMANG INDAH


FLASHBACK- Impian-impian yang tidak jadi Kenyataan

SWITZERLAND ADALAH SATU-SATUNYA NEGARA YANG AKU SANGAT INGIN LAWATI SEJAK ZAMAN AKU SEKOLAH LAGI. Selain dari documentari tentang keindahan salju aku juga teruja dengan 'specialty' negara ini yang terkenal sebagai negara berkecuali tanpa menjadi ahli UNO sehingga tahun 2002, tidak menjadi ahli EU sehingga sekarang dan terkenal sebagai tempat jutawan dunia menyimpan wang.

Sepanjang tempoh aku dalam TUDM, sudah 3 kali aku berpeluang untuk melaksanakan tugas rasmi ke Switzerland. Namun setiap peluang diakhiri dengan halangan yang memaksa aku untuk melupakan peluang itu. Sehinggalah pada tahun 201, peluang kali ke 4 ini yang menjadi kenyataan.


Senarai peluang yang tidak kesampaian ialah:

Pada tahun 2001, Kerajaan meluluskan kepada TUDM untuk membeli 9 buah pesawat PC7 Mk II untuk menggantikan PC7 yang telah dilupuskan. Semasa kontrak ditandatangani, aku bertugas di Treasury sebagai Pegawai Khas TUDM di Unit KK, Bahagian Perolehan Kerajaan(BPK). Dalam kontrak ini terdapat 3 PDI yang perlu dilaksanakan dan setiap PDI akan ada wakil dari BPK. Unit KK telah mengaturkan antara TSB - Tuan Hj Shamsuddin, KPSU(KK)- En Ghaffar A.Thambi dan PKTU -saya untuk mewakili Treasury bagi setiap PDI. PDI pertama dan kedua berjalan lancar mengikut perancangan. Bagaimanapun, apabila giliran saya sampai untuk menyertai PDI ke3, Y.Bhg Tan Sri KSP telah memutuskan supaya PDI ke 3 tidak perlu diadakan. Malang sungguh nasibku.


Pada tahun 2007 Kerajaan sekali lagi meluluskan pembelian tambahan 10 buah PC7 Mk II untuk TUDM. Terdapat beberapa PDI dalam kontrak berkenaan. Selaku PS1 Kontrak di MTU pada masa itu, diberi tugas untuk menyertai salah satu PDI berkenaan. Ia dijangkakan pada bulan Julai 2007. Namun pada bulan Apr 2008, aku telah ditukarkan ke MLU untuk mengambil-alih PS1 Pembaikan. Sebaik sahaja melapor ke MLU, aku telah diberi tugas luar negara lain iaitu ke Russia untuk PDI ILS dan Roll Out Ceremony SU30MKM (12 - 26 Mei 2007) dan lawatan fasilitet Rolls-Royce di Ansty, UK dari 27 Jun hingga 1 Julai 2007. Oleh kerana baru sahaja bertukar, belum dapat menumpukan tugas, dan telah terlalu lama berada di luar negara, maka tugasan ke Switzerland telah dibatalkan dan diberikan kepada pegawai yang lain. Terlepas peluang kedua.

Pada awal tahun 2010, MLU telah merancang untuk membuat lawatan ke fasilitet atas jemputan RUAG Ltd, Switzerland. Kebetulan juga nama aku telah dipilih untuk mengetuai kumpulan PDI untuk enjin Viper Mk43 di Piaggio, Milan, Italy. Kedua tugas dirangkumkan dan program dijangka dilaksanakan pada 22 Feb 2010. Bagaimanapun pada saat akhir, Tim Public Account Committee (PAC), Parlimen Malaysia telah membuat keputusan untuk melawat MATRA 1 pada 26 Feb 2010 berkaitan dengan kes kehilangan 2 x enjin pesawat F5. Selaku KSK, aku terlibat secara langsung untuk menyediakan taklimat dan memberikan taklimat kepada delegasi berkenaan. Maka, program lawatan ke Piaggio, Milan dan RUAG, Zurich diteruskan tanpa aku menyertainya. Peluang ketiga yang telah begitu hampir digapai, juga terlepas. Makkkkk Oi!!.


MIMPI YANG MENJADI KENYATAAN

Segala-galanya bermula apabila ada pertemuan antara aku dengan Mr Eduard Walder (dari Pilatus) di pejabatku pada bulan Mac atau April 2010. Aku telah menyatakan cadangan sekiranya pihak Pilatus mengajukan jemputan kepada MLU untuk membuat Provisioning 2011/2012 di premis Pilatus di Switzerland. Cadangan ini adalah sebagai mengoptimakan tugasan ke luar negara (TCG/CIP/LSM di Russia) dari 26 Jun - 5 Julai 2010. Beliau bersetuju dan surat tawaran diterima serta mendapat restu Panglima. Maka, disusun program supaya tugas di Russia dipendekkan dan aku bersama 3 lagi pegawai akan meninggalkan TCG pada 30hb Jun untuk tugasan di Switzerland.

Pada 3ohb Jun 2010 aku memulakan perjalanan impian dengan penerbangan SU 265 dari Sheremetyevo Airport, Moscow (jam 1420) ke Zurich Airport dengan penerbangan Aeroflot mengambil masa lebih kurang 3 jam. Aku mengetuai delegasi TUDM untuk menghadiri Provisioning Review Meeting di Pilatus Ltd iaitu OEM pesawat PC7 yang telah digunakan oleh TUDM sejak tahun 1982. Lain-lain anggota delegasi ialah Lt Kol Ahmad Rafdzi, Lt Kol Gopalan, Mej Muhd Shafiq dan Mej Lua Pei Ting. Kami mendarat di Zurich Airport pada jam 1355 petang.


ketibaan di Zurich Airport

Semua ahli delegasi datang dari Moscow setelah menamatkan tugas TCG/CIP/LSM pesawat MIG29 dan SU30 dengan PJSC RAC MIG dan FSUE Rosoboroexport. Kecuali Lua yang datang direct dari KL dengan En Shameer (Bakti Udara). Ketibaan di Zurich disambut oleh Lua dan Shameer. Kami menginap di Hotel Schweizerhof, Lucerne (local spelling: Luzern).


ketibaan di Hotel Schweirtzerhof

check-in

pemuzik jalanan di Luzern

bersiarkaki di bandar Luzern



Cuaca agak panas kerana sekarang adalah Summer. Dalam 32 Celsius. Masa siangnya amat panjang, waktu Subuh masuk jam 2.44 pagi, manakala masuk waktu maghrib pada jam 9.26 malam. Pemandangan di sepanjang perjalanan dari Zurich menuju ke Luzern amat menarik. Switzerland, negara pergunungan serta tasik-tasik yang amat menakjubkan. Switzerland, bukan sahaja indah tetapi juga sebuah negara bersih dan selamat.

Hari pertama tiba di Luzern, hanya membuat administratif serta bersiarkaki di bandar Luzern berhampiran hotel sahaja sambil membuat price survey. Orang di sini kalau parkir kereta tak pernah kunci. Ada kelihatan dalam kereta tinggal GPS tengah caj bateri. Jalanraya di bandar Luzern ada lorong khas untuk penunggang basikal. Petang itu kami makan kebab di Edhem Restaurant, milik orang Turki.


makan kebab di restoran Turki


Keesokan harinya, pada 4hb Julai dipenuhi dengan program rasmi iaitu mesyuarat dan lawatan ke fasilitas sehingga lewat tengahari. Setelah menamatkan lawatan lebih kurang jam 1600, kami pulang ke hotel dan bersiap untuk dinner atas jemputan pengurusan Pilatus.



PC7 Provisioning Meeting


Lunch at Pilatus Cafe dengan Mr Wolfgang Totsmann
(kami makan pasta (makaroni)- terlupa sekejap ini kantin mat salleh- dah termakan sepotong ayam baru tersedar ini makanan yang tak hahal!!!!...perrggghhh)











Jam 1930 kami bertolak ke kaki Mt Pilatus, kira-kira 15 minit perjalanan dari hotel. Dari kaki gunung kami menaiki kereta kabel menuju ke Restauran Wirthschaft & Alpgschwand. Aku tak ingat berapa ketinggiannya.


perjalanan ke Mt Pilatus untuk dinner

gondola (cable car) ke Restoran
bergambar berlatarbelakangkan bandar Luzern dan pergunungan yang indah




Pada 5hb Julai kami di bawa menaiki Mount Titlis di County Engelberg. Kira-kira setengah jam dari Luzern. Untuk ke atas kami menaiki kereta kabel atau dipanggil gondola. Ada 4 fasa kereta kabel. Fasa pertama, menaiki gondola muatan 4 orang dari Stesen 1 (terminal) melalui Stesen 2 dan turun di Stesen 3 untuk bertukar kepada gondola kedua yang boleh membawa muatan lebih 30-40 orang hingga ke Stesen 4. Kemudian kami bertukar gondola jenis bulat dan boleh berpusing dan memuatkan lebih kurang 30 orang juga. Di Stesen 5 sekali lagi bertukar gondola berbentuk kerusi muatan 6 orang hingga ke Stesen terakhir di pucak Titlis pada ketinggian ketinggian 10,000 kaki atau 3020 meters. Suasana putih bersih, inilah yang dikatakan seputih salju. Indahnya ciptaan Allah.


setibanya di pekan Engelberg

aliran sungai yang bersih di kaki Mount Titlis


Engelberg dari gondola

gondola ke puncak Titlis

pemandangan yang memutih dari gondola- perjalanan ke puncak


Di puncak Titlis inilah si Jawa dari Kg Parit Lapis Mahang, Batu Pahat ini, kali pertama dalam hidupnya menyentuh dan bermain salju dan glacier. Walaupun udara dipuncak gunung terik matahari, namun salju kekal tebal memutih. Inilah keistimewaan Switzerland yang sekian lama aku idam-idamkan.






bergambar bersama satu keluarga pelancong dari Afrika Selatan



bermain salju

Ohhhh Tuhan.... indahnya ciptaan Mu

terlupa nak bawa sirap...kalau tak bole la minum ais kepal



TUHAN AMAT MENGETAHUI TENTANG QADA' DAN QADARNYA YANG WAJIB KITA PERCAYAI.
ALLAH SEMBUNYIKAN REDHANYA MELALUI TAAT DAN ALLAH MENYEMBUNYIKLAN MURKANYA MELALUI MAKSIAT