Thursday, October 22, 2009

MY SECONDARY SCHOOL




SEKOLAH TUNKU MAHMOOD ISKANDAR
PARIT SAIDI, BATU PAHAT
(1972-1976)


I left my primary school at the end of 1971 with the new wisdom as 'secondary school' students. The school (which you had read the history above) is about 1.5 km from my house. Straight bitumin road without any challenge except need slightly more road safety concious.

The new challenge in my Form 1 was having a new rivals which i did not know at all. The students of STMI were the pool of students from surrounding primary schools within the area of Mukim 10 and Mukim 11 such as SK Seri Rejo Sari, SK Parit Kemang, SK Seri Timbul, SK Seri Pulih, SK Seri Kemajuan, SK Kampung Baru, SK Parit Kadir and SK Seri Perpat. The students were living as far as 15km from the school. Each school had its own 'second class HERO'. Why 2nd class? The first category of best students (very rare species for 'sekolah kampong') were normally had been picked up to go full resident school (boarding school) such as SAS, STAR, SDAR, KTK, SMPKA or RMC.



SEJARAH RINGKAS STMI


"Cetusan asal hendak mewujudkan sebuah sekolah menengah di Kampung Parit Saidi, telah bermula sejak beberapa tahun sebelum 1965. Ianya berpunca daripada kesusahan ibubapa yang pada setiap awal tahun terpaksa menghantar anak-anak mereka yang baru memasuki Sekolah Kebangsaan Seri Rejo Sari yang jauhnya kira-kira 6 km dengan terpaksa menempuh jalan yang becak.


Satu Jawatankuasa penaja yang ditubuhkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Parit Saidi telah meminta kerjasama daripada kampung-kampung yang berhampiran. Jawatan yang dipengerusikan oleh Allahyarham En.Dasuki bin Kodali telah melantik beberapa orang ahli jawatankuasa mewakili kampung-kampung berhampiran. Tugas utama AJK ialah membuat permohonan dan mengusahakan satu tapak yang sesuai di Parit Saidi.

Dua orang adik-beradik Tuan Haji Kormin Haji Noor dan Encik Paat Haji Noor telah menawarkan sebidang tanah dengan harga yang berpatutan. Jawatankuasa telah memutuskan untuk berikhtiar mencari wang melalui pungutan derma dan malam amal.Permohonan yang dikemukakan kepada pihak Pejabat Pendidikan Batu Pahat telah diluluskan dengan peruntukan dua bilik darjah dengan status sebagai sekolah cawangan Seri Rejo Sari. AJK telah diarahkan menyediakan pelan tapak untuk di kemukakan ke Jabatan Pendidikan Negeri

Projek pembangunan ini tertangguh akibat tercetusnya Konfrantasi oleh Indonesia dan diteruskan sebaik sahaja Konfrantasi tamat pada awal 1965. Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan membina sebuah sekolah menengah. Pada awal tahun 1965 pelajar-pelajar terpaksa menumpang di dua buah sekolah kebangsaan iaitu SRK Parit Kemang dan SRK Kampung Baru. Pada 1 Februari 1968 nama sekolah ini telah ditukar nama daripada Sekolah Menengah Rendah Parit Saidi kepada Sekolah Menengah Tunku Mahmood Iskandar. Pada hari Jumaat, 25 September 1981, sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Suhaimi bin Dato' Kamarudin selaku Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu"

Nama sekolah adalah diambil sempena dari nama Raja Muda Johor pada masa itu.


Senarai Guru Besar (Pengetua) STMI

  1. Encik Kamar bin Sahar (1965 - 1969)

  2. Tuan Siekh Abdullah Abd Rahman (1969 - 1971)

  3. Tuan Siekh Muhammd bin Ali (1971 - 1972)

  4. Encik Rashidi bin Hj Abd Rahman (1972 - 1979)

  5. Encik Mohd Jais bin Marzuki (1979 - 1988)

  6. Encik Jaafar bin Taib (1988 - 1991)

  7. Tuan Hj Mohd Senin bin Hussin (1991 - 1993)

  8. Tuan Syed Abdullah Al Jabari (1993 - 1997)

  9. Encik Karnain bin Zakaria (1997 - 1998)

  10. Encik Abu Bakar Sidek bin Kasbi (1999 - xx

  11. ....

  12. ....

  13. ....

  14. Encik Muhammad bin Hasyim ( -2010)

Ketua Pengawas STMI


  • 1969 - Saadon Samadi (graduan ITM -Diploma in Banking)

  • 1970 - Mohd Ali bin Omar (graduan UPM - meninggal dunia)

  • 1971 - Marji bin Saim (graduan PUO dan USM)

  • 1972 - Zamri bin Sabran - tiada maklumat mengenai beliau

  • 1973 - Zakaria bin Yunus - tiada maklumat mengenai beliau

  • 1974 - Khamim bin Abd Rashid (graduan PUO/UTM) - TNB

  • 1975 - Salihin bin Shuib -guru Maktab

  • 1976 - Toharudin Abd Rasid (graduan UiTM dan UKM) - TUDM

  • 1977 - Jamaludin bin Tamjis- Guru Agama

  • 1978 - Jalal bin Mahat - tiada maklumat mengenai beliau

  • 1979 - tiada maklumat

  • 1980 - tiada maklumat

  • 1981
  • 1982
  • 1983
  • 1984
  • 1985
  • 1986
  • 1987
  • 1988
  • 1989
  • 1990
  • 1991
  • 1992
  • 1993
  • 1994
  • 1995
  • 1996
  • 1997
  • 1998
  • 1999
  • 2000
  • 2001
  • 2002
  • 2003
  • 2004
  • 2005
  • 2006
  • 2007
  • 2008
  • 2009
  • 2010

MY TOUR IN STMI : 1972-76

Since its opening in 1965, STMI only offered a secondary school studies up to Form 5. There were two streams or specialisations for the newly reporting Form One students, Industrial Arts or 'Perusahaan (P)' and Agricultural Science or 'Pertanian (T)'. Everybody must gone through these streams untuk SRP level. After the SRP examination, the students had only single choice for their Form 4 and 5 in this school, it was Arts Stream (Aliran Sastera). Other than the excellent students who got the offer to go to Boarding School, those who opted for Science Stream they have to go to Sekolah Dato Bentara Luar (SDBL), Batu Pahat. Or, if they obtained a good results and interested to apply, they could apply Technical School. At that time, Vocational School was established for the SRP holders who obtained 'unfavourable result' such as getting aggregate above A24 or Grade B.

Initially the Form One for my batch was divided into four classes, 3 classes for P (1P1, 1P2 and 1P3 and one T class (1T1). However, after some negotiation (to make it balance), 1P3 was converted into 1T2. I was in 1P1. That was the biggest intake of Form One since STMI was established (up to that year).


My Form One: 1972- Tingkatan 1P1:

All the Form One were initially in the afternoon session because insufficient classroom for Form 2-5 in the morning. However after the completion of new 2 story building, all the Form One changed to morning session. My class teacher was Cikgu Mohamed bin Sanip. He also taught me Seni Perusahaan (now, the name of this subject had been changed to 'Reka Cipta'). Cikgu Aishah bt Taib taught me BM and Sejarah (Cikgu Esah was very motherly character), My English teacher was Mr Teh Et Tang, Cik Fahariah Hamzah taught me Pengetahuan Islam, Cikgu Amar bin Hj Habib taught Ilmu Alam and Cik Habibah Ikhsan taught me Rampaian Sains.


Form Two: 1973- Tingkatan 2P1:

My class teacher was Cikgu Saim bin Selamat (BM) (almarhum) later he married to Cikgu Fahariah (my guru Agama in Form 1)- Cikgu Saim's was also neighbour to my parent in-law at Taman Broleh. My English teacher was Mr Johnson Gomez and Miss Vasantha K.Nair), Ilmu Alam (Cikgu Zakiah Shuib), Sejarah (Cikgu Aishah Taib), Pengetahuan A/Islam (Ust Omar HJ Salleh), Seni Perusahaan (Cikgu Mohamed Sanip) and Lukisan (Cikgu Hamzah Selak). My teacher for Ilmu Hisab Moden (Cikgu Habibah Ikhsan was very emotional type and highly favouratism- she would only focus or pay attention to top 5 students in the class), Rampaian Sains (Kadir Maidin -the teacher who makes me 'lost interest' in Science subject), anyway, I cant write here why, 'not good' to talk bad thing about somebody.


My 2P1 classroom in 1973


Form 3: 1974- Tingkatan 3P1:

My classteacher was Cikgu Zauliah Ramli (she also taught Hisab and Sains), English (En Zainal bin Kamsul- he liked to say "orang kampong betulllll" these words normally directed to those were making silly mistake) Seni Perusahaan (Cikgu Ahmad Dariri Kasim (new teacher), BM & I/Alam (Cikgu Saim Selamat), Sejarah (Cikgu Uiop Kassim -also new graduate teacher), Lukisan (Hamzah), Pengetahuan A/Islam (Ustaz Sulaiman Abdullah).


In 1974, this is my 3P1 classroom - when I visited STMI in 2010, this class is converted to be Galeri Sejarah.


This year, I sat for my 'Sijil Rendah Pelajaran (SRP)' examination. I obtained Grade A with 11 Aggregate. Overall position in Form 3 was No. 5. No 1 was Zalila bt Junid with A5, No 2 was Kamisan bin Sujak with A7, No 3 was Jainuddin bin Mohayat with A8 and No 4 was Abd Rahman Mokhtar with A10. My result was as follows:

  1. Bahasa Malaysia - C4
  2. Bahasa Inggeris - C3
  3. Sejarah (Tawarikh) - A2
  4. Ilmu Alam - A1
  5. Ilmu Hisab Moden - C3
  6. Rampaian Sains - C3
  7. Seni Perusahaan - C4
  8. Lukisan - A2


My SRP certificate


This (below) is picture of 3p1 (1974). I got it from STMI Facebook. Frankly, it was so difficult to get this kind of picture. I did not keep all my pictures during my school time. Those I could find in my album is only pictures from 1975 and above. Thanks for the contributor.


3P1 (1974)
Front row: Ajmain Aslar, Boimin Abd Kadir, Sarmini Kayin, Rosmah Dikon, Jainuddin Mohayat and Kamisan Suja'.2nd row: Rosesidah Roslan, Junainah Yassin, Abd Halim Sulaiman, Me and S.Maskiah Sumadi.3rd row: Saadon Wagiman, Ahmad Kamit, Rosnah Baai and Muntiah Taib.4th row: Ayub Misman, Rayain Sapuan, Md Khir Sarikin and Md Adil Shukor. Last row: Adham Sulaiman and Shariff Sayadi.


This year (1974) I was appointed as a Prefect. The Head Prefect was my brother, Khamim. This year also, one of my classmate and one of the top 10 students, Norhaya binti Subari from 3T1 (she passed away of fever. Alas. Look at the picture below; she sit in front row, extreme left. Semoga Allah memelihara ruhnya di kalangan muslimah yang menjadi ahli syurga.




SCHOOL PREFECT 1974
Jamsiah Tarmidi, Sunarti Karim, Abd Rahman Mokhtar, Rayain Sapuan, Amir Agos, Md Jasa Siraj, ME, Md Shah Kosnan, Jamsari, Zainal Arifin Sukami, Shariff Sayadi, Zainal Abidin Sukeni, Kamarudin Kasim, Norman Sawawi, Ishak Bon, Razali Basir, Kamisan Sujak, Salbiah Sulaiman and Junainah Yasin.
Norhaya Subari (allahyarhamah), Rosesidah Roslan, Faridah Nuralhadi, Zalila Junid, Ahadiah Kandar, Ramlah Musri (Secretary), Cikgu Aris (allahyarham), Khamim (Head Prefect), Salihin Shuib (Deputy HP), Cikgu Zakiah, Aishah Murad, Norainah Dollah, Hamidah Sabran dan Salamah Kosnin.


From two photos above, you can see, in 1974, for women at 15 to 17, not covering their 'aurat' was something normal. Even the woman teachers!!!


In Form 3 I started to get active in school co-curriculum. Besides continued as aScout Movement Member, I was also a Prefect, Librarian and Treasure for Persatuan Bahasa Malaysia.

After my 'SRP', I was offered to go to Form 4 Science Stream at Sekolah Dato Bentara Luar (SDBL). As i mentioned earlier, I did not like Science subject. I lost my interest in Science when I was in Form One and Two. Eventhough I obtained Credit 3 in my SRP, I refused to go to Science Stream.

The 4 top scorers in SRP Exam 1974 were offered to go to Boarding School; Zalila bt Junid went to Sek Men Seri Puteri, Jln Kolam Air, KL, Jainudin Mohayat and Kamisan Suja' -went to Sekolah Alam Shah, Cheras and Abd Rahman Mokhtar went to Sek Men Sains Johor, Kluang. I was in 5th position with A11 but not offered to any boarding school because I did not get distinction (A) for my Maths and Science subjects. Stay back to look after STMI....

All of the four above performed very successful in their SPM. Zalila went to UM for matriculation, Kamisan, Jainuddin and Rahman went to UTM Jalan Gurney. I met them in UTM, Kamisan was in the same Architecture course with me, Jainuddin did his degree in Electrical Engineering, and Rahman did his degree in Petroleum Engineering. Unfortunately, Rahman was having 'psycho' problem and dropped from the course in his second year (1979). Based on the conversation with 'trusted' friends, I 'think', Rahman was so ambitious to be a best student in his course, and his 'mental capability' could not catch and keep abreast with his need. I was informed that he situation still like that until today. Alas....

WHILE waiting my SRP result, I did work with the my Chinaman neighbour (Tee Ter @ Ah Ter) as a construction worker. My pay was RM5 per day. Ah Ter was normally get a sub-contracting jobs from the Malay contractor. Most of our work sites were in Pontian District. Some of the construction works that had my hand were 'pump well' at Klinik Parit Selangor, sea wall at bandar Pontian, Pasar Pekan Nanas, Tok Kong China at Kayu Ara Pasong and many more. Good experience working under the sun hotness!


Form 4: 1975- Tingkatan 4A (Aliran Sastera)

As I mentioned earlier, for the Form 4 in STMI we did not have choices, only Arts Stream. I received the offer to go for Science Stream at SDBL, Batu Pahat but refused to go. So, I retained in STMI. Leave me as the best student in the school then. Hahaha. We had 2 classes of Form 4 (A and B).

My classteacher and he also taught English and History was EncikUiop bin Kasim (his English class did not follow the syllabus. In order to improve our English proficiency he introduced English Literature, using story books title ' The Three Musketeers'....


Cikgu Uiop Kasim
(cikgu!...aku cuba mengesanmu sampai sekarang tak dapat kutemui....)


Kesusasteraan Melayu: Puan Zakiah Shuib .... mendalami novel Tulang-tulang Berserakan (karya Usman Awang)
Hisab Moden/Sains Am: Puan Zauliah Ramli
Bahasa Melayu: Encik Asnawi Asmuni (almarhum)
Geografi: Encik Osman Kosmin
Pendidikan Islam: Ustaz Sulaiman bin Abdullah.
Seni Lukis: Encik Hamzah bin Hj Selak



Cikgu Zakiah bt Shuib
(satu-satunya guru graduan di STMI sebelum tahun 1974)




TINGKATAN 4A(1975)
Sitting from left: Me, Cikgu Zauliah Ramli, Cikgu Osman Kosmin, Cikgu Uiop Kasim, Encik Rashidi (HM), Ustaz Sulaiman Abdullah, Cikgu Hamzah Selak, Cikgu Asnawi Asmuni (almarhum) and Cikgu Zakiah Shuib.
Mid row from left: Azizah, Rosminah Rasol, Faridah Nurulhadi, Fatimah Baai (Maktab Perguruan), Siti Halimi Mansor, Siti Masamah Salikin, xx, Junainah Yasin, xx, Ngatijah Miskam (Maktab Perguruan), Norhayati Tumpang (Bidan) and Misnah Taibon.
Back row from left: Saat Dimon, Muntaha, Ayub Misman, Nordin Omar (Politeknik U.Omar- Elect) , Rubaai Mansor, Kamdani Salleh (Maktab Perguruan), Yasman Tamsir, Ramlan Rosman (bersara Tentera (PWI), Razali Basir, Md Adil Shukor (Maktab Perguruan), Abdul Halim Sulaiman (UKM- Pengetua SMAKPilah), Norman Dimin, Md Ali Jaimon and Roslan Karnadis.





In Form 4, I continued active taking part in school activities. Besides very active in Scouts, continue the job as Prefect, I was also elected as a Secretary of Persatuan Pengakap, Secretary for Sport 'Rumah Tun Sri Lanang' (Green), Secretary of Persatuan Agama Islam and Deputy Head of Asst Librarian.

This year also, we had the opportunity to participate in the Johore Scouts Jamboree at Kem Sekakap, Mersing. For the Scouts, Jamboree is a great thing and a proud to participate in it. In this jamboree, we met a lot of friends from various places. We performed various activities in two year (75/76) to raise our fund with the objective to participate in National Jamboree in Kuching in 1977. Some of the activities were film show at school padang, selling T-Shirt, opening food stalls etc. However, in 1977 I was in UTM, so unable to take part. Jamaludin Tamjis was lucky to have that opportunity. Admired with his story....he managed to have many adik angkat from Sarawak.


1976- Tingkatan 5A

Guru Kelas dan Sejarah: Encik Uiop bin Kasim -
Sastera Melayu: Encik Selamat Mansor - UM graduate, he involved in road accident before and severely injured (comma) especially his head and leg and suffered permanent disability (tempang) after his recovery from hospitalisation.



My Form 4 Teachers
From left: Cikgu Zauliah, Cikgu Osman, Cikgu Uiop, Cikgu Rashidi, Ustaz Sulaiman, Cikgu Hamzah, Cikgu Asmawi (deceased) and Cikgu Zakiah.


Second floor was my classroom in F5 and F5- now converted into Bilik Mathematik



Bahasa Melayu: Tuan Hj Rashidi Abd Rahman (also HM)
Hisab Moden: Puan Zauliah Ramli - she taught me start from Form 2 till Fm 5. F2- Math, Fm 3-Sc, F4 & F5 -Math)
Sains Am: Encik Abu Hassan Mazli Abd Karim (almarhum- semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau)- the late cikgu Abu was a tall and handsome guy, with moustache......
Geografi: Puan Rubiah Badri (based on the website, she was the Principal of SM Taman Tun Aminah, JB (1998-2001). Very nice and softspoken teacher. My school was her first school upon her graduation from UM. emmm anything special about her? she liked to wear kebaya... the best view was when she bowed infront of my table to check my work. I would ogle at her cleavage. Eemm... what do you expect from 17 years old boy? Not sure either she intentionally did it or not. I am not sure what about my other friends thinking at that time. We never talked about this matter. Where is she now? I think she is retired. Hemmmm..I hope she do not read my blog....Maafkan saya, zahir dan batin CIKGU.

My teacher for subject 'Sivik' was Cikgu Md Yasin Kamari (almarhum). He was an orator, later he became fulltime politician, elected as a State Legislative Member of Johor (Parit Raja) and Member of Parliament (Seri Gading), appointed as Political Secretary to Minister of Judiciary and his highest achievement before his death (1991) was the Deputy Minister of Rural Development (1989). His body was rested at Masjid Pt Haji Ali. (Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh almarhum).

This year i represented my school in various sector of English Competition, such as Story Telling Competition at SMK Senggarang, Debate (SM Tun Aminah) Quiz at SMK Semerah (Champion for District Level)- BRAVO! (my other team members was Kamdani and Yasman) beat the high profile Malay Medium schools such as Sek Tun Aminah and SDBL.

This year, being a Head Prefect, I reduced a lot of my commitment in co-curriculum activities. I played inactive role in Library, elected as the President of Islamic Society and maintained active in Scout Movement. In fact, I obtained my 'Sijil Pengakap Raja' this year. The first batch of Pengakap Raja (King's Scouts) in our school. BRAVOOOO



Gambar semasa Malam Pesta Ria STMI 1976
Berdiri kiri (baju batik) adalah almarhum Cikgu Md Yassin Kamari. Duduk sebelah kiri; Cikgu Selamat Hj Mansor dan duduk kanan ialah Cikgu Asmawi bin Asmuni (juga almarhum)

My SPM's Result:

  1. Bahasa Malaysia - C3
  2. Kesusasteraan melayu - A2
  3. Pengetahuan Islam - A2
  4. Sejarah - C4
  5. Ilmu Alam - A2
  6. Inggeris Khas - P7
  7. Rampaian Sains - C4
  8. Seni Lukis - A2
GRADE 1 with 16 Aggregate



My School Activities

Committee Members for Islamic Religious Society 1975
(I was the Secretary)


Librarian 1975
Sitting from left: Adenan Ngarjo,me, Cikgu Noraini Daruseman, GB, Cikgu Asmawi Asmuni, Sapurah Omar and Salbiah.
Stdg from left: Rubai Mansor, Kaltom Misri, Shamsiah Shukor (my cousin)
, Faridah Munafaat, Kamisah Kasmuni, Fauziah and Suwandi.


Pengerusi Persatuan Agama Islam (1976)




Sijil Penghargaan- Ketua Pengawas

...kesian, abis berkarat sijil ni... simpan dalam fail... kena air

Special notes


1. My Senilukis and Pengakap Teacher, Cikgu Hamzah Hj Selak was my closest teacher. His wife, Kak Amanah was also very nice. After I left my school until now, I maintain my relationship with him. Every Hari Raya i will make an attempt to visit his family (he is staying in Parit Kemang).

2. In my school activities, Boy Scouts was my first priority. I did not know why, this time my father keep silence when i decided to joing Scouts. May be, I am big enough to go for outing activities. I passed my Tenderfoot Class in Form 1 and my First Class in Form 2. My highest achievement in Scouts activities was 'Pengakap Raja' (King Scout). I passed the test in 1976.
As a Scout member you must memorize the "Ikrar Pengakap", "10 Undang-undang Pengakap" and "Riwayat Hidup Lord Baden Powell" (the founder of the Scouts Movement). He visited Tanah Melayu in 1934. (picture below are Lord Baden Powell, camping activities and 'King Scout Badge')

3. My best friend in Secondary School was Abdul Halim Sulaiman. His father was a religious teacher (on contract) in Brunei Darussalam. He was staying in Parit Kadir with his uncle. After SPM he went for Lower Six at SDBL and later he went to UKM for his degree. I met him first after my SPM was in Kuantan (sometimes 1985/86). He was teaching at ADABI School.
Later he quit teaching and joined Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS). He is now one Pengetua Sek Men Agama Kuala Pilah, Johol.






Lord Baden Powell (Bapa Pengakap Dunia)
Masa kat sekolah dulu, riwayat hidup dia ni kena hafal tauuu.... ye la kalau tak hafal tak leh dapat Pingat Tenderfoot....(the lowest grade in Boy Scout)

Lagu Mat Tenderfoot
(Lagu ni, Cikgu Hamzah Hj Selak yang ajo leeee)

Mat Tenderfoot malas berkerja
Duduk dirumah nak makan saja
Dia bedal apa yang ada
Tinggi perut dari dada

Mak mati, pak pun bujang
Mat Tenderfoot pulang bertandang
Duduk di rumah tergolek terlentang
Orang malas mati terbongkang



Camporee at Tg Laboh
Stdg from left: Ali Jaimon, me (carry flag), Mazlan Tarip, Jamaludin Tamjis, Shariff Rosman, Nordin Omar, xx, Halim Sulaiman and xx.
Squatting from left: Masrokin Kormin, xx, Khir Sarikin, Jasni Mughari (now Lt Kol in Artilerry Corps-he wasmy senior in OCS),xx and xx. (xx- couldnt remember)

dengan Jamaludin Tamjis (Pengakap Raja)

with Mazlan Tarip (classmate) at Tg Laboh- Test for King Scout


ZOM GALI-GALI ZOM
Achalu li man avodah, Avodah
Avodah li man achalu, Achalu
+
ZOOM GALI GALI GALI ZOOOM, GALI GALI ZOOM,
GALI GALI GALI ZOOM, GALI GALI ZOOM (2X)


Waiting for SPM result

Canteen keeper with two Faridahs

For so many years, the tuckshop/canteen in my school ran by 'Cikgu Sukardi Md Noor' (then a religious teacher) and his wife (Kak Idah). In early 1977, the Headmaster (Cikgu Rashidi) did not allow him to continue his operations. He approached (and coaxed) me to take over the canteen temporarily, while waiting for the permanent replacement.

I was quite close with my HM due to many reasons. First, I was the Head Prefect, second; I was the potential best student (for SPM) and also the most active student; and thirdly, during his young time he was teaching together with my uncle (Acik), Hj Razikan.

I did not know how to refuse his invitation. I did not have any experience in running any business. So, he provided the basic operating capital for the business, not in cash, but in good/junk food to sell such as tea, milk and sweets. The other food except hot/soft drink the business were based on commision. I got the supply of other food from various sources. The main menu; such as mee goreng, mee rebus, mee hun goreng or lontong, I got from the previous canteen operator (Cikgu Sukardi), the epok-epok supplied by Kak Amanah (wife to Cikgu Hamzah), my sister (Rahimah) also suppled some types of kueh.

In running the canteen, I was assisted by two Faridahs (Faridah Nurulhadi and Faridah Munafaat). Both were my classmate from Form One. I paid both of them for RM60/month.

Actually, I did get the profit from that business. My canteen was broken down by the thiefs twice. I lost some cash and items.




Jamaludin, me, Faridah Munafaat and Faridah Noralhadi


After getting my SPM result, I stopped my business and I heard, I was taken over by the old operator. Anyway, that 3 months exposed me with a lot of experience.


HARI GURU

Waktu di sekolah menengah, antara hari yang aku tunggu saban tahun ialah HARI GURU. Biasa murid sekolah ni suka hari CUTI UMUM. Aku tak suka cuti sekolah kerana, bilacuti aku kena pergi bagi makan nyamuk... kene ke kebun. Pagi-pagi kene menoreh, siap mesin getah dah dekat jam 12 tengahari. Kalau hujan, tak leh noreh kena tebas rumpun/semak (orang Jawa kata mancah).

Back to 'Hari Guru', Teachers Day was the day where I can show off my talent. During the Teachers Day, each class has to perform a presentation (on the stage). No classroom activities (study) for that day. The presentation can be a group song, poet, comedy, choir etc. I never missed to represent my class. My favourite performance was 'lawak jenaka'. My performance in 1975 was 'Tukang Jahit' and 1976 was 'Kedet Tentera'


Latest:

17 April 2010- received a message from Nurhuda binti Abu Hassan Mazli. She is the daughter to Almarhum Cikgu Hj Abu Hasan Mazli bin Abd Karim, my Science teacher in Form 5 (1976).

The thing start with, I typed his name to find his picture. I am now tracing all my former teachers for my blog. I found Nurhuda's name and message her to confirm either she is the daughter of almarhum. The answer is right. TQ Huda.

Ini gambar Nurhuda Abu Hasan (anak arwah Cikgu Abu Hassan Mazli bin Abd Karim)- cantik anak cikgu aku ni

AFTER SPM


I sat my SPM in 1976 and scored Grade 1 with 16 Aggregate. Again, proudly I came up as a Best Student for that year. For your info, since my school (STMI) established in 1969, the the First Grader achiever only appeared in 1973 . And my Year (1976) produced the biggest number of 1st Grader, that was 6. Eurika!. Myself, Kamdani Salleh (my kampongmate and studymate), Yasman Tamsir, Ahmad Noh Jeni, Mohd Adil Shukor and Ngatijah Miskam. Before that, between 1-3 only.

(Note: Kamdani is now a teaching in my primary school (SK Seri Rejo Sari), Yasman (lost contact, he married to Fatimah Jamil also my classmate in Form 3), Ahmad Noh Jeni (grad UM, now Kedah BSN Manager), Mohd Adil and Ngatijah lost contact. However i found out from internet that Ngatijah is working as a teacher in SK Parit Raja (DG A32).

Those who qualified to further to Form Six went to Sek Dato Bentara Luar (SDBL). So, I also reported there for my Lower Six. However my stay in SDBL took only one month. Myself, Kamdani and Ahmad Noh were selected for Lower Six at Sekolah Alam Shah SAS), Cheras.



We will get back again in my topic in Alam Shah and Universiti of Technology, Malaysia.



HIDUP BERJASA



(Lagu Rasmi STMI)

DIBAWAH LAMBANG YANG SAKTI
BELAJAR HIDUP DAN BERJASA
DITIMPA SEGALA PENGETAHUAN
SEBAGAI PENYULUH BUDIMAN

MARILAH KITA SEMUA
BELAJAR SEPENUH JIWA
DENGAN SEMANGAT WAJA
KITA PASTIKAN BERJAYA

SELAMA NAMAMU GAGAH
SELAMA NAMA MULIA
BERJASALAH MAHMUD ISKANDAR
BAGAI IBU KANDUNGAN PERMAI


betul ke lagu sekolah aku ni..... rangkap sebenar...emmmm.. aku dah lupa laaaa....aku rasa ada 4 rangkap semuanya....ye laaa, dah lebih 30 tahun tak menyanyikannya....)


ALBUM


Di rumah Miss Loh Gaik Hong -Kong Hee Fat Choy
(Cikgu Abdullah Dunia, Cikgu Baba Arbak, me, Cikgu Ayub Rosdi dan Cikgu Mukhyiddeen)



Ayub Rusdi, me and Mohd Alip Jasnuri

Di kantin sekolah: Cikgu Mahno Zakaria, Ramlan, Mohd Noh, Jawahir Sol, Yasman, Mazlan and me


NOSTALGIA
GAMBAR-GAMBAR STMI YANG AKU AMBIL PADA 13 JUN 2010



Pintu Gerbang STMI

Blok 1 dan Blok 2 (hadapan)

Padang Sekolah

Blok 2 - Makmal Sains, SRT dan Bengkel Seni Perusahaan

Depan tu; Blok 3.. yang lain tu bangunan baru (di belakang Blok 1 dan Blok 2)

Bangunan Pentadbiran - baru

Kiri: bangunan Blok 3 lama- kanan dan belakang adalah bangunan baru

Bangunan-bangunan baru

Kantin Sekolah


Koridor: dulu ada kerusi panjang kat sini, tempat rehat atau tempat cikgu-cikgu menunggu masa masuk kelas atau sebelum balik

Gambar STMI diambil dari Pintu Utama


Testimonial STMI


Sijil Berhenti Sekolah
(habissssssssssssssss lunyaiii)


Ohh sahabat-sahabatku, dimana mereka sekarang??????

Kamisan Suja' (1972-1974) - CEO Pubel United Bhd- dari Kg Parit Tengah (Pt Maamor)

Boimin bin Abd Kadir (1972-1974) -Guru SMK Parit Raja - dari Kg Pt Baru


Mohd Noh Jeni (1972-1976) - Pengurus Besar BSN Kedah - dari Kg Pt Perpat


Abdul Halim bin Sulaiman (1972-1976)- Pengetua SMASKP Johol NS - dari Pt Kadir- his father Cikgu Sulaiman was teaching in Brunei. He stayed with his uncle (Wak Dayat).




TALK ABOUT MY KAMPONG

KAMPUNGKU
KAMPUNG PARIT LAPIS MAHANG





MAP of BATU PAHAT
Map of middle part of West Coast Johore which covers the areas of township near to my kampong.


Before we get closer into my kampong and my house, lets fly over my district to view onto all the townships around my kampong and without leaving behind my main hometown, Batu Pahat.


If we look at the map (above), look at the road from 'Jalan Batu Pahat to Ayer Hitam' and road from Batu Pahat to Benut. We can see there is a road across in between these roads. The road started from a junction A between Ayer Hitam & Parit Raja towns and ended at a junction B between Senggarang & Rengit towns. My kampong is located some where along that road. The junction A is Parit Hamid and junction B is Parit Botak.

Parit Botak is just a small fisherman village. My kampong is about 4 miles from Parit Botak junction and 10 miles from Pt Hamid junction. According to my parent the name of Parit Botak is originated from bald Chinaman (China berkepala botak).


Parit Botak jetty, small fisherman village


SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR

Dari cerita cikgu saya masa sekolah rendah dulu, nama Senggarang ini, berasal dari perkataan 'Sang Yang Garang' iaitu merujuk kepada buaya yang garang atau ganas (wild crocodiles) yang menghuni di Sungai Senggarang. Banyak penduduk yang berurusan dengan sungai (ye la, masa dulu2 mana ada jalan raya, orang kampong naik sampan menggunakan sungai untuk ke pekan) telah menjadi mangsa bahaman sang buaya. Dek hari-hari sebut sang garang, sang garang, lama kalau orang tanya, 'awak nak ke mana?" ...Pegi sungai sanggarang". Ada orang kata, ia merujuk kepada bahasa jawa 'Seng Garang' yang membawa maksud yang sama, iaitu 'Yang Garang'.

Tak tau la aku, sama ada tipu atau betul atau tidak cerita (cereka) ini?


Senggarang town (old shop houses built since 1950s)


Pekan ini lebih kurang dalam 4.5 batu (dulu kita orang tak sebut km) dari rumah aku. Masa aku sekolah rendah, kalau nak ke pekan, tunggu ayah aku bawak la, naik basikal. Basikal dulu ada 'karia' di belakang (asalnya bahasa Inggeris laaa... 'carrier'). Kalau kat atas karia tu penuh dengan barangan yang dibeli, baik aku naik kat depan la pulak. Duduk mengiring atas pembuluh tu.... Bayangkan 4.5 batu naik atas besi pembuluh, tak ke kebas punggung aku!.


Another view of Senggarang town

Bila dah sekolah menengah, aku dah pandai/berani ke pekan dengan kawan-kawan, kayuh basikal sendiri la. Motorsikal masa tu tak ada lagi. Bapak aku beli motor masa aku dah Tingkatan 2. Tapi tu pun bukan aku boleh bawak, apa lagi untuk rekreasi. Lesen tak dakkk...., pegi kebun dengan pusing2 kat kampong je bole laaaaa.

Satu-satunya kedai jahit (tailor) yang aku paling ingat di Senggarang ialah Kwang Tong Tailor. Kat situlah aku dan abang-abangku buat seluar panjang. Kalau seluar pendek atau seluar sekolah kita orang beli yang dah siap je la. Tapi bila dah masuk Tingkatan 4 tu, dah pandai pilih fesyen, seluar sekolah pun buat kat tailor. nak fesyen cover poket belakang la,nak 'saddle king' la..... ye laaa, ikut trend masa tu.

Ada satu kedai buku (India Muslim), Kedai Buku Majid namanya (tapi dah lebih 30 tahun tutup la). Tiap-tiap tahun bila nak bukak sekolah, kat situ lah bapak aku bawak kami semua untuk beli buku sekolah. Masa tu, mana ada skim pinjaman macam sekarang. Bila teringat, rasa macam nak menangis mengenangkan betapa besar pengorbanan bapak untuk menentukan kami semua ada buku teks yang cukup setiap tahun. Masa tu, kami semua tak tau apa erti kesukaran mencari wang. Dengan hasil getah yang sedikit itulah bapak membesarkan kami semua, menyekolahkan kami agar menjadi manusia berguna dan tidak menjadi penoreh getah sepertinya.

Di pekan Senggarang hanya ada sebuah sekolah menengah, iaitu Sek Men Senggarang. Antara kampong yang agak famous di kawasan pekan Senggarang ialah Kg Sungai Lurus. Di kampong ini ramai saudara mara ku di sebelah nenek sebelah ayahku.

PEKAN RENGIT

Pekan Rengit terletak antara Pekan Senggarang dengan Pekan Benut, melalui jalan dari bandar batu Pahat ke Pontian (kita selalu panggil jalan pantai). Pekan Rengit ni, famous dengan Pasar Hari Jumaat. Kalau nak ke Rengit kena naik bas (tunggu tepi jalan, depan rumah je) atau kereta 'prebet sapu'. Dulu ada 'shuttle bus' MARA kemudian jadi bas MAJU, la ni (sejak lebih 10 tahun lepas) dah tak ada perkhidmatan bas. Dengarnya tak menguntungkan. Kalau nak naik basikal tak larat... lebih 10 batu dari rumah aku. Sekarang ni, semua orang dah ada kenderaan sendiri. Jadi, kalau nak ke Rengit boleh naik kereta atau naik motorsikal.

Di Johor,ada dua pekan bernama Rengit. Satu lagi ialah pekan Sungai Rengit di Pengerang dalam daerah Kota Tinggi. Rengit adalah sejenis serangga yang saiznya seperti agas yang suka menghurung hidangan di dapur yang tak bertutup. Serangga ini tidak menggigit sepertiagasataunyamuk dan tidak membawa kuman penyakit seperti lalat. Dia ni cuma merimaskan sahaja.

Untuk budak sekolah, pekan Rengit ni masyhor dengan pusat kegiatan Pengakap. Ini kerana kebanyakan pemimpin pengakap daerah Batu Pahat tinggal atau guru di kawasan Rengit. Setiap tahun akan ada perkhemahan pengakap 'Kumpulan Rengit' di kawasan belakang Sekolah Menengah Chung Hwa. Di Rengit pada masa itu hanya ada dua sekolah menengah. Satu lagi ialah Sek Men Tan Sri Sardon (STSS).


PEKAN PARIT RAJA

Pekan Parit Raja terletak di antara pekan Ayer Hitam dengan Bandar Batu Pahat. (dalam bahasa Jawa kita sebut Parit Rojo). Keadaan pekan ini masa aku kecil-kecil dulu amat jauh dari seperti yang anda lihat sekarang. Kebanyakan bangunan kedainya hanya beratapkan zink atau atap rumbia sahaja. Pekan Parit Raja amat sinonim dengan 'pisang salai' dan pasar setiap hari Isnin dan Khamis. Peniaga sayuran atau makanan buatan orang kampung dijual oleh orang tua-tua (perempuan) yang berusia 50-70 tahun. Mereka duduk di atas pangkin-pangkin di dalam bangunan pasar. Bangunan pasar itu telah dirobohkan dan kini telah ada bangunan pasar baru. Bagaimanapun sekarangnya, kebanyakan peniaga menjual makanan kering seperti kerepek, rempeyek dan sebagainya.

Di pekan parit Raja masa itu hanya ada sebuah sekolah menengah iaitu Sek Men Tun Ismail (STI). Sekarang, Parit Raja telah amat maju. Banyak kilang industri, bank dan pasaraya. Terdapat sebuah universiti di sini, iaitu Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dalam politik tanah air, nama Parit Raja ini pernah meletup apabila ia menjadi medan pertempuran antara calon UMNO (Baru) dengan calon Bebas dalam pilihanraya kecil (PRK) 1987 (selepas UMNO dibubarkan). Perlawanan satu lawan satu antara calon BN (Yasin Kamari) dan calon Bebas (Hj Hamdan). PRK ADUN Parit Raja ini dibuat setelah kematian wakil nya Tuan Hj Yusak bin Nawawi. Masa itu sentimen anti-Mahathir sedang memuncak apabila berlaku perpecahan di kalangan pemimpin UMNO setelah pemilihan UMNO 1986. Walaupun PRK ini dimenangi oleh UMNO, ia dipenuhi dengan kontroversi.

Among these 3 township (Senggarang, Rengit and Parit Raja), Parit Raja is the most developed.


BANDAR BATU PAHAT (PENGGARAM)

Bandar Penggaram (kita orang kampong (Jawa) sebut 'Nggarem'. Nama asal Batu Pahat ialah dari nama perigi Batu Pahat yang terdapat di tepi pantai Kampung Minyak Beku. Perigi ini dibuat oleh tentera Siam yang menyerang Melaka di zaman Sultan Mahmud (dipimpin oleh Awi Dichu). Ketika mengundurkan diri ke kawasan ini, mereka kekurangan bekalan air lalu menggali perigi dengan memahat kawasan batu di tepi pantai (kawasan pantai di situ sememangnya berbatu).


Bandar Batu Pahat (aerial view)


Asal usul nama Batu Pahat ialah dari sebuah perigi batu, iaitu Perigi Batu Pahat yang dipahat oleh tentera Siam ketika dalam perjalanan hendak menyerang Negeri Melaka pada tahun 1456. Perigi yang berusia lebih lima abad, adalah satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud di kuala sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung Minyak Beku.


Perigi Batu Pahat

Konon ceritanya, di sini terdapat orang Bunian berkampung. Bila ada majlis perkahwinan, orang kampung akan menyeru mereka untuk meminjam pinggan mangkuk. Orang kampung akan memulangkannya apabila telah selesai majlis (termasuk yang telah pecah). Tapi akibat sifat tamak dan tidak jujur, ramai orang kampung yang tidak memulangkannya. Akibatnya, mereka (orang Bunian) enggan lagi memberi pinjam kepada orang kampung.

Apa istimewanya Batu Pahat? Selain dari Perigi Batu Pahat dan Sungai Batu Pahat, bandar ini masyhor dengan Batu Pahat High School (STBP). Sekolah menengah yang tertua di Batu Pahat ini dibuka pada tahun 1914) yang melahirkan ramai tokoh di peringkat nasional, termasuklah Lim Kit Siang.




Antara sekolah menengah (selain STBP) yang agak terkenal di Batu Pahat pada masa itu ialah Sek Men Perempuan Temenggung Ibrahim (TIGS) dan Sek Men Dato' Bentara Luar (SDBL). Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat juga ada signifikannya tersendiri. Setiap tahun stadium ini merupakan gelanggang pertandingan olahraga antara sekolah-sekolah menengah (MSSD) seluruh daerah Batu Pahat. Malah, jodohku juga bermula di sini. Cinta pandang pertama (tahun 1975) di atas padang inilah yang membawa aku dan isteriku (Adibah) ke jinjang pelamin. Waktu itu, aku dalam Tingkatan 4 (lihat tajuk MY MARRIAGE).


Antara sekolah-sekolah menengah yang berentap setiap tahun ialah:

  1. High School Batu Pahat - sekolah lelaki aliran Inggeris.
  2. Temenggong Ibrahim Girl School (TIGS) - sekolah perempuan aliran Inggeris. Inilah sekolah tempat isteri aku belajar.
  3. Sek Dato Bentara Luar (SDBL), Jalan Lim Poon
  4. Sek Tun Aminah (STA) - sekolah perempuan aliran Melayu
  5. Sek Men Munshi Sulaiman (SMS) (dulu Sek Men Inggeris), Jalan Kluang.
  6. Sek Men Jalan Kolam Air (SMKA)
  7. Sek Tun Ismail (STI), Parit Raja
  8. Sek Tan Sri Sardon (STSS), Rengit
  9. Sek Men Senggarang (SMS)
  10. Sek Tunku Mahmud Iskandar (STMI)- sekolah aku laaaa... tak pernah menang pun.
  11. Sek Men Dato Onn (SMDO), Simpang Lima
  12. Sek Men Semerah


Batu Pahat juga ada tempat santai yang masyhur, iaitu Tasik Merdeka. Tasik bekas lombong ini terletak di Jalan Bukit Pasir (Jalan BP Parit Sulong). Tasik ini ada nostalgia tersendiri. Di sinilah yang menjadi saksi 'dating' pertamaku dengan isteriku sekarang.

Tasik Merdeka, Batu Pahat



Sedikit Tentang Sejarah Batu Pahat


Kiayai Salleh (Panglima Saleh Selempang Merah) yang mengetuai orang-orang Melayu Batu Pahat semasa Zaman Dharurat (1945-1960) untuk memerangi orang China (yang menyokong Komunis Malaya atau Bintang 3). Kalau tidak didamaikan oleh Dato Onn (DO Batu Pahat masa itu), keadaan amsa kini pasti amat berbeza. Kiayai Salleh amat digeruni dan dihormati oleh orang Chia Batu Pahat kerana ilmu batinnya yang tinggi. Aku ada beli buku tentang Panglima Saleh ni (1992) tapi 'somebody' dah pinjam langsung lupa nak pulang. Masa tu, aku kerja di DTU-Latih. Dia (Mejar) dah pencen pun. Aku halalkan je laaa.


(Panglima Kiayai Haji Saleh bin Karim - no 4 dari kanan)

Semasa zaman Dharurat, Batu Pahat juga terkenal apabila salah seorang pemimpin Komunis Melayu bernama Mat Indera adalah berasal dari Batu Pahat. Beliau asalnya seorang guru di Sekolah Melayu Setongkat, Muar. Dikatakan, Mat Indera ini ada ilmu kebal (tak lut peluru).


Menurut cerita, kematian beliau adalah atas tipu muslihat seorang kampung yang memberikan minuman yang dicampur dengan buah kecubung. Apabila beliau mabuk, beliau diserahkan
kepada pihak polis. Beliau dihukum gantung sampai mati.

Satu lagi peritiwa penting di Batu Pahat berlaku pada 16 Okt 1980 sekumpulan penganut agama sesat yang diketuai oleh seorang yang mengaku sebagai Nabi Isa telah menyerang Balai Polis BP dan mencederakan ramai orang. Dua penyerang mati ditembak.


MELAWAT KAMPUNGKU


NOW, it is a time to visit my KAMPONG. It is good to know something about my kampong (village). Knowing me without knowing the environment and places where i was grown up is not enough. My kampong's name is Parit Lapis Mahang. 'Mahang' from the name of one type of wild tree (very difficult to find it today-the colour of the tree skin is light blue). It is located in Mukim 10 (sub-district and headed by Penghulu). The nearest town from my kampong is Senggarang (picture above and below ), it is about 6 km from my kampong. The kampong is headed by Ketua Kampong (Head of Village).Why 'Lapis Mahang'? 'Lapis' mean layer. The main kampong is 'Parit Mahang' next to my Kampong. So, my kampong is subsidiary (another layer) to'Parit Mahang'. We share the 'Ketua kampong'. My kampong (same with other kampongs in most areas (in Batu Pahat) is divided into 2 parts, namely 'darat' (towards inner part of kampong) and 'baruh' (towards outer part). Some kampong they called 'baruh' as 'laut'


First view: View from Pt Hamid direction. the bridge (left) is 'darat side'and the blue roof bus stop on the
right of the road is 'baruh' side. Pokok ubi kat sebelah kiri jalan (tepi taliair) tu, semua emak/bapak aku yang tanam.



2nd view: This is the entry to my kampung, toward the 'darat' side. Left of the entrance is 'UMNO' sign board....
and further right to the kampong signboard (hidden) is 'PAS' signboard!! (see picture below).


The kampong life was famous with the high cooperation among the villagers. Their cooperation and cohesiveness were shown through the activities of 'gotong royong, kenduri kahwin, marhaban' group etc. During Hari Raya (Shawal), the 'marhaban' group will go (salawat) to every house from first house in 'darat' to the last house in 'baruh'.

Even though I had left my kampong more than 30 years, I still can visualize the arrangement of the houses at that time. There were about 67 residents in my kampong.

The owner of the houses at 'darat' side (as 1976) were:
  1. Sarmodan (Lek Modan)
  2. Sarpin (Wak Pin) - alalhyarham - today, the house is no more there.
  3. Hussein (Lek Kusin)
  4. Wak Sarkimin -allahyarham
  5. Surau Darat
  6. Lek Rosdi (Ketua Kampung) - allahyarham (later, he moved to centre part of my kampong)
  7. Lek Abu (later, he moved to Api-Api, Pontian)
  8. Sujari @ Hj Bakar (Embah Jari) - allahyarham
  9. Mohamad (Lek Mamat) - he moved to the new house at baruh side but later his son (Ruhaimi @ Ami) built his house on this site.
  10. Ahmad (Amat Dirik) - he later moved to Felda
  11. Hj Hashim @ Kasni (Embah Asim) - allahyarham. today, the house is no more there.
  12. Lek Sumadi Hj Yusof (Lek Sumadi Dalang);
  13. Hj Malek @ Jibrail.
*note: today, more houses were built up at darat side.



Between 'darat' and 'baruh' (the main road) we called in 'beteng'. Those who resided at 'beteng' were:
  1. Cikgu Maulan
  2. Sadiran (Lek Diran) - allahyarham
  3. Hj Mustapha @ Sumadi - allahyarham
  4. Taharim (Wak Es (Ishak) the only kedai runcit - allahyarham
  5. Hj Abd Aziz @ Abd Rashid (my house)
  6. Hj Hamzah (Ambiah) - my brother in law - allahyarham
  7. Cikgu Minhad - later, he moved to Simpang Enam.


3rd view: Entrance to 'baruh' side of the kampong


The list of residents at baruh side were:
  1. Nyai Apah - allahyarhamah
  2. Hj Abd Hamid (Tok Kamid) - allahyarham
  3. Hj Mardi @ Wak Esan - Imam Kampung - allahyarham
  4. Roslan (Lek Lan) - allahyarham
  5. Hj Yassin (Wak Yasin) - allahyarham
  6. Sardi (Wak Di) - allahyarham
  7. Nyai Ti - allahyarham (mother to Lek Lan and Lek Rosdi) - he lived with his son, Zaini (Lek Jaini) - tukang gunting kampung- later, he moved to Felda (allahyarham) - the house is no more.
  8. Hj Shukor (my uncle) - allahyarham
  9. Hussein Ismail @ Usin (son of Lek Mail)
  10. Ismail (Lek Mail) -the richest man in my kampung- allahyarham
  11. Nyai Manisah (my grandmother)- allahyarhamah - the house is no more
  12. SURAU TENGAH
  13. Jamil Hj Yusof - later, he moved to Felda and the house was demolished.
  14. Hj Sapuan @ Muhayat - allahyarham
  15. Wak Nasiam (tukang urut) - she is now (2010) the oldest person in my kampong)
  16. Lek Nasiman
  17. Hussein (Lek Kusin Gutil)
  18. Gikgu Hj Supanji - allahyarham
  19. Yahya (Wak Yahyo) - allahyarham (ketua kampung sebelum Hj Rosdi)
  20. Selamat (Lek Selamet Bagong)
  21. Cikgu Hj Rahman - allahyarham
  22. Hj Omar Bakin - allahyarham
  23. Hj Idris - allahyarham
  24. Embah Bakri (allahyarham)
  25. Sanusi (Wak Usi) - allahyarham
  26. Hj Asmuni @ Musa (Embah Muso) - allahyarham
  27. Bajuri - allahyarham
  28. Hj Mohsin - allahyarham
  29. Wak Bujal -allahyarham (later, he moved to Parit Raja) - the house is no more
  30. Abd Rahman (Man Gerabak) - allahyarham - the house is no more
  31. Hj Abd Rahim (Embah Dorakim) - allahyarham
  32. Hj Mashuri -Imam Masjid - allahyarham
  33. Shamsudin
  34. SURAU BARUH
  35. Lek Salleh
  36. Wak Maniseh (allahyarhamah) and her sons Jurimi and Sadik (allahyarham)
  37. Sanusi (Wak Nawawi) - allahyarham
  38. Cikgu Sipon
  39. Sidek @ Hj Malik - allahyarham
  40. Hj Omar (Embah Omar Prengsel)
  41. Nasari
  42. Masrom (Lek Mahyom) - allahyarham
  43. Salam- allahyarham
  44. Abas - allahyarham
  45. Wak Kemat - allahyarham
  46. Juperi
  47. Hamid (Amid Banjar)

* as per 'darat' side, today there are more houses were built up.


4th view:The drainage (for us is a river), alongside the Parit Botak road. Sometime in my teenage,
I did fishing in this river, dapat la, ikan keting sebesar 2 jari tangan.


5th view: turn left is way to my house


6th view: My house, photo taken from the main road.


7th view: Close view to my house


11 JUN 2010- 2 foto pokok durian betul-betul kat depan beranda belakang rumah ayahku. kat keliling rumah ada lebih kurang 20 batang pokok durian.

deretan pokok kelapa gading, di tepi halaman rumah ayahku- nak minum kelapa muda atau nak masak sayur lemak, jolok je, bila-bila masa


hobi mak aku menanam pokok bunga, menghiasa beranda depan rumah



Neighbouring Kampungs


As I mentioned earlier, along the road from Pt Botak to Pt Hamid junctions, there are many more kampungs neighbours to my kampong.

Kampongs from my kampong towards Parit Botak junctions:
  1. Kg Parit Mahang
  2. Kg Parit Saidi
  3. Kg Parit Kemang
  4. Kg Sungai Buluh

Kampongs from my kampong towards Parit Hamid junctions:
  1. Kg Pt Maamor
  2. Kg Pt Kadir
  3. Kg Pt Lapis Kadir
  4. Kg Pt Seri Menanti
  5. Kg Pt Lapis Seri Dalam
  6. Kg Pt Seri Dalam
  7. Kg Pt Baru
  8. Kg Pt Sempadan
  9. Kg Pt Daun
  10. Kg Pt Raja
  11. Kg Pt Tengah
  12. Kg Pt Sikon
  13. Kg Pt Hj Ali
  14. Kg Pt Seri Paya
  15. Kg Bukit Kuari
  16. Kg Pt Lapis Semarang