Thursday, October 22, 2009

KAMPONG BOY AND FAMILY DISCIPLINE





My mother and my father. This photo was taken in the first Hari Raya morning 2007. This year (2009) my father is 82 and my mother is 74.

My father had his own way to discipline his family. He was very strict to his children, especially in the aspect of education and 'Qur'an learning'. He did his own. Eventhough he only completed Darjah 3 Sekolah Melayu, his Mathematics was highly respected. What had made him so good in Mathematic? As a 'small holder' (pekebun kecil) he has acres of rubber trees and coffee. The dried rubber were sold to the middleman (named Ah Chew), They weighed the 'getah keping' by old type of weighing instrument. I do not know how to describe here but it needs at least 2 person to shoulder. The concept is similar to the weighing instrument shown in the picture below. But this instrument only used by the small shop owner to weigh thins less than 5 kati (those days we did not use pounds or kg).


So, off course, my father need mathematic (calculation) ability to calculate the weight of the 'getah keping' with the latest rubber price. The price were announced everyday at the end of news in the Radio Malaysia. So, one of my duty was to take note of the price. Many categories of 'getah keping' and our product (getah kampong) was the lowest grade, that was Getah No. 5.

For the coffee, we plucked every 2 weeks and sold at the local factory owned by Hj Musa (Embah Muso), one of the richest man in my kampong at that time. He had a factory to process a fresh coffee (plucked from the tree) until became a dried coffee bean.


Coming back to my ori topic.

My father had his own unwritten rules to be followed by all the family members:

1. Before the end of Dj 1, mesti hafal Sifir 1 till Sifir 12 (you can find the Table of Multiply at the back page of all work book (buku tulis) cover). The main reason was, at Dj 1 you must know how to calculate the; measurement of foot and inch, feet and yard, cupak and gantang, month and year etc.

2. By the end of Dj 2, you must memorized Sifir 16. This sifir is to calculate tahil and kati, ounze and pounds.

3. By the end of Dj 3, you must memorized Sifir 24.

4. Every day (never failed) at 5pm you must be on the spot of reciting Qur'an. Just reciting. The learning will be at night after maghrib.

5. When you reach home from school, leave your school bag beside the main door. During your lunch, my father will inspect the books, especially 'Buku Kira-kira' (math)

6. Do not ever tear your books. Sometimes we were trying to cheat him. If we had a lot of 'pangkah' at one page, we tore that page! and normally we forgot that the other side of the page left loose, and we forgot to take it out.

7. When he is sleeping. do not ever make noise.

8. When he is at home, do not quarrel. However, 6/8 boys could not stay peaceful for long time.




Inilah gambar bapakku. Tahun ini (2009) beliau berusia 82 tahun. Selain dari membesarkan aku dengan disiplin yang amat tinggi, satu perkara yang melekat dalam sanubariku sehingga aku berusia setengah abad ini ialah cara beliau mengajar aku dan adik beradikku belajar mengaji Al Qur'an. Sebelum ini, aku telah menceritakan bagaimana aku dibesarkan secara 'rattanlogy' dan pelbagai kesah menyayat (sekarang melucukan) yang telah kami beradik lalui. Kali ini aku akan memfokus bagaimana beliau mendidik kami membaca alQur'an.




Ini rotan dan yang bawah ni adalah bapak aku... antara bapak aku dengan rotan dan antara Qur'an dengan Rotan adalah bagaikan aur dengan tebing, bagai alu dengan lesung,


Perigi dan Sejarahnya




You see the pictures above? I took the photograph on 28 Dec 2009 when i went back for Raya Haji. This is 'Kolam' or 'Perigi' or well. I have a lot of story about it. When I was small (below 12 years) this is the place we (the whole family) took my bath everyday. No pipe or tap water at that time. Every house in kampung has this 'kolam'. The size ia about 15 x 10 feet. The depth of the water level is about 4-5 feet (depend on the rain season). However during the drought (dry season) the water level will be very shallow, less than a foot and the water taste was so sour.

At that time, there were 3 wells at my house. Today only one left (the pictures). The other two were covered (filled up) to allow the land to be used for other purposes, also to avoid dangers to the children. That time my parent did not have many grandchildren like now. Children who do not know how to swim can get drowned in this well.

I do not know how long this 'historical place' could last.

How they took their bath in the open space?. The women (my mother and sister) will take their bath in the early morning or late evening when the it was dark. However, they had the choice to take bath in the light by wearing 'kemban'.

The men and boys? Easy, for the men, they wore 'kain pelikat' or 'seluar katok (boxer??)'. But for the boys (including me) we wore nothing! Naked.

The beauty was, at that time no boys had the 'feeling' to peep the women taking bath. Good boys or stupid boys!.

At that time, there was no 'zink fence' as in the picture above. So, we could dive from all sides. I learnt how to swim in this well (THIS WELL). I used two dry coconuts tied together became a float.


with my beloved mother (1999) and my daughter, Atikah


Lagi Cerita Masa Kecil.

Selain dari cerita kegarangan bapakku, banyak lagi cerita yang aku ingin kongsi bersama waktu aku masih kecil. Keluargaku bukanlah keluarga yang berada. Tapi dalam kampungku memang ramai lagi yang lebih susah dari keluargaku. Ayahku ada kebun getah dan kopi lebih dari 10 ekar. Ada orang kampung yang tiada tanah langsung, hanya mengambil upah menoreh di kebun orang. Ramai anak-anak yang tidak bersekolah menengah kerana tidak mampu. Rata-rata khususnya anak perempuan, akan menamatkan pengajian di Tahun 6 sahaja. Ramai kawan-kawan ku semasa sekolah rendah yang mempunyai keputusan yang baik sepanjang sekolah rendah telah tidak meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Meraka dikahwinkan dalam usia muda bagi meringankan bebanan ibu bapa mereka.

Makanan Harian

Masa kecil, makanan yang biasa adalah lauk dari sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, bayam, meranti serta ikan kering sahaja. Biasanya sayur lemak la...kelapa pun tak payah beli. Tapi kalau pucuk ubi atau meranti aku suka dicelup dalam air panas (Jawa kata dikulup) bila dah lunyai, kemudian diperah. Cecah dengan sambal kicap...aduhhhh sedap bibbb. Sampai sekarang pun aku buat lagi. Isteriku pun suka makan.

Lauk ikan boleh lah seminggu sekali, beli dari Cina penjual ikan daging yang keliling kampung naik basikal. Daging lembu, jarang sekali. Kena tunggu bapak aku turn bandar Batu Pahat atau pekan Parit Raja.

Sarapan pagi, biasanya 'lempeng kelapa' cecah dengan sambal tumis atau gula pasir je. Kadang ubi rebus atau ubi/pisang goreng.

Sembelih Ayam

Sebulan sekali bapak akan sembelih ayam belaan sendiri. Nak tangkap ayam, adik beradik kena kejar keliling rumah. Bapak akan sembelih sendiri. Orang sekarang orang makan daging ayam cuma beli badan sahaja yang telah siap dibersihkan dan dipotong. Paling-paling ada yang ambil isinya seperti hati dan pedal. Sedikit saja yang ambil kakinya. Yang lain buang.

Masa dulu, semua diambil, kepala pun buang paruh je, kaki ayam cuma buang kuku je, buat sup sedappppp.....manakala usus ayam pun ambil, dibelah atau diterbalikkan dan dibuang isi (tahi). usus ni sedap digoreng dengan kunyit. atau masuk dalam sup kaki dan tulang. Tongkeng ayam (Jawa panggil butru) memang sedap...goreng. Kalau tak pun cucuk dengan lidi penyapu, bakar dah mencukupi.

Masa aku kecik, orang-orang tua kata, jangan makan tongkeng ayam nanti mudah lupa; jangan amkan pedal ayam nanti kalau sunat liat..... nak takutkan budak-budak supaya jangan makan. Rupa-rupanya sedap.


Biskut Rendam

Dalam rumah aku, sepanjang masa akan ada biskut tawar (orang sekarang panggil biskut mayat) satu tin. Bila abis, bapak akan beli lagi. Untuk minum petang atau makan dengan kopi panas selepas makan malam. Bila malam, biasanya aku dan abang-abang akan ambil biskut tu dalam 4-5 keping, masuk dalam mangkuk. rendam dengan air panas campur gula (atau susu) biar sampai kembang. Ummphhh lazat. Budak-budak sekarang kalau lapar waktu malam, akan cari mee segera atau 'maggi'.... seperti kata Alex peserta Raja Lawak 4 'maggi sudah kembang'.

Musim Buah

Musim durian adalah saat yang ditunggu setiap tahun. Keliling rumah aku banyak pokok rambutan dan manggis. Tapi pokok durian cuma 2-3 batang sahaja. Tapi, kat rumah nenek aku (Nyai Sah) kat baruh memang banyak pokok durian. Kalau musim durian, kami akan ramai-ramai tidur rumah Nyai. Aku tinggal dengan Nyai sejak aku Tingkatan 4 hingga aku tamat SPM.

Surrrrrrrr....Bukkk. Bunyi durian jatuh tengah malam. Kami adik beradik akan berebut turun cari durian yang jatuh. Seronok masa tu.

Rambutan?... Rambutan kat rumah bapak masih muda dan tak tinggi, jadi boleh jolok/kait dengan buluh je. Tapi rambutan rumah Nyai dah tua, tinggi, kena panjat. Kami buat para (ran) atas pokok rambutan. Makan kat atas. Kalau bukan musim buah, kadang-kadang kami adik beradik lelaki saja suka panjat, main tarzan. Kenangan pahit yang masih kekal seumur hidupku ialah apabila aku jatuh dari pokok rambutan kat rumah Nyai (masa tu usia ku dalam 6 tahun) dan bibirku pecah. Aku di bawa ke hospital untuk dijahit. Bekas luka itu masih ada sehingga sekarang.



Funny and Scaring Punishments

1. Ikat kat pokok rambutan berkerengga. Masa dulu keliling rumah aku memang banyak pokok rambutan. Macam2 nama jenis rambutan, contohnya rambutan gading, rambutan gading, rambutan A4, dan macam-macam lagi. So, adik beradik aku sorang satu ada adik angkat pokok rambutan ini. Masing-masing jaga adik angkat dan bangga dengan hasilnya bila musim buah. Tapi, semua dah kene tebang bapak aku, ye la bila dah tua, jadi besar dan tinggi, banyak sampah kat halaman rumah. Dulu, abang atau akak angkat yang jaga, sapu sampah dan sebagainya. Sekarang semua dah keluar kampung, emak bapak aku tebang semua tu. Lagi satu, pokok rambutan ni banyak semut dan kerengganya. Semut hitam. kalau gigit..walaupun tak sesakit kerengga, tapi boleh tahan la seksanya.

2. Campak Dalam Kolam. dah tenguk gambar kolam kat atas tadi? Kolam tu selain dari tempat mandi harian, ia juga adalah tempat dijatuhi hukuman. Adik beradik aku, tak kira lelaki atau yang perempuan, kalau buat salah seperti tak lulus periksa atau koyakkan buku sekolah, hukumannya ialah bapak akan campak dalam kolam.

3. Pikul batang pisang keliling kolam. Suatu petang, lepas zohor, bapak aku tak ada kat rumah atau pun sedang tidur. Abang aku, Amim dan Amir main mandi kolam (yang dalam gambar tu laaa). mandi punya mandi (Jawa panggil 'ngublek'), tak sedar satu kolam dah jadi keruh kerana lumpur di dasar kolam dah naik. Kelabu satu kolam. Kebetulan, petang tu, aku demam, jadi tak ikut 'ngublek' dengan abang-abang aku. Aku cuma duduk mencangkung kat tepi kolam menonoton abangku bersuka ria mandi manda.

Bila petang, bapak nak mandi, dia tenguk kolam dah jadi kubang kerbau, apa lagi, menyinga lah orang tua tu. Kami kena 'fall-in' dan dibicara dan dijatuhi hukuman 'on the spot'. Amim dan Amir kena pikul batang pisang (macam pikul 'log' masa kedet laaa) keliling kolam. Aku terselamat kerana tak mandi. Aku jadi tukang kira. Aku tak ingat berapa pusinga semuanya, tapi yang pasti tak kurang 50 kali pusingan.

4. Kena Kejar Kerana Menangis. Masa kecik, aku ni 'gembeng' atau 'kememeh', kuat menangis. Usik sikit je nak menangis. Oleh kerana adik beradik kami ramai lelaki (6/8) maka untuk menjimatkan belanja bulanan, bapak aku beli sendiri alat gunting rambut dan gunting rambut sendiri rambut anak-anaknya. Satu hari, bapak aku gunting rambut kami. Gunting tu agaknya tumpul, jadi menggigit-gigit rambut, sakit laaa.... Jadi sambil menahan kesakitan gigitan gunting tu, aku menangis tersedu-sedu. Bapakku pun naik angin (dia memang pantang tenguk anak menangis). Maka diketuk kepala aku dengan mesin gunting rambut tu... Aku terkejut, entah macamana, terus lompat dari kerusi dan lari. Apa lagi abang-abang aku pun kene kerah untuk kejar aku. Kejap je, dapat tangkap dahhh...apa lagi kena la satu round belasah...dan sambung lagi gunting rambut....

5. Belasah dengan kayu masak (rotan tu biasa laaaaaa). Kalau bapak aku tak sempat nak cari rotan, apa-apa yang ada depan dia, dia akan capai untuk belasah kami. Kadang dahan pokok, kadang kayu masak, kadang pelepah kelapa.... Adoooiiiiiiiiii. Kalau zaman sekarang, mesti dah ada orang yang report polis kerana mendera anak-anak.


Something about 'BudayaMasyarakat Jawa'

'REWANG'

'Rewang' or gotong-royong' is one of the uniqueness in Jawa community. This show the 'spirit of cooperation'or team work among the villagers. 'Rewang' can be in big scale or small scale. The big scale is normally happened either during wedding ceremony or 'kenduri kahwin'. And, the smaller scale 'rewang' for 'majlis khatan', 'cukur jambul' or other 'kenduri'. Normally, each kampong in Johor is divided into 2 or three sector. I depend on the size of the kampong. The easiest way how to indicate the number of sector in that kampong is to know how many 'surau' in that kampong. Three 'suraus' mean 3 sectors. Each sector consists of 30-40 houses.

The 'rewang' involved the the whole family who stay in that sector. The man (the adult only) will work outside the house start from the day they erecting the 'bangsal' or tentage, preparing the cooking materials, cooking, washing dishes, entertaining the guesses until the end of the ceremony and put the bangsal down. It was like a feast. The beauty of 'rewang'is all are working voluntarily. After all the guesses went home, they (the rewang group' will pack their own food (we call in 'berkat') to take home.

In normal 'kenduri', only the population of the sector will be invited.Normal 'kenduri' such 'kesyukuran, arwah, bersunat atau berkhatan' etc.





Firman Allah Ta'ala maksudnya:
"Aku perintahkan manusia akan membuat
kebajikan kepada Ibu-Bapak­nya"


Adapun ertinya membuat kebajikan kepada
keduanya itu iaitu mendengarkan dan menurut
perintahnya dan memberi hormat
kepadanya, menyenangkan hatinya
dan menjauhkan kemurkaannya atau
kejengke­lannya, dan jangan mengeluarkan
perkataan kasar kepadanya.


Firman Allah Ta'ala maksudnya:
"Maka jangan engkau berkata kepada ibu-bapa
engkau perkataan yang kurang hormat seperti kata
"Ufh", dan jangan engkau bentak-bentak pada
keduanya, dan berkatalah engkau pada keduanya
dengan perkataan hormat lagi mulia"


Dan Firman Alloh Ta'ala maksudnya :
"Rendahkan diri engkau kehormatan bagi keduanya,
Hai Tuhanku beri Rohmat pada keduanya
sebagaimana keduanya itu telah memelihara
daku waktu kecilku adanya"
SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI SEGALA DOSA KEDUA IBU-BAPAKU

0 comments: