Thursday, October 22, 2009

MY SIBLINGS



A BIG FAMILY



INI ADALAH GAMBAR ROTAN dan yang bawah ni adalah bapak aku... antara bapak aku dengan rotan adalah bagaikan aur dengan tebing, bagai alu dengan lesung


Selain dari membesarkan aku dengan disiplin yang amat tinggi, satu perkara yang melekat dalam sanubariku sehingga aku berusia setengah abad ini ialah cara beliau mengajar aku dan adik beradikku belajar mengaji Al Qur'an. Sebelum ini, aku telah menceritakan bagaimana aku dibesarkan secara 'rattanlogy' dan pelbagai kesah menyayat (sekarang melucukan) yang telah kami beradik lalui. Kali ini aku akan memfokus bagaimana beliau mendidik kami membaca alQur'an.

Kami tidak pernah dihantar mengaji ke rumah orang lain. Dari mengenal Alif Ba Ta hingga khatam Al Qur'an, semua bapak aku yang handle. Biasanya kami mula mengaji Muqaddam dalam usia 5-6 tahun. Lazimnya apabila masuk Darjah 1, kami dah masuk Qur'an.

Bapak tak berapa concern sangat sama ada kami dah sembahyang (solat) atau belum. Bab Solat dia jarang tanya. Tapi bab mengaji ni, dia memang tak ada tolak ansur langsung. Mengaji adalah rutin. Prinsip bapak aku, kalau pandai mengaji, tajwid betul, solat akan sempurna. Dia kata, semua orang boleh tunjuk dia solat lima waktu, tapi apa yang dibaca tak de siapa yang dengar kecuali Pak Imam. BETUL JUGAK KAN?

Tapi, yang kami tak tahan tu ialah tang 'keringanan tangan bapak aku'. tak kira ada benda yang dia pegang atau pun tidak, silap sikit je, tangan akan naik. 99% rotan akan sentiasa ada di tangannya. Biasanya yang selalu kena swing ialah bila baca panjang pendek tak betul. Mengaji dengan bapak aku ni, dia tak ajar hukum-hukum tajwid. Dia tak sebut apa itu Mad, apa itu Idgham, apa itu Izhar, Iqlab dan Ikhfa'. Ikut apa yang keluar dari mulut dia. Macam parrot. Yang kita tau cuma panjang, pendek, nun mati kena baca dengung, tanwin, mati dan sabdu. kami cuma tau hukum hakam tajwid ni setelah sekolah agama sahaja.

Satu lagi, kami belajar mengaji guna bahasa Jawa. Tak ada datas, bawah atau depan. Kami guna 'jabar' untuk diatas, ' jer' untuk dibawah dan 'pes' untuk didepan. Mati, sama guna mati juga, sabdu kita panggi 'tejid', baris dua, kita guna tanwin. Jadi kalau baris dua bawah akan dibaca 'tanwin jer'. Bacaan huruf juga beza, bukan Alif, Ba, Ta, Tsa.....tapi dibaca Alip, Be, Te, Tse, Jim, Kha, Kho...... yang lain sama kecuali 'Rho' disebut 'Rhe'... kalau sekarang, bila dah belajar Tajwid, baru kami tahu rupanya itu adalah bacaan 'imalah'.


Adik Beradik Kami

Diulang sekali lagi (Rujuk Chapter 1), Keluargaku boleh dikatakan satu keluarga yang besar. Kami ada lapan adik beradik. Memang meriah. Masa raya lagi la meriah sebab semua akan berkumpul di rumah Bapak. Setiap tahun, angkanya sentiasa bertambah. Hingga sekarang (2010) emak/bapak aku ada 8 anak, satu anak angkat, 43 cucu dan 10 cicit.


Gambar keluarga semasa Hari Raya Idil Fitri 1987- masa ini Man, Yah dan Minin masih belum kawin lagi.


Anak Pertama

Abangku yang sulung bernama Md Jahrom (Rom atau Long). Dia dilahirkan pada tahun 1951. Sekolah rendah di Seri Rejo Sari (SRS), sekolah menengah (aliran Inggeris) di Batu Pahat kemudian pindah ke SM Parit Saidi apabila dibuka pada hujung tahun 60an (kemudian dinamakan Sek Tunku Mahmood Iskandar- STMI). Masa di Batu Pahat dia duduk di rumah sewa di Jalan Lim Poon. Aku tak berapa rapat dengan Long kerana semasa aku kecil, dia bersekolah di bandar dan tinggal di rumah sewa, kemudian bersekolah di Muar dan bekerja di luar daerah.

Selepas tamat SPM dia bersekolah dia ambil STP di SM Md Yassin Muar dan tinggal di rumah Wak Musbah (saudaraku sebelah nenek sebelah emak). Long kemudian berkerja sebagai kerani dengan Felda di Chemplak, Segamat. Long berkahwin dengan Sharifah Zainah bt Syed Lani, anak seorang staf Felda juga pada tahun 1975. Lepas itu, Long berpindah ke Felda Bukit Batu, Kulai. Kemudian dia bertukar kerja dengan Ladang Bousted di Semberong sebelum bertukar di Ladang Sindora, Kluang dan Ladang Tereh di Paloh. Long juga pernah ditugaskan untuk mengurus ladang di Palembang Indonesia untuk beberapa tahun. Setelah bersara dia tinggal menetap di Taman Lambak, Kluang.


Long dikurniakan 4 orang anak; Nor Aziyati (Yati) (1976), Khairul Fahmi (Pam) (1977), Aini Nadhirah (Aini) (1979) dan Mohd Fairuz (Ayut) (1984). Kecuali Aini, semua dah berkahwin. Long sudah mempunyai 3 orang cucu dari Yati dan Pam. Yati kerja dengan bank, Pam dengan Jabatan Muzium Negara manakala Ayut (graduan Kejuruteraan UTHM) dengan syarikat kejuruteraan.


Anak Kedua

Anak kedua dalam keluarga ialah Siti Rahimah (Im atau Ngah). Im dilahirkan pada 7 Julai 1954. Sekolah rendah di SRS dan menengah di STMI. Apa yang aku ingat (masa tu aku kecik laa) dia ni banyak peminat kat sekolah. Sama ada dari kalangan cikgu atau kawan-kawan lelaki. Masa balik sekolah, ada saja cikgu yang kirim salam kepadanya. Aku pun tak faham sangat masa tu.

Ada satu peristiwa yang aku masih ingat, satu hari bapak jumpa satu surat yang dikirimkan ke alamat rumah untuk Kak Im. Bila dibuka, rupanya surat dari seorang lelaki yang menaruh hati dan ingin berkenalan dengannya. Apa lagi, bapak aku pun menyinga, hari tu kakak aku teruk kena belasah. Bapak aku nak bakar beg sekolahnya dan suruh kawin. Kami adik-adik pucat lesi tenguk kakak kena belasah.

Kak Im ni bijak, masa sekolah rendah selalu dapat position yang baik dalam peperiksaan. Tapi prestasinya menurun semasa di sekolah menengah. Agaknya sebab ramai yang ganggu, dia tak dapat konsentrasi pelajaran. Masa dia di Tingkatan 5, dah ada yang booking. Tamat sahaja T5, sebelum dapat keputusan SPM, bapak aku kahwinkan Ngah dengan seorang Guru Ugama yang bernama Hamzah bin Hj Yusof. Orang sekampung juga. Dia ada Sijil Darjah Khas, jadi dah rezeki dia dapat jadi Guru Agama selepas dia melahirkan anak kedua (kalau tak silap).


Ngah bersama suami (allahyarham Hj Hamzah)

Ngah dikurniakan anak yang ramai iaitu 9 orang. Tetapi anak ketiganya yang bernama Muhd Razaleigh meninggal dunia selepas dilahirkan. Anak-anak Ngah ialah Khasiatul Fauziah (Uji), Nizatulshima (Noni), Mohd Nasruddin (Rudi), Mohd Rahmat (Mamat), Mohd Fitri (Pit), Mohd hamdan (Adan), Nur Faizi Fahariah (Faiz) dan Nur Faizah Syahidah (Ezah). Ngah mempunyai 7 orang cucu dari Uji (3) dan Noni (4).

Uji bertugas sebagai guru berijazah di sekolah menengah, Noni dan Rudi sebagai guru agama, Mamat (graduan ijazah Statistik) juga guru sekolah.


Gambar Ngah bersama keluarga besarnya (2005) - setahun sebelum Hamzah meninggal dunia.

Selepas berkahwin dengan Ngah, Hamzah telah berkahwin kali kedua dengan Norhafizah binti Rosdi, anak bekas Ketua kampong aku juga dan dikurniakan seorang anak lelaki. Hamzah meninggal dunia pada tahun 2006 setelah beberapa tahun mengalami penyakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Terdapat kesah 'kronik dan misteri' selepas perkahwinan kedua ini. Namun aku tidak akan menulis di sini kerana ia melibatkan peribadi ramai insan dan ada yang telah meninggal dunia.

Wahai kekandaku Hamzah, walau apa pun yang terjadi, aku tetap menghurmatimu sebagai abang iparku. Aku mengenalimu sejak aku kecil lagi, dan selepas itu berpuluh tahun kita dalam satu keluarga yang bahagia. Semoga Allah mengampunkan dosamu dan ruhmu tenang di alam barzah.

Anak Ketiga

Anak ketiga adalah Khamim (Amim). Nama asalnya Nor Khamim tapi bila didaftarkan hanya Khamim sahaja. Amim dilahirkan pada tahun 1957, iaitu tahun kemerdekaan Malaya. Bersekolah yang sama dengan aku iaitu SRS dan STMI.

Di kalangan adik beradikku, Amim adalah yang paling berani dan tabah. Sejak kecil lagi dia adalah pelindung kepada adik-adik. Oleh kerana jarak dengan umurku hanya 2 tahun, maka kami dibesarkan bersama, bermain bersama dan bersekolah bersama. Sama ada semasa di sekolah atau bermain di luar waktu sekolah, kalau ada sesiapa yang mengusik aku, memang buruklah padahnya. Dia tak boleh dicabar, dan sanggup bergelut walaupun lawannya jauh lebih besar. Banyak kali berlaku dia dicabar bergelut oleh geng samseng kampung bersebelahan, dan dia menang. Aku tabik padanya. Dia juga memang berbakat pemimpin. Dia jadi Ketua pengawas semasa di sekolah rendah dan menengah.

Selepas SPM, Amim belajar ke Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam jurusan Electronic and Communication dan dapat biasiswa LLN. Selepas tamat PUO dia bekerja dengan LLN (sekarang TNB) sehingga sekarang. Aku berterima kasih kepadanya kerana sering membantuku semasa aku di UTM. Dia sangat pemurah. Kalau aku kekeringan poket aku akan mengunjungi rumah sewanya di Jalan Cemperai, Bangsar untuk mendapatkan bantuan. Sampai sekarang, dia adalah kalangan adik beradikku yang paling ringan tangan untuk membantu apa saja.

Amim berumahtangga dua tahun selepas aku. Dia berkahwin pada tahun 1985 dengan Badariah bt Hj Samin dari Kg Parit Riman, Senggarang. Masa aku bertugas di TUDM Kuantan, dia juga ditukarkan ke sana dan sama-sama menyewa di Taman TAS, Kuantan. Amim dikurniakan 6 orang anak iaitu; Muhd Yusuf Islam, Siti Mariam Jamilah, Nor Rashidah Aziziah, Intan Rosharina Zaharah, Ali Imran Syarifuddin dan Alif Syukry Albukhary.


Anak Keempat

Pemilik BLOG ini.


Anak Kelima

Selepas aku adalah Noradzim (Ajim), anak kelima. Ajim dilahirkan pada tahun 3 Januari 1963. Di kalangan adik-adikku, Ajim juga dikategorikan sebagai berani, cuma dia bukan kaki bergelut macam Amim. Dia juga bersekolah yang sama dengan aku masa di SRS dan STMI. Dia lebih berani dengan aku. Masa di SRS, masa tu aku di Tahun 5 dia baru masuk Tahun 1, dia pernah berkelahi dengan kawannya sampai dahinya benjol. Kawan-kawanya bawalah datang jumpa aku, mengadu, tapi aku yang menangis (kesian tenguk dia)....hahaha. Tak guna punya abang.

Selepas SRP dia melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 Sains di Sek Tun Ismail (STI), Parit Raja. Lepas SPM, dia kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas (kalau tak silap aku la) seterusnya mengajar di Sek Men Pulau Lumut, Pelabuhan Klang lebih kurang tahun 1984 atau 85. Pulau Lumut adalah sebuah perkampungan nelayan Melayu. Untuk ke sana perlu menaiki bot selama 45 minit dari jeti Pelabuhan Klang. Tapi kini, Pulau ini telah dimajukan, ditukar nama menjadi Pulau Indah dan wujud sebuah pelabuhan moden (Pelabuhan Barat atau Westport).

Dalam tahun awalnya Ajim tak tahan mengajar di sana, merayu untuk minta tukar ke tanah besar namun tidak berjaya. Tapi akhirnya, dia mendapat hobi baru iaitu memancing di laut (pasal dah boring sangat la tu) dan selain ikan dia juga berjaya memancing anak gadis Pulau Indah bernama Zaharah bt Abd Rahman. Kekal dia bermastautin di sana sehingga sekarang. Ajim dikurniakan ramai anak, iaitu 7 orang aiitu; Muhammad Fauzan (Pojan), Ain Nazihah (Ain), Wahidatul Saidah (Wahidah), Muhammd Ilman (Ilman), Muhammad Farhan (Pa'an), Muhammad Ikhwan (Iwan) dan Nurlyana Hazirah (Azira).

Ajim sekarang mengajar di sebuah sekolah rendah di Pandamaran, Klang.

Nor Adzim Abd Rashid

Ajim dan Arah

Gambar Ajim bersama keluarganya





Anak Keenam

Rakhiman (Man) adalah anak yang keenam, dilahirkan pada tahun 1965. Aku tak banyak mengikuti perkembangan Man. Mungkin beza usia selama 6 tahun, dah lain jenerasi. Masa dia sekolah sekolah rendah aku dah sekolah menengah dan tinggal rumah Nyai, jarang dapat jumpa. Masa aku tinggalkan kampung pada tahun 1977, dia baru Tahun 6. Lepas tu aku pun jarang balik kampung, setahun sekali dua sahaja.

Lepas SPM dia buat berbagai kerja. Dia minat juga nak masuk tentera tapi gagal dalam temuduga. Aku tak ingat tahun berapa dia berkahwin, tapi itulah hari dia dapat tawaran kerja dengan JPJ. Agak-agak dalam tahun 1994 macam tu la. Dia berkahwin dengan gadis pilihannya (bekas rakan sekolah di STI), seorang jurutera di PORIM berasal dari Parit Raja. Mereka dikurniakan 4 orang anak, iaitu; Fatimah Nur Asyikin, Amirul Zulhilmi, Muhammd Imran Zaki dan Aliyah Nazihah.

Perkahwinannya dengan Salmah tak kekal dan mereka berpisah dalam tahun 2006/2007 (kurang pasti). Man berpindah ke JPJ Kemaman dan beli rumah di sana dan mendapat jodoh kedua di sana. Dia bernikah dengan Jamilah, seorangpeguam di Kemaman pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak (aku tak ingat namanya).








Anak Ketujuh

Khairiah (Yah) dilahirkan pada tahun 1968. Apa yang aku ingat, pada tahun itu nenek aku sebelah mak (Embah Suminah) menunaikan Fardhu Haji (masa itu naik kapal laut). Betapa susahnya orang nak pergi haji masa tu, dengan persediaan yang begitu rapi seperti kotak-kotak makanan sepanjang pelayaran pergi dan balik. Rasanya, 3 bulan baru balik dari Mekah.

Ayahku namakan Khairiah kerana mengambil nama Menteri Pelajaran pada masa itu, Allahyarham Encik Khir bin Johari yang baru merasmikan SRS.

Macam juga Man, aku tidak dapat banyak maklumat tentang perkembangan Yah masa kecil kerana dia membesar ketika aku di perantauan. Setahun jumpa sekali dua sahaja. Selepas SPM Yah diterima menjadi Guru Agama di Pontian sebelum ditukarkan ke Batu Pahat.

Dia berumahtangga pada tahun 1990 atau 1991 dengan seorang pemuda dari Kg Parit Haji Ali bernama Mohd Safingi bin Hj Sulaiman (Pie), graduan Banking dari UiTM. Yah dan Pi'e dikurniakan 5 orang anak; Fatin Fadhuwana (1992), Umar Abdul Aziz (1995), Raihan Nurhanani
Khairin Jadwa dan Khairunnisa. Mereka menetap di Parit Broleh, Batu Pahat.


Anak Kelapan

Aminin (Minin) dilahirkan pada 3 Feb 1971, anak bongsu, mestilah paling manja. Untung sikit dia ni, masa dia kecik, bapak dah tua, jadi tahap kegarangan bapak dah menurun. Lagi satu, masa tu kebun getah dah tak ada, potong kelapa sawit pun semua dah upah kat orang. Jadi dia tak lah rasa sangat derita berperang dengan nyamuk dan agas di kebun.

Sama macam abang-abang dan kakak-kakaknya, bersekolah rendah di SRS dan menengah di STMI. Dia masuk Tingkatan 4 Sains di STI Parit Raja. Masa sekolah menengah pun bapak dah beli kan motorsikal. Rezeki anak bongsu la kan. Lepas SPM dia masuk Maktab Perguruan Melewar, Seremban. Tamat latihan di Maktab, Mini kena mengajar di SRJK China di Chukai. Dia pun sama dengan Ajim, mula-mula tahan duduk jauh, nak mintak tukar balik Johor, tapi tak dapat. Kalau Ajim ubatkan boring dengan memancing, Minin pulak buat tuisyen mengajar anak-anak China. Sukses pulak tu. Maka, perniagaan tuisyennya semakin berkembang.

Dia kemudiannya mengambil cuti belajar untuk mengambil ijazah di UPM selama 4 tahun. Selepas graduat, dia kena tukar ke Pengerang tapi tak pergi.

Entah macam mana, dia boleh terjerlus dalam bidang perniagaan aku pun tak pernah tanya. Mula-mula dia buka kedai handphone dan membaiki komputer, kemudian masuk perniagaan construction dan lepas tu macam-macam sampai kepada pembekalan alat ganti bot untuk PETRONAS. Balik dari UPM dia teruskan usahaniaganya.

Setelah 37 tahun membujang, dan menghabiskan sebahagian besar kerjaya di Kemaman, Terengganu, akhirnya dia bertemu jodoh di Kuala lumpur. Gadis pilihannya bernama Reza Mardeanna binti Mohd Rosly. Mereka berkahwin pada tahun 2008. Pada saat ini (13 Julai 2010) sedang menanti kelahiran cahaya mata sulungnya.

Majlis Pertunangan di rumah Reza



Minin dan Ana (majlis di kampung)





ALBUM LAMA



Ini lebih kurang tahun 1981 atau 1982- semua yang ada ni masih bujang trang tang tang- tenguk la si Minin tuu, lokooo je lagi. Kalau cakap sekarang ni bawak Lexus, mesti orang tak caya


1 comments:

Unknown said...

bg tahu mohammad imran zaki b. rakhiman, ic dia tercicir fi KL hari ini , 11.2.2019. Hubungi nasa 0192409887