Map of middle part of West Coast Johore which covers the areas of township near to my kampong.
Parit Botak is just a small fisherman village. My kampong is about 4 miles from Parit Botak junction and 10 miles from Pt Hamid junction. According to my parent the name of Parit Botak is originated from bald Chinaman (China berkepala botak).
Dari cerita cikgu saya masa sekolah rendah dulu, nama Senggarang ini, berasal dari perkataan 'Sang Yang Garang' iaitu merujuk kepada buaya yang garang atau ganas (wild crocodiles) yang menghuni di Sungai Senggarang. Banyak penduduk yang berurusan dengan sungai (ye la, masa dulu2 mana ada jalan raya, orang kampong naik sampan menggunakan sungai untuk ke pekan) telah menjadi mangsa bahaman sang buaya. Dek hari-hari sebut sang garang, sang garang, lama kalau orang tanya, 'awak nak ke mana?" ...Pegi sungai sanggarang". Ada orang kata, ia merujuk kepada bahasa jawa 'Seng Garang' yang membawa maksud yang sama, iaitu 'Yang Garang'.
Tak tau la aku, sama ada tipu atau betul atau tidak cerita (cereka) ini?
Pekan ini lebih kurang dalam 4.5 batu (dulu kita orang tak sebut km) dari rumah aku. Masa aku sekolah rendah, kalau nak ke pekan, tunggu ayah aku bawak la, naik basikal. Basikal dulu ada 'karia' di belakang (asalnya bahasa Inggeris laaa... 'carrier'). Kalau kat atas karia tu penuh dengan barangan yang dibeli, baik aku naik kat depan la pulak. Duduk mengiring atas pembuluh tu.... Bayangkan 4.5 batu naik atas besi pembuluh, tak ke kebas punggung aku!.
Bila dah sekolah menengah, aku dah pandai/berani ke pekan dengan kawan-kawan, kayuh basikal sendiri la. Motorsikal masa tu tak ada lagi. Bapak aku beli motor masa aku dah Tingkatan 2. Tapi tu pun bukan aku boleh bawak, apa lagi untuk rekreasi. Lesen tak dakkk...., pegi kebun dengan pusing2 kat kampong je bole laaaaa.
Satu-satunya kedai jahit (tailor) yang aku paling ingat di Senggarang ialah Kwang Tong Tailor. Kat situlah aku dan abang-abangku buat seluar panjang. Kalau seluar pendek atau seluar sekolah kita orang beli yang dah siap je la. Tapi bila dah masuk Tingkatan 4 tu, dah pandai pilih fesyen, seluar sekolah pun buat kat tailor. nak fesyen cover poket belakang la,nak 'saddle king' la..... ye laaa, ikut trend masa tu.
Ada satu kedai buku (India Muslim), Kedai Buku Majid namanya (tapi dah lebih 30 tahun tutup la). Tiap-tiap tahun bila nak bukak sekolah, kat situ lah bapak aku bawak kami semua untuk beli buku sekolah. Masa tu, mana ada skim pinjaman macam sekarang. Bila teringat, rasa macam nak menangis mengenangkan betapa besar pengorbanan bapak untuk menentukan kami semua ada buku teks yang cukup setiap tahun. Masa tu, kami semua tak tau apa erti kesukaran mencari wang. Dengan hasil getah yang sedikit itulah bapak membesarkan kami semua, menyekolahkan kami agar menjadi manusia berguna dan tidak menjadi penoreh getah sepertinya.
Di pekan Senggarang hanya ada sebuah sekolah menengah, iaitu Sek Men Senggarang. Antara kampong yang agak famous di kawasan pekan Senggarang ialah Kg Sungai Lurus. Di kampong ini ramai saudara mara ku di sebelah nenek sebelah ayahku.
Di Johor,ada dua pekan bernama Rengit. Satu lagi ialah pekan Sungai Rengit di Pengerang dalam daerah Kota Tinggi. Rengit adalah sejenis serangga yang saiznya seperti agas yang suka menghurung hidangan di dapur yang tak bertutup. Serangga ini tidak menggigit sepertiagasataunyamuk dan tidak membawa kuman penyakit seperti lalat. Dia ni cuma merimaskan sahaja.
Untuk budak sekolah, pekan Rengit ni masyhor dengan pusat kegiatan Pengakap. Ini kerana kebanyakan pemimpin pengakap daerah Batu Pahat tinggal atau guru di kawasan Rengit. Setiap tahun akan ada perkhemahan pengakap 'Kumpulan Rengit' di kawasan belakang Sekolah Menengah Chung Hwa. Di Rengit pada masa itu hanya ada dua sekolah menengah. Satu lagi ialah Sek Men Tan Sri Sardon (STSS).
PEKAN PARIT RAJA
Pekan Parit Raja terletak di antara pekan Ayer Hitam dengan Bandar Batu Pahat. (dalam bahasa Jawa kita sebut Parit Rojo). Keadaan pekan ini masa aku kecil-kecil dulu amat jauh dari seperti yang anda lihat sekarang. Kebanyakan bangunan kedainya hanya beratapkan zink atau atap rumbia sahaja. Pekan Parit Raja amat sinonim dengan 'pisang salai' dan pasar setiap hari Isnin dan Khamis. Peniaga sayuran atau makanan buatan orang kampung dijual oleh orang tua-tua (perempuan) yang berusia 50-70 tahun. Mereka duduk di atas pangkin-pangkin di dalam bangunan pasar. Bangunan pasar itu telah dirobohkan dan kini telah ada bangunan pasar baru. Bagaimanapun sekarangnya, kebanyakan peniaga menjual makanan kering seperti kerepek, rempeyek dan sebagainya.
Di pekan parit Raja masa itu hanya ada sebuah sekolah menengah iaitu Sek Men Tun Ismail (STI). Sekarang, Parit Raja telah amat maju. Banyak kilang industri, bank dan pasaraya. Terdapat sebuah universiti di sini, iaitu Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dalam politik tanah air, nama Parit Raja ini pernah meletup apabila ia menjadi medan pertempuran antara calon UMNO (Baru) dengan calon Bebas dalam pilihanraya kecil (PRK) 1987 (selepas UMNO dibubarkan). Perlawanan satu lawan satu antara calon BN (Yasin Kamari) dan calon Bebas (Hj Hamdan). PRK ADUN Parit Raja ini dibuat setelah kematian wakil nya Tuan Hj Yusak bin Nawawi. Masa itu sentimen anti-Mahathir sedang memuncak apabila berlaku perpecahan di kalangan pemimpin UMNO setelah pemilihan UMNO 1986. Walaupun PRK ini dimenangi oleh UMNO, ia dipenuhi dengan kontroversi.
Among these 3 township (Senggarang, Rengit and Parit Raja), Parit Raja is the most developed.
Bandar Penggaram (kita orang kampong (Jawa) sebut 'Nggarem'. Nama asal Batu Pahat ialah dari nama perigi Batu Pahat yang terdapat di tepi pantai Kampung Minyak Beku. Perigi ini dibuat oleh tentera Siam yang menyerang Melaka di zaman Sultan Mahmud (dipimpin oleh Awi Dichu). Ketika mengundurkan diri ke kawasan ini, mereka kekurangan bekalan air lalu menggali perigi dengan memahat kawasan batu di tepi pantai (kawasan pantai di situ sememangnya berbatu).
Asal usul nama Batu Pahat ialah dari sebuah perigi batu, iaitu Perigi Batu Pahat yang dipahat oleh tentera Siam ketika dalam perjalanan hendak menyerang Negeri Melaka pada tahun 1456. Perigi yang berusia lebih lima abad, adalah satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud di kuala sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung Minyak Beku.
Konon ceritanya, di sini terdapat orang Bunian berkampung. Bila ada majlis perkahwinan, orang kampung akan menyeru mereka untuk meminjam pinggan mangkuk. Orang kampung akan memulangkannya apabila telah selesai majlis (termasuk yang telah pecah). Tapi akibat sifat tamak dan tidak jujur, ramai orang kampung yang tidak memulangkannya. Akibatnya, mereka (orang Bunian) enggan lagi memberi pinjam kepada orang kampung.
Apa istimewanya Batu Pahat? Selain dari Perigi Batu Pahat dan Sungai Batu Pahat, bandar ini masyhor dengan Batu Pahat High School (STBP). Sekolah menengah yang tertua di Batu Pahat ini dibuka pada tahun 1914) yang melahirkan ramai tokoh di peringkat nasional, termasuklah Lim Kit Siang.
Antara sekolah menengah (selain STBP) yang agak terkenal di Batu Pahat pada masa itu ialah Sek Men Perempuan Temenggung Ibrahim (TIGS) dan Sek Men Dato' Bentara Luar (SDBL). Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat juga ada signifikannya tersendiri. Setiap tahun stadium ini merupakan gelanggang pertandingan olahraga antara sekolah-sekolah menengah (MSSD) seluruh daerah Batu Pahat. Malah, jodohku juga bermula di sini. Cinta pandang pertama (tahun 1975) di atas padang inilah yang membawa aku dan isteriku (Adibah) ke jinjang pelamin. Waktu itu, aku dalam Tingkatan 4 (lihat tajuk MY MARRIAGE).
Antara sekolah-sekolah menengah yang berentap setiap tahun ialah:
- High School Batu Pahat - sekolah lelaki aliran Inggeris.
- Temenggong Ibrahim Girl School (TIGS) - sekolah perempuan aliran Inggeris. Inilah sekolah tempat isteri aku belajar.
- Sek Dato Bentara Luar (SDBL), Jalan Lim Poon
- Sek Tun Aminah (STA) - sekolah perempuan aliran Melayu
- Sek Men Munshi Sulaiman (SMS) (dulu Sek Men Inggeris), Jalan Kluang.
- Sek Men Jalan Kolam Air (SMKA)
- Sek Tun Ismail (STI), Parit Raja
- Sek Tan Sri Sardon (STSS), Rengit
- Sek Men Senggarang (SMS)
- Sek Tunku Mahmud Iskandar (STMI)- sekolah aku laaaa... tak pernah menang pun.
- Sek Men Dato Onn (SMDO), Simpang Lima
- Sek Men Semerah
Batu Pahat juga ada tempat santai yang masyhur, iaitu Tasik Merdeka. Tasik bekas lombong ini terletak di Jalan Bukit Pasir (Jalan BP Parit Sulong). Tasik ini ada nostalgia tersendiri. Di sinilah yang menjadi saksi 'dating' pertamaku dengan isteriku sekarang.
Tasik Merdeka, Batu Pahat
Kiayai Salleh (Panglima Saleh Selempang Merah) yang mengetuai orang-orang Melayu Batu Pahat semasa Zaman Dharurat (1945-1960) untuk memerangi orang China (yang menyokong Komunis Malaya atau Bintang 3). Kalau tidak didamaikan oleh Dato Onn (DO Batu Pahat masa itu), keadaan amsa kini pasti amat berbeza. Kiayai Salleh amat digeruni dan dihormati oleh orang Chia Batu Pahat kerana ilmu batinnya yang tinggi. Aku ada beli buku tentang Panglima Saleh ni (1992) tapi 'somebody' dah pinjam langsung lupa nak pulang. Masa tu, aku kerja di DTU-Latih. Dia (Mejar) dah pencen pun. Aku halalkan je laaa.
Semasa zaman Dharurat, Batu Pahat juga terkenal apabila salah seorang pemimpin Komunis Melayu bernama Mat Indera adalah berasal dari Batu Pahat. Beliau asalnya seorang guru di Sekolah Melayu Setongkat, Muar. Dikatakan, Mat Indera ini ada ilmu kebal (tak lut peluru).
Menurut cerita, kematian beliau adalah atas tipu muslihat seorang kampung yang memberikan minuman yang dicampur dengan buah kecubung. Apabila beliau mabuk, beliau diserahkan
kepada pihak polis. Beliau dihukum gantung sampai mati.
Satu lagi peritiwa penting di Batu Pahat berlaku pada 16 Okt 1980 sekumpulan penganut agama sesat yang diketuai oleh seorang yang mengaku sebagai Nabi Isa telah menyerang Balai Polis BP dan mencederakan ramai orang. Dua penyerang mati ditembak.
right of the road is 'baruh' side. Pokok ubi kat sebelah kiri jalan (tepi taliair) tu, semua emak/bapak aku yang tanam.
and further right to the kampong signboard (hidden) is 'PAS' signboard!! (see picture below).
- Sarmodan (Lek Modan)
- Sarpin (Wak Pin) - alalhyarham - today, the house is no more there.
- Hussein (Lek Kusin)
- Wak Sarkimin -allahyarham
- Surau Darat
- Lek Rosdi (Ketua Kampung) - allahyarham (later, he moved to centre part of my kampong)
- Lek Abu (later, he moved to Api-Api, Pontian)
- Sujari @ Hj Bakar (Embah Jari) - allahyarham
- Mohamad (Lek Mamat) - he moved to the new house at baruh side but later his son (Ruhaimi @ Ami) built his house on this site.
- Ahmad (Amat Dirik) - he later moved to Felda
- Hj Hashim @ Kasni (Embah Asim) - allahyarham. today, the house is no more there.
- Lek Sumadi Hj Yusof (Lek Sumadi Dalang);
- Hj Malek @ Jibrail.
- Cikgu Maulan
- Sadiran (Lek Diran) - allahyarham
- Hj Mustapha @ Sumadi - allahyarham
- Taharim (Wak Es (Ishak) the only kedai runcit - allahyarham
- Hj Abd Aziz @ Abd Rashid (my house)
- Hj Hamzah (Ambiah) - my brother in law - allahyarham
- Cikgu Minhad - later, he moved to Simpang Enam.
- Nyai Apah - allahyarhamah
- Hj Abd Hamid (Tok Kamid) - allahyarham
- Hj Mardi @ Wak Esan - Imam Kampung - allahyarham
- Roslan (Lek Lan) - allahyarham
- Hj Yassin (Wak Yasin) - allahyarham
- Sardi (Wak Di) - allahyarham
- Nyai Ti - allahyarham (mother to Lek Lan and Lek Rosdi) - he lived with his son, Zaini (Lek Jaini) - tukang gunting kampung- later, he moved to Felda (allahyarham) - the house is no more.
- Hj Shukor (my uncle) - allahyarham
- Hussein Ismail @ Usin (son of Lek Mail)
- Ismail (Lek Mail) -the richest man in my kampung- allahyarham
- Nyai Manisah (my grandmother)- allahyarhamah - the house is no more
- SURAU TENGAH
- Jamil Hj Yusof - later, he moved to Felda and the house was demolished.
- Hj Sapuan @ Muhayat - allahyarham
- Wak Nasiam (tukang urut) - she is now (2010) the oldest person in my kampong)
- Lek Nasiman
- Hussein (Lek Kusin Gutil)
- Gikgu Hj Supanji - allahyarham
- Yahya (Wak Yahyo) - allahyarham (ketua kampung sebelum Hj Rosdi)
- Selamat (Lek Selamet Bagong)
- Cikgu Hj Rahman - allahyarham
- Hj Omar Bakin - allahyarham
- Hj Idris - allahyarham
- Embah Bakri (allahyarham)
- Sanusi (Wak Usi) - allahyarham
- Hj Asmuni @ Musa (Embah Muso) - allahyarham
- Bajuri - allahyarham
- Hj Mohsin - allahyarham
- Wak Bujal -allahyarham (later, he moved to Parit Raja) - the house is no more
- Abd Rahman (Man Gerabak) - allahyarham - the house is no more
- Hj Abd Rahim (Embah Dorakim) - allahyarham
- Hj Mashuri -Imam Masjid - allahyarham
- Shamsudin
- SURAU BARUH
- Lek Salleh
- Wak Maniseh (allahyarhamah) and her sons Jurimi and Sadik (allahyarham)
- Sanusi (Wak Nawawi) - allahyarham
- Cikgu Sipon
- Sidek @ Hj Malik - allahyarham
- Hj Omar (Embah Omar Prengsel)
- Nasari
- Masrom (Lek Mahyom) - allahyarham
- Salam- allahyarham
- Abas - allahyarham
- Wak Kemat - allahyarham
- Juperi
- Hamid (Amid Banjar)
I did fishing in this river, dapat la, ikan keting sebesar 2 jari tangan.
- Kg Parit Mahang
- Kg Parit Saidi
- Kg Parit Kemang
- Kg Sungai Buluh
- Kg Pt Maamor
- Kg Pt Kadir
- Kg Pt Lapis Kadir
- Kg Pt Seri Menanti
- Kg Pt Lapis Seri Dalam
- Kg Pt Seri Dalam
- Kg Pt Baru
- Kg Pt Sempadan
- Kg Pt Daun
- Kg Pt Raja
- Kg Pt Tengah
- Kg Pt Sikon
- Kg Pt Hj Ali
- Kg Pt Seri Paya
- Kg Bukit Kuari
- Kg Pt Lapis Semarang
0 comments:
Post a Comment