Friday, April 9, 2010

SENIMAN DAN KARYAWAN DAPAT GELARAN




ARTIS-ARTIS YANG MENERIMA ANUGERAH BERGELAR



Tan Sri (Dr) P.Ramlee PSM DA(Sarawak) AMN


Nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.


Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.


Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.



Dalam Filem 'Bujang Lapok'

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor (sebelum berkahwin dengan P.Ramlee merupakan isteri kedua DYMM Sultan Perak pada masa itu - almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah) yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Perkahwinan ketiga adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961 (sebelum ini Saloma merupakan isteri kepada A.R Tompel).


P.Ramlee dan Saloma

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, semasa hayatnya beliau dianugerahkan darjah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh YDPAgong ke3 pada 3 Jun 1964. Selepas pemergian pula Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P.Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.
Beliau turut mendapat penghargaan Doktor Kehormat dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "Doktor". Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.


Pusara P.Ramlee (Jalan Ampang)

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya




Tan Sri Dr Jins Shamsuddin PSM DPMP KMN AMN PhD






Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin lahirkan di Taiping, Perak pada 5 Nov 1935. merupakan seorang pelakun, karyawan dan sutradra dan pada masa ini merupakan Ahli Dewan Negara (Senator) yang dilantik oleh YDP Agong. Atas bimbingan Tan Sri P.Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '60-an dan '70-an. Nama sebenar beliau ialah Mohamed Zain Shamsuddin di Taiping, Perak. Namanya terpahat sebagai legenda seni yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri perfileman negara.

Jins Shamsuddin melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama. Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem dan drama. Antara filem awal yang dibintanginya ialah Panca Delima, filem arahan P.Ramlee (1957) dan filem Jeffri Zain.




Shamsuddin berkahwin dengan Datin Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat, Putera Hang Nadim and Putera Hang Tuah. Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970-1972 dan menerima diploma dengan Kepujian Kelas Pertama. 1999, menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada USM.







Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka. Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '80-an 1977: "Menanti Hari Esok", 1979: "Esok Masih Ada". 1980: "Tiada Esok Bagimu". 1982: "Esok Untuk Siapa". Siri filem "Esok" ini mendapat sambutan hebat di pawagam. Datuk Jins Shamsuddin juga berbakat dalam penulisan lirik, salah sebuah lirik lagu ciptaannya adalah lagu raya lagenda yang didendangkan oleh Fazidah Joned iaitu Selamat Hari Raya.


Diatas jasanya dalam memartabatkan kesenian Melayu beliau telah dianugerahkan, Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990); Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990); Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999) dan Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007).

Beliau juga telah mendapat pengiktirafan dari dunia akademik apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh USM. Walaupun telah berusia melebihi 70 tahun, Jins masih terus mempamirkan kegigihan beliau apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam konvokesyen ke 23 UUM pada 24 Mac 2010.





Tan Sri S.M. Salim PSM DSSA DPMT AMN


Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros atau lebih dikenali sebagai SM Salim merupakan penyanyi Malaysia. Beliau di dianugerahkan pingat Darjah Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Aziz Shah sempena harijadi baginda ke-75 pada 2 Jun 2006. Beliau merupakan seniman kedua selepas Allahyarham P Ramlee bergelar Tan Sri. S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama dia dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional).Pada tahun 50-an, dia menganggotai kumpulan Irama Melayu (pimpinan Awalaudin), sebelum menyertai Orkestra Puspati (diketuai mendiang Alfonso Soliano).

Tan Sri P Ramlee (Allahyarham) adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni. Beliau merupakan antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bansga Bersatu pada tahun 1960. Salim juga melaksanakan tugas sama ketika era Konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960.

Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari kerajaan selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan, pelawak, Ismail Bontak. S.M Salim turut dianugerahkan pingat Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor dan Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat’ (DPMT) dari Sultan Terengganu. Kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk'. Pada 1991, beliau dianugerahkan 'Tokoh Seni' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 'Anugerah Seri Wirama' di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1997.









Datuk Ahmad Daud DSPN AMN




Datuk M. Daud Kilau DPMP


Datuk Shake DPMJ




Dato' Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh or popularly known as Datuk Shake is a popular Malaysian singer in the local Malay music scene. A Hadrami by descent (Hadramout, Yemen), Sheikh is from Johor, Malaysia but is now based in Beverly Hills, California with his wife and the younger two of their four children. He came from a big family of five brothers and seven sisters, in which he was the third youngest.




Shake spent his teenage years singing at his hometown's nightclub where he performed cover versions of songs by Tom Jones, Stevie Wonder, Elvis Presley and The Beatles. He went toEurope in the mid-1970s and England was his first stop, where he studied with classical vocal coach, John Dolby.In 1976, he was introduced to a French record company, which released his first hit single, You Know I Love You. During this period, his albums actually reached gold and platinum sales status in France. Sheikh was conferred a Datukship in 1979 by the late Sultan Ismail Sultan Ibrahim of Johor.




Datuk Sharifah Aini PJN SMJ


(lihat cerita di bawah tajuk 'Tokoh Tersohor dari Johor 2)




Datuk Siti Nurhaliza DIMP JSM SAP PMP AAP





Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP atau lebih mesra dengan panggilan Siti dilahirkan pada 11 Januari 1979), ialah seorang penyanyi Malaysia yang mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa bermula dari akhir tahun 90an.

Selain dari menerima lebih 100 pelbagai anugerah tempatan, Siti juga menerima beberapa anugerah peringkat antarabangsa seperti The Voice of Asia oleh Alicia Keys di Majlis MTV ASia 2005 di Bangkok kerana kehebatan vokal sopranonya.

Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Dato' Mohamed Khalid Jewa
. Pada 24 Okt 2005, Siti dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya. Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995


Pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman Single pertamanya, 'Jerat Percintaan' dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada. Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artist' in Malaysia. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.









Datuk Sheila Majid DIMP



Dato' Shaheila Abdul Majid atau juga dikenali sebagai "Sheila Majid", merupakan salah seorang penyanyi tempatan yang popular. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 3 Januari 1965. Melangsungkan perkahwinan dengan Hashriz Murshim Hassim atau'Acis', bekas pemain keyboard kumpulan GERSANG pada 3 Jun 2003. Perkahwinan itu adalah yang kedua bagi Sheila. Perkahwinan pertama adalah dengan Roslan Aziz, seorang penerbit album.

Ketinggiannya 1.5 m (4 kaki 11 inci). Dia bersekolah di Methodist Girls Primary School dan Methodist Secondary School, di KL. Sheila mempunyai 2 orang anak daripada perkahwinan pertamanya dengan Roslan, Wan Nur Khaleda dan Megat Abdul Majid. Hasil perkahwinan bersama Acis pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan - Khadeja Zaireen Murshim dan dan Khalefa Laila Murshim.







Datuk Yusni Hamid PJN






Datuk Khatijah binti Ibrahim DIMP









Dato' David Arumugam, Alleycats DIMP


Datuk Jamali Sadat



Datuk Mahmud June (allahyarham)




Datuk Aziz Satar


Datuk Yahya Sulong


Datuk Jamil Sulong



Datuk Jeffridin




Datuk Yusof Haslam PJN AMN



Datuk J Dave (Irwan Shah)



Datuk Ahmad Nawab Khan



Datuk Jalaluddin Hassan DPTJ



Datuk A.Rahman Hassan DIMP



Dato' Ismail Hutson



Datuk Sudirman Hj Arshad DSAP

(25 Mei 54 - 22 Feb 92)



Datuk Rahim Razali