Wednesday, March 3, 2010

ANAK JOHOR YANG TERSOHOR PART 2




ANAK-ANAK JOHOR YANG TERSOHOR
BAHAGIAN 2
====================================================================


TOKOH 16
TAN SRI HJ MUKHYIDDIN bin HJ MOHD YASSIN
(15 Mei 1947)



Tan Sri Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin merupakan TPM ke 10. Beliau juga merupakan MB Johor ke 13 (1982-1995).

Mukhyiddin dilahirkan di Muar, Johor. Mendapat didikan awal di SK Maharani dan SK Ismail serta Muar High School. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke UM dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Beliau memulakan kerjaya sebagai PSU Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya menjadi ADO Muar (1974). Mukhyiddin menceburi bidang korporat antara 1974 - 1978 dan pernah berkerja dengan beberapa syarikat seperti SGS Ates Sdn. Bhd., Sri Saujana Berhad san Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Beliau pertama kali dipilih menjadi Ahli Parlimen mewakili Parlimen Pagoh pada PRU 1978 dan dilantik menjadi SU Parlimen Kementerian Luar dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Dalam PRU 1982 berpindah ke ADUN Bukit Serampang dan dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke 13 sehingga tahun 1995. Dalam PRU 1995 beliau kembali ke Parlimen Paguh dan dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan dan kemudian ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna dalam tahun 1999. Dalam tahun 2004 Mukhyiddin dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Selepas PRU 2004 beliau dilantik pula menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa sehingga dilantik menjadi TPM merangkap Menteri Pelajaran mulai 9 Apr 2009.


Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972 dengan Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman dan dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Mohammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor.Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.



TOKOH 17
DATUK DR HASSAN bin AHMAD
(8 DIS 1936)



Hassan bin Ahmad adalah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pelbagai aspek yang berhubung dengan penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, dan perancangan bahasa dan sastera. Pada satu ketika, beliau merupakan seorang penyelidik bahasa dan sastera yang banyak menulis tentang bahasa dan sastera terutama dalam tahun-tahun 1960-an. Kedudukannya bertambah penting apabila beliau dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah DBP, sebuah institusi yang ditugaskan membina, memoden, dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan pada tahun 1976.

Hassan dilahirkan di Muar pada 8 Disember 1936. Anak bekas pegawai dalam Jabatan Polis, Hassan Ahmad adalah anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Berasal dari Muar, Johor, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948). Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Tinggi Muar hingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada tahun 1955. Beliau diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957). Mulai tahun 1959, Hassan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera.

Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian dalam tahun 1962, tetapi meninggalkan jawatan itu pada tahun 1963 untuk berkhidmat dengan DBP. Beliau mula-mula bertugas sebagai Pegawai penyelidik, dan kemudian mengetuai Bahagian Penyelidikan dari tahun 1965-1968, Dalam tahun 1969, Hassan Ahmad dilantik menjadi Pemangku Pengarah dan Pengarah pada tahun 1971 sehingga tahun 1976 apabila beliau diangkat pula menjadi Ketua Pengarah. Pencapaian ini dilakukan dalam tempoh 13 tahun di DBP.

Dalam usahanya memajukan bahasa dan sastera Melayu, beliau banyak sekali menulis esei tentang bahasa, sastera dan penerbitan, dan telah mengemukakan banyak kertas kerja dalam persidangan-persidangan bahasa dan penerbitan buku pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kerana kepakaran beliau itu, beliau telah beberapa kali dipilih oleh UNESCO sebagai pakar bagi seminar dan mesyuarat tentang perusahaan penerbitan buku di dalam dan luar negeri.

Sewaktu menuntut di Universiti Malaya, beliau pernah menjadi Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya (1960-1961), dan menjadi Presidennya pada tahun 1961-1962. Beliau merupakan seorang pejuang yang gigih dan kerana cinta yang mendalam terhadap kesusasteraan dan bahasa sendiri, Hassan Ahmad sanggup meninggalkan jawatan Penolong Pegawai Daerah yang pada waktu itu dianggap cukup berprestij dan penuh `glamour’ semata-mata untuk menyertai DBP yang menjadi pusat bahasa dan kesusasteraan negara.

Dalam organisasi penulis, Hassan Ahmad pernah menjadi Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1966-1967. Dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Bahasa Malaysia/Indonesia (kini MABBIM) yang bersidang tiap dua kali setahun sejak tahun 1976. Hassan Ahmad menjadi Pengerusi Majlis Bahasa Malaysia dan merupakan salah seorang yang penting dalam usaha untuk menyatukan ejaan dan istilah antara Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam.

Pada tahun 1982, beliau pernah diundang oleh National Book Trust of India mempengerusikan salah satu sesi dalam “Seminar on Book For All at Low Cost” di New Delhi. Kemudian sewaktu Persidangan Editor Asia yang berlangsung pada bulan Januari 1982 di Singapura, Hassan Ahmad telah diundang dan mengemukakan kertas kerjanya bertajuk “Problems and Techniques of Translation and Adaption of Foreign Works into an Indigenous Language”.

Ternyata tumpuan utama Hassan Ahmad bukan sahaja terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta pengurusan dan pemasaran buku, malah juga dalam bidang terjemahan. Setakat ini tiga buah buku tentang organisasi dan pengurusan telah diterjemahkannya, masing-masing berjudul Eksekutif yang Berkesan (1984), Aspek Kemanusiaan dalam Perusahaan (1984), dan Sukarnya Membuat Pilihan (1986).

Di samping itu, dua buku, Syair (1964) dan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan-pertubuhan Khasnya (1966) yang kedua-duanya diterbitkan oleh DBP telah diusahakannya sewaktu bertugas di Bahagian Penyelidikan dan ketika beliau mendapat peluang berkunjung ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada akhir tahun 1965. Pemergiannya ke PBB adalah di bawah rancangan PBB untuk menggalakkan pengajaran dan pelajaran tentang PBB dan Pertubuhan-pertubuhan Khasnya di dalam sistem-sistem pelajaran negara-negara anggotanya. Berdasarkan pengalamannya dan pembacaannya yang luas tentang PBB, maka buku itu telah berjaya ditulisnya.

Atas segala khidmatnya dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera, beliau telah dikurniakan darjah Datuk Setia Ismail Johor oleh Duli Yang Mulia Sultan Johor yang membawa gelaran “Datuk”. Hassan Ahmad juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara, Pengerusi Hadiah Sastera Malaysia, Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Ahli Jemaah Universiti Kebangsaan Malaysia, di samping beberapa jawatan lain dalam pelbagai jawatankuasa bahasa dan kebudayaan.

Setelah bersara dari DBP pada tahun 1988, Datuk Hassan Ahmad telah dilantik menjadi Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO. Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1993, beliau telah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan.


TOKOH 18
JENERAL TAN SRI MOHD GHAZALI bin
DATO MOHD SETH
(1928)




Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali bin Dato’ Mohd Seth PGAT PMN PSM SPMJ SIMP DHMS PNBS JMN PPC jssc psc merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 7 (1981 - 1985). Ghazali dilahirkan di Johor Bahru pada tahun 1930. Beliau merupakan anak kepada salah seorang Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Johor (JSC), almarhum Datuk Mohd Seth. Sebelum menjadi Panglima ATM beliau juga merupakan Panglima Tentera Darat yang ke 7 (1977-1981). Beliau telah menghadiri pelbagai kursus ketenteraan seperti Royal Military College, Sandhurst, Military Command & Staff (Staff College, Latimar, USA). Setelah bersara dari ATM (berkhidmat selama 35 tahun) beliau pernah dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) dan pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) .

Selepas persaraan dari ATM, Ghazali memegang pelbagai jawatan Pengarah syarikat utama seperti Magnum Corporation Berhad, Nestle (Malaysia) Berhad, Mimaland Berhad, ABN Amro Bank Berhad dan Calsberg (Malaysia). Beliau juga aktif dalam organisasi sosial dan profesional seperti Distinguished Fellow dengan Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Amanah Pembinaan Insan, Ahli Lembaga Amanah Neuro Surgical Foundation, Pengarah United World College, Pengerusi 'Retired Armed Forces Officers Club' dan Ahli Lembaga Amanah 'Johore Malay Chamber of Commerce of Malaysia'.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Norziah binti Dato' Sir Onn (adik kepada Tun Hussein Onn). Adik Ghazali (Norashikin) pula adalah isteri kepada almarhum Tun Dr Ismail, bekas Timbalan PM (1970-1973).








TOKOH 19
almarhum
DATUK SERI ALI bin HJ AHMAD
(29 Jun 1930 - 4 Dis 1977)
Dato’ Sri Ali Haji Ahmad, dilahirkan di Kg. Rambah, Pontian 29 Jun 1930. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sek. Keb. Rambah dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Kemudian beliau telah melanjutkan pendidikannya di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Beliau berjaya mendapat tempat di Universiti Malaya yang pada masa itu di Singapura. Beliau menjawat jawatan sebagai Presiden Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung dan Naib Presiden Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

Sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Pontian mulai tahun 1957 hinggalah tahun 1960 kemudian berkhidmat sebagai Ketua Penyelidikan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada tahun 1969, beliau telah dilantik sebagai setiausaha parlimen Kementerian Kewangan di samping menjawat jawatan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun yang sama, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Pada tahun 1976, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertanian Malaysia.

Beliau dianugerah pingat kebesaran iaitu Darjah SPMJ bergelar Dato’ pada bulan April 1973 oleh DYMM Sultan Johor, dan kemudian dikurniakan pula gelaran Dato’ Sri Setia Sultan Ismail.

Tiada insan yang dapat menyangkal kudrat ilahi. Pada 4 Disember 1977, berlaku satu tragedi yang menyayat hati rakyat Malaysia. Tragedi nahas kapal terbang MAS (MH635) di Kg. Tg. Kupang, Johor telah mengorbankan lebih dari 100 jiwa dan di antaranya Dato’ Sri Ali Haji Ahmad.


Lain-lain korban kemalangan pesawat MH635 ialah usahawan jepun Tomio Gotto, Duta Cuba ke Malaysia (Mario Garcia) dan isteri, Ketua Pengarah JKR Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah JKR Tentera Datuk Khalid Mohamad, Timbalan KP Perikanan Abu Bakar Othman Merican, dua orang pegawai bank Dunia, Kapten pesawat G K Ganjoor dan co-pilot Kamarulzaman Jalil.


Perkuburan Korban Tg Kupang di Kebun Teh, JB


antara VVIP yang melawat ke tapak kemalangan
(V.Manickavasagam dan bekas Tunku Mahkota Johor)






TOKOH 20
LIM KIT SIANG

(20 Feb 1941)




Lim Kit Siang di Batu Pahat, Johor pada 20 Feb 1941 merupakan penasihat Parti Tindakan Rakyat (DAP), sebuah parti pembangkang di MalaysiaLim memperolehi ijazah Undang-undang (LLB (Hons) dari Universiti London. Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Anak sulungnya Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang mulai tahun 2008. Lim Kit Siang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkan di Dewan Rakyat. Beliau juga pernah menulis 29 buah buku sejak tahun 1978.

Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat sejak tahun 1969 sehingga sekarang (2010), dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan di Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang kecuali dari tahun 1999 hingga 2004 apabila beliau tewas dengan Chia Kwang Chye dalam Pilihanraya tahun 1999 di Bukit Bendera, P.Pinang.

Lim menjawat sebagai Setiausaha Agong DAP selama 30 tahun sejak tahun 1969 hingga 1999. Kemudian memegang kerusi Pengerusi DAP kedua (ambil alih dari Dr Chen Man Hin) mulai tahun 1999. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock (sehingga diambil alih oleh Lim Guan Eng pada tahun 2004. Pada tahun 2004 beliau digantikan oleh Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP. Selanjutnya, Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik".

Lim merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi OPS LALANG pada tahun 1987 kerana dituduh membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau dipenjarakan dibawah ISA.





TOKOH 21
DATO' CHIN HON NGIAN




Dato' Chin Hon Ngian adalah seorang ahli politik dari Parti MCA. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Renggam dan pernah dilantik menjadi Menteri Kabinet Malaysia dalam tahun 80an.



TOKOH 22
ALMARHUM DATUK DR USMAN AWANG
(TONGKAT WARRANT)
(12 JUL 1929- 29 NOV 2001)


Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’ Usman Awang.

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.
Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura.



Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.



TOKOH 23

TAN SRI DATO DR UNGKU ZETI AKHTAR AZIZ

(27 OGOS 1947)



.

Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan di Johor Bahru pada 27 Ogos 1947 dan merupakan anak tunggal kepada Profesor Dirajal Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa diMalaysia malah Asia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958. Pada tahun 1970 beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada tahun 1978
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1970m hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 Sep 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ke dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004. Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.



TOKOH 24
DATO SERI S.SAMMY VELU
(8 MAC 1936)




Dato’ Seri Samy Vellu a/l Sangalimuthu was born in Kluang on 8 March 1936. He is the longest serving President of the Malaysian Indian Congress (MIC), a component party of the Barisan Nasional coalition. He has held the position since 1979, for 11 consecutive terms. He was the Works Minister and the longest serving minister in the Cabinet of Malaysia (29 years) until his defeat in the 12th General Election.

He was first appointed to the Malaysian cabinet in 1979, as the Government and Housing Minister. He then went on to serve until 1989, as the Works Minister. From 1989 to 1995, he became Malaysia's Minister for Energy, Telecommunication and Post. In 1995, he returned to the Works Ministry, where he remained until he lost his parliamentary seat to Dr. D. Michael Jeyakumar in the march 2008 General Election.

Samy Vellu is married to Datin Seri Indrani , who is also active in socio-political and various Non-Governmental Organisations. Samy Vellu has one son, Vell Paari, 45, who currently manages MAIKA Holdings and is advisor of Putera and Pemuda Malaysian Indian Congress.He is also has been appointed as Chairman of Unity and Community Development of Malaysian Indian Congress by its Central Working Committee. His daughter-in-law, Shaila Nair, 33, is also active in Puteri MIC, a special wing of Malaysian Indian Congress dedicated to Indian Women of Malaysia who are below 35 years old. He is a Chartered Architect and a Member of the Royal Institute of British Architects (ARIBA) and Member of Malaysian Institute of Architect(APAM).



TOKOH 25
DATUK SERI MOHD SHAHRIR ABD SAMAD
(22 NOV 1949)






TOKOH 26

DATO SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

(5 OGOS 1961)





dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussein dilahirkan pada 5 Ogos 1961 di Johor Bahru. Beliau adalah anak kepada Perdana menteri Malaysia ke 3 (dan Presiden UMNO ke 4), almarhum Tun Hussein Onn dan cucu kepada almarhum Dato' Sir Onn bin Dato Jaafar, Presiden UMNO pertama dan Menteri Besar Johor ke 7 dan cucu kepada almarhum Dato' Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.

Hishamuddin juga adalah sepupu kepada Dato Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri ke 6) kerana ibu beliau (Tun Suhaila) merupakan kakak kepada ibu Najib (Tun Hajjah Rahah).

Sepupu atau dua pupu Hishamuddin yang lain, yang saya dapat jejak melalui bacaan saya ialah, Prof Diraja Ungku Aziz, Prof Syed Naguib Al-Attas dan Prof Syed Hussein Al Attas.

Darah pahlawan dan nasionalisma kuat mengalir dalam tubuh beliau. Hishamuddin kini adalah Menteri Dalam Negeri sejak April 2009. Sebelum ini beliau adalah Menteri Pelajaran (2003-2009) dan Menteri Belia dan Sukan (1999-2004). Belaiu pernah menjadi Naib Ketua dan Ketua pemuda UMNO Malaysia. Jawatan dalam parti kini ialah Naib Presiden UMNO yang dimenangi dalam pemilihan 2009.

Hishamuddin mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan St John's Institution, KL sebelum berpindah ke Alice Smith School, KL dan Cheltenhem College, UK. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-undang di University of Wales, Aberyswyth dan mendapat LLB dalam tahun 1984. Kemudian mengambil ijazah Sarjana (LLM) di London School of Economics.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau berkhidmat sebagai peguam di firma Skrine & Co dan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill Co.

Kerjaya dalam politik bermula apabila beliau dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Tenggara (Johor) dalam PRU 1995 dan kemudian berpindah ke kawasan parlimen Semberong dalam PRU 1999 dan mengekalkannya dalam PRU 2004 dan 2008.

Beliau berkahwin dengan Tengku Marshilla binti Tengku Abdullah (anak saudara KDYMM Sultan Pahang sekarang).

TOKOH 26
DATO SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
(30 NOV 1958)





Khaled dilahirkan di Muar pada 30 Nov 1958
Sekolah Keb Ledang dan Maktab Sultan Abu Bakar, JB . Ijazah Undang-undang dari Universiti Malaya (1982)

PETRONAS (1983)
Setiausaha Politik kepada Datuk Shahrir Samad (1983-1987)
Ahli Parlimen Johor Bahru (1999)- Timbalan Menteri Kerjaraya (1999-2004)
Ahli Parlimen Pasir Gudang (2004 hingga sekarang)- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004-2008) dan Menteri Pengajian Tinggi sejak April 2009.

Berkahwin dengan Datin Rosni binti Omar (1986)


TOKOH 27
DATUK SHARIFAH AINI SYED JAAFAR
(2 JULAI 1953)

Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar adalah seorang penyanyi tersohor yang dikenali sebagai Biduanita Negara di Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970an sebelum kehadiran Sudirman Hj Arshad (Datuk) dan Siti Nuhaliza (Datuk).


Sharifah Aini binti Syed Jaafar dilahirkan di Johor Bahru pada 2 julai 1953 dan dibesarkan di Kampung Majidee. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci alQuran dan pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sharifah telah bersekolah menengah di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru. Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia dan juga Singapura.



Sharifah telah menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, bahkan seluruh Asia Tenggara, Jepun, China, Hong Kong dan Korea. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Ahmad Nawab (Datuk).

Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur.
Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat.

Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert
Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran Permata Negara
oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.




Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di dalam negara, ia juga dijual di beberapa negara di Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita Malaysia, The Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia.

Di Malaysia, Sharifah merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysia Book Of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa. Sharifah Aini merupakan salah seorang yang tergolong dalam golongan Hartawan dan Jutawan. Hingga kini, beliau sudah mempunyai aset yang bernilai jutaan ringgit. Ia merupakan hasil titik peluh beliau sepanjang 30 tahun bergelar artis.


Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).


Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Saloma (Puan Sri)
memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.


Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat
. Sharifah telah berrcerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.





TOKOH 28
DATO' SERI CHUA JUI MENG
(22 OKT 1943)





Dato' Chua Jui Meng ( lahir 22 Oktober 1943) merupakan bekas Naib Presiden MCA dan juga bekas Menteri Kesihatan. Chua boleh berbahasa Jawa kerana lahir dan membesar dalam masyarakat Jawa di Tanjung Karang.

Chua adalah bekas Menteri Kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 1986.

Chua bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewas kepada Datuk Seri Ong Ka Ting 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Kiat pada 2008.

Kecewa dengan kegagalan dan masuk PKR 2009.


TOKOH 29
DATO' SERI CHUA SOI LEK
(2 JAN 1947)




Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dilahirkan pada 2 Jan 1947 di Batu Pahat juga dikenali sebagai Chua Kin Seng, merupakan bekas ahli politik dari parti MCA. Dr. Chua telah melepaskan semua jawatan politik beliau pada 1 Januari 2008 akibat kontroversi peribadi. Bagaimanapun, pada 18 Oktober 2008, beliau kembali ke persada politik apabila memenangi pemilihan menjadi Timbalan Presiden MCA.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, kemudian Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar. Beliau telah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan (MSSB) di Universiti Malaya pada tahun 1968-1973.

Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat mulai tahun 1974. Pada tahun 1977 beliau meninggalkan tugasnya di hospital tersebut dan berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik swasta.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi DUN Penggaram pada PRU 1986. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga tahun 2004.

Sepanjang kariernya sebagai ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1995), Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Johor (1999-2004).

Chua kemudiannya bertanding untuk pertama kali diperingkat Parlimen bagi kerusi Labis, yang dikosongkan oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Shik pada pilihan raya 2004.

Datuk Dr. Chua Soi Lek dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baru selepas kemenangannya di Parlimen Labis itu.

YB. Datuk juga pernah menjawat sebagai salah seorang Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Y.B. Datuk merupakan Komander St. John Ambulance Johor dan Timbalan Pengerusi Lembaga Taman Endau-Rompin. Beliau turut menjadi Presiden Johor State Japanese Encphelitis.

Selepas skandal video lucah yang berlaku pada akhir Disember 2007, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan juga Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Namun selepas itu beliau masih muncul pada media massa kerana meneruskan kegiatan politiknya.
Dalam pemilihan MCA (AGM) tahun 2008, walaupun tanpa jawatan Kerajaan, Chua masih ammpu memenangi jawatan Timbalan Presiden, mengalahkan abang Ong Ka Ting, iaitu Dato Seri Ong Ka Chuan.

Krisis MCA berlarutan. Chua meletak jawatan Timbalan Presiden MCA bagi membolehkan EGM dilaksanakan.

Menang jawatan Presiden MCA pada 29 Mac 2010 dalam EGM dengan mengalahkan bekas Presiden Dato Seri Ong Ka Ting dan Presiden yang mempertahankan jawatan, Dato Seri Ong Tee Kiat.

Y.B. Datuk Chuatelah mendirikan rumahtangga dengan Datin Wong Sek Hinsejak kira-kira 30 tahun lalu dan melahirkan tiga orang anak. Salah seorang anaknya, Chua teeYong menggantikan beliau sebagai Ahli Parlimen Labis dalam pilihanraya Umum 2008.


TOKOH 30
DATO ABDUL GHANI BIN OTHMAN
(14 Nov 1946)

Abdul Ghani Othman


Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Serkolah Tinggi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Australian University dan ijazah Sarjana dari University of Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1982).

Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator dari 1984 hingga 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang dalam pilihanraya umum tahun 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr Jamilah Arifin dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) diikuti dengan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Baginda Sultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994
.


TOKOH 31
DATO SERI AZALINA binti DATO' OTHMAN SAID
(31 DIS 1963)

Dato' Sri Azalina Othman Said adalah Ahli Parlimen Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Pelancongan (1999-2004) dan Menteri Belia dan Sukan (2004-2008).

Datuk Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 13 Dis 1963. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LLB) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science dan menerima Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) pada tahun 1990.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di NTV 7.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan ke-12, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004.

Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan 'Sisters in Islam'.

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women Organizations (NCWO).

Beliau pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Selain itu, beliau juga pernah menjadi hos rancangan-rancangan televisyen yang membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosial seperti rancangan Dateline Malaysia dan Lidah Pengarang.