'AMPUN TUANKU'
'DAULAT TUANKU'
Sekarang,marilah, kita mengetahui serba sedikit maklumat mengenai Negeri Kelantan Darul Naim.
Dari penemuanku dalam internet, Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam" (agaknya..gelamutan, kelamutan, lama-lama jadi kelantan), iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman sejarah Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, Raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke 15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan penaklukan oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan menjadi anak buah Kerajaan Patani. Kira-kira tahun 1760, seorang ketua kecil Kubang Labu di Kelantan berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai Sultan Kelantan yang pertama. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negera ufti Siam yang berasingan. Pada 1820an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke 19.
Di bawah syarat Anglo-Thai Treaty 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain. Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah nasihat Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Tanah Melayu yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan memulih kepada pemerintahan Inggeris.
- Maharaja Suran (Raja Jawaka) (1233 -1253) - sebelum kedatangan islam
- Raja Sakranta@ Raja Zainudin anak Raja Tilam anak Maharaja Suran (1253 - 1267) - sebelum kedatangan islam
- Paduka Sri Sang Tawal anak Raja Sakranta (1267 – 1339) - sebelum kedatangan islam
- Raja Bharabusa anak Sang Tawal. Memeluk islam dan bergelar Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Riayat Saadatus Salam (1339 – 1362)
- Sultan Baki Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Jiddah Riayat Saadatus Salam (1362 – 1418)
- Sultan Sadik Muhammad Maulana Shah ibni almarhum Sultan Baki Shah (1418 – 1429)
- Sultan Iskandar Shah ibni almarhum Sultan Sadik Muhammad (1429 – 1467)
- Sultan Mansur Shah ibni almarhum Sultan Iskandar Shah (1467 – 1521)
- Sultan Sri Gombak ibni almarhum Sultan Mansur Shah (1521 - 1526)
- Sultan Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Sri Gombak (1526 – 1547)
- Sultan Mansur ibni almarhum Raja Ahmad (1547 – 1561)
- Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Mansor Shah (1561 – 1565)
- Raja Omar ibni almarhum Raja Ahmad (1565 – 1570)
- Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Mansor Shah (1570 – 1579)
- Sultan Adiluddin bin Nik Jamaluddin (1579 – 1597)
- Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim (1597 – 1602)
- Sultan Adiluddin bin Nik Jamaluddin (1602 – 1605)
- Sultan Samiruddin bin Nik Jamaluddin (1605 – 1616)
- Sultan Abdul Kadir ibni almarhum Sultan Samiruddin (1616 – 1632)
- Raja Sakti ibni almarhum Sultan Abdul Kadir (1632 – 1649)
- Raja Loyor ibni almarhum Raja Sakti (1649 – 1663)
- Tuan Puteri Saadong binti almarhum Raja Loyor (1663 – 1667)
- Sultan Abdullah ibni almarhum Sultan Samiruddin (1667 – 1671)
- Sultan Abdul Rahim ibni almarhum Sultan Samiruddin (1671- 1675)
- Sultan Omar ibni almarhum Raja Sakti (1675 -1721)
- Sultan Long Bahar ibni Raja Daim (1721 – 1733)
- Sultan Long Sulaiman ibni almarhum Sultan Long Bahar (1733 – 1739)
- TIADA REKOD (1739 – 1746)
- Sultan Long Sulaiman ibni almarhum Sultan Long Bahar (1746 – 1756)
- Sultan Long Pandak ibni Tun Sulong (1756 – 1758)
- Sultan Long Muhammad ibni almarhum Sultan Long Pandak (1758 – 1763)
- Raja Tuan Besar (1763 – 1766)
- Sultan Long Yunus ibni almarhum ibni almarhum Sultan Long Sulaiman (1766 – 1794)
- Tengku Muhammad bin Tengku Mansur (wakil Sultan Terengganu) (1794 – 1800)
- Sultan Muhammad I ibni almarhum Sultan Long Yunus (1800 – 1835) -mengisytiharkan diri sebagai Sultan Kelantan yang pertama.
- Long Jinal -Regent(1835 – 1837)
- Sultan Muhammad II ibni al-Marhum Temenggong Tengku Long Tan (1837 – 1886)
- Sultan Ahmad ibni al-Marhum Sultan Muhammad (1886- 27-02-1890)
- Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad (27-02-1890 - 00-05-1891)
- Long Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (Pemangku) (00-05-1891 – 1891)
- Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (1891 - 26-07-1898)
- Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad (26-07-1898 - 10-03-1900)
- Raja Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad (10-03-1900 - 22-06-1911)
- Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad (22-06-1911 - 20-12-1920)
- Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV (20-12-1920 - 20-08-1943)
- Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV(08-09-1945- 09-07-1960)
- Tuanku Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (09-07-1960 -29-03-1979)
- Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra (Pemangku Raja)-Sultan menjadi YDPA IX. (21-09-1975 - 29-03-1979)
- Tuanku Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra (29-03-1979 - 24-05-2009)
- Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra (Pemangku Raja)- (24-05-2009 - 11-09-2010). Memangku kerana Sultan gering.
- Sultan Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra (12-09-2010 – kini). dimasyhurkan sebagai Sultan kelantan dibawah Artikel 23A Perlembagaan Negeri, apabila baginda Sultan Ismail Petra gering dan tidak berupaya memerintah Negeri dengan berkesan secara berpanjangan.
SENARAI NAMA MENTERI BESAR KELANTAN
- Tuan Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid (1886 - 1890)
- Encik Saidbin Ngah (1890 - 1894)
- Tuan Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid (1894 - 1900)
- Encik Hassan bin Mohamed Salleh (1900 - 1920)
- Tuan Nik Mahmud bin Ismail (1921 - 1944)
- Tuan Nik Ahmed Kamil bin Nik Mahmud (1944 - 1953) - Tan Sri (pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat)
- Encik Mohamed Hamzah bin Zainal Abidin (1953 - 1959)
- YAB Dato' Haji Ishak Lutfi bin Omar (1959 - 1964) - PAS
- YAB Dato' Haji Mohammad Asri bin Haji Muda (1964 - 1974) - PAS (kemudian menerima gelaran Tan Sri)- semasa kerajaan campuran BN-PAS (1974-1977), pernah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Malaysia.
- YAB Dato' Haji Mohammad bin Nasir (1974 - Nov 1977) - BERJASA (pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
- Pemerintahan MAGERAN (di antara Nov 1977 - Feb 1978 Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan Darurat di Kelantan)- Y.Bhg Tan Sri Hashim bin Aman telah dilantik menjadi Pengerusi MAGERAN.
- YAB Tan Sri Mohamed bin Yaacob (Mac 1978 - 22 Okt 1990) - UMNO (sebelum menjadi MB pernah menjadi Menteri Sains Teknologi & Alam Sekitar dan Menteri Pelajaran)
- YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (22 Okt 1990 hingga sekarang) - PAS
NAMA JAJAHAN DI NEGERI KELANTAN
Tidak seperti negeri-negeri lain, pentadbiran negeri Kelantan tidak dibahagikan kepada Daerah tetapi dikenali sebagai Jajahan. Ketua Jajahan (setaraf dengan Pegawai Daerah) merupakan pegawai dari Perkhidmatan Awam Negeri. Jajahan-jajahan di Kelantan ialah:
- Kota Bharu (pejabat daerah di Kota Bharu)
- Tumpat (Tumpat)
- Bachok (Bachok)
- Machang (Machang)
- Tanah Merah (Tanah Merah)
- Pasir Mas (Pasir Mas)
- Pasir Putih (Pasir Putih)
- Kuala Kerai (Kuala Kerai)
- Ulu Kelantan (Gua Musang)
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Majlis Bandaraya. Belum ada bandar yang telah layak menerima taraf sebagai Bandaraya.
Majlis Perbandaran. Hanya bandar Kota Bharu yang mencapai taraf Majlis Perbandaran dan dikenali sebagai 'Kota Bharu Bandaraya Islam'.
Lapangan Terbang. Terdapat sebuah lapangan terbang bertaraf domestik iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.
Kem Tentera. Di Kelantan terdapat banyak kem Tentera Darat dan sebuah pangkalan TUDM.
- Kem Pengkalan Chepa.
- Kem Desa Pahlawan.
- Kem Batu Melintang.
- Kem Batu 11.
- Pangkalan Udara Gong Kedak.
Pusat Pengajian Tinggi. Terdapat tiga buah kampus Universiti dan sebuah Politeknik di Kelantan.
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - kampus tetap di Jeli masih dalam pembinaan.
- Universiti Teknologi MARA (Kampus Kelantan) di Kota Bharu.
- Universiti Sains Malaysia (Kampus Sains Perubatan) di Kubang Kerian.
- Politeknik Kota Bharu
Wilayah Pembangunan. Terdapat 3 rancangan pembangunan wilayah di Kelantan atau melibatkan Negeri Kelantan:
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
- East Corridor Economic Region (ECER)
0 comments:
Post a Comment