Monday, January 25, 2010

ANAK JOHOR YANG TERSOHOR PART 1





ANAK-ANAK JOHOR YANG TERSOHOR
BAHAGIAN 1

Sejak di bangku sekolah lagi, aku amat meminati sejarah dan juga politik. Sehingga sekarang aku masih gemar membaca buku-buku biografi dan memoir pemimpin-pemimpin negara.

Aku bukan sahaja menyanjung jasa-jasa mereka kepada negara, malah turut mengkagumi sebahagian dari mereka yang meningkat melalui jalan yang sukar sebelum menjadi pemimpin atau tokoh dalambidang masing-masing.

Masa aku sekolah dahulu tidakbanyak ketokohan pemimpin negara yang diketengahkan. Tiada nama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail atau oun Temenggung Jugah dalam sejarah negara. Kita belajar tentang siapa itu Abraham Lincoln, George washington, Winston Churchill, Thomas Edison, Louis Pasteur, Mahatma Ghandi, Asoka, Aurangzeb, Chulalungkorn, Mao Tze Tung, Maharaja Meiji, Chiang Kai-shek dan sebagainya.


Johor merupakan salah satu negeri yang melahirkan banyak pemimpin di peringkat kebangsaan. Dalam blog ini, aku mengajak warga JOHOR DARUL TAAZIM untuk mengenang kembali dan mengenali tokoh-tokoh dari Johor yang telah menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (dalam bidang dan kepakaran masing-masing) yang semakin dilupakan oleh sejarah.

Untuk mereka yang beragama islam dan telah meninggal dunia, marilah kita hadiahkan al Fatihah kepada mereka. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran ke atas segala pengorbanan mereka kepada nusa dan bangsa. Diatas apa jua kesilapan mereka, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa mereka.


TOKOH 1



almarhum
DATO SIR ONN BIN JAAFAR

(12-2-1895 - 19 Jan 1962)

Mula-mula sekali, marilah kita kenali Tokoh yang lantang menentang Malayan Union serta menyelamatkan Raja-raja Melayu dari kehilangan takhta seterusnya menubuhkan UMNO yang menjadi tulang belakang pemerintahan Negara hingga ke tarikh ini. Walaupun beliau dibesarkan di dalam istana, namun jiwanya adalah jiwa rakyat.

Almarhum Dato' Sir Onn bin Dato'Jaafar mengasaskan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Beliau juga merupakan Yang Di Pertua UMNO yang pertama. Dato' Sir Onn dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Feb 1895. Ayahnya, Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Dua orang abangnya, Almarhum Dato Abdullah dan Almarhum Dato Mustapha juga adalah Menteri Besar Johor yang ke3 dan ke4. Semasa kecil beliau dipelihara oleh almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Johor) dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan di England.

Setelah tamat pengajian di England pada tahun 1930, Onn bekerja sebagai wartawan setahun kemudian menjadi pengarang akhbar Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun (1942-1945) Dato Onn dilantik menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.


Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Semasa menjadi DO Batu Pahat inilah beliau menghalang orang Melayu Batu Pahat yang diketuai oleh Kiayai Salleh untuk menghapuskan China Batu Pahat yang rata-rata menyokong Bintang Tiga (Parti Komunis). Mereka (China BP) ni telah banyak 'menangkap dan menyembelih' orang-orang Melayu sesuka hati mereka. Antara orang yang mati dibunuh oleh Bintang Tiga ini ialah DATUKku sendiri, almarhum Haji Mustapha bin Pajoyo.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946 bersama 41 buah persatuan Melayu, beliau menghadiri
Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk untuk menentang Malayan Union yang dilihat sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946 dan Dato Onn telah dilantik sebagai presiden pertama.


Pada 1 Okt 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor tetapi meletak jawatan 3 tahun kemudian untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu dan mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan serta memberi hak istimewa Melayu.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951, malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954 beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Beliau berjaya memenangi kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam PRU 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein dan antara anak beliau ialah Hussein Onn dan Lt Jen Jaafar Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 jan 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
AL FATIHAH.


TOKOH 2




almarhum
TUN DR ISMAIL BIN ABD RAHMAN

(4 Nov 1915 - 2 Ogos 1973)

Almarhum Tun Dr Ismail bin Dato Abd Rahman merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua apabila Tun Razak menjadi Perdana Menteri menggantikan Tunku Abd Rahman Putra Alhaj pada tahun 1970. Almarhum merupakan tokoh yang menjadi IDOLAku semenjak aku di bangku sekolah lagi.

Almarhum Tun Dr. Ismail dilahirkan di Parit Bakar,Muar pada 4 Nov 1915 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di English college (kini maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke King Edward Medical College, Singapura. Pada tahun 1943, beliau melanjutkan pengajian ke dalam bidang perubatan di Universiti Melbourne Australia. Beliau memperolehi Ijazah doktor perubatan tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah doktor perubatan dari universiti Melbourne.

Almarhum terdorong menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO dan diganti oleh Tunku. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1951.

Almarhum Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat pada tahun 1957 dan juga diberikan tauliah menjadi Duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kedua-dua jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959. Merupakan individu pertama dibenarkan membawa senjata ke dalam dewan perhimpunan PBB atas dasar memakai pakaian rasmi,baju Melayu bertanjak dan berkeris.

Almarhum dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 Sep 1960 hingga Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang dikosongkannya diisi oleh Tun Abdul Razak. Selepas peristiwa13 Mei 1969, beliau kembali ke dalam kabinet dan dilantik sekali lagi menjadi Menteri Dalam Negeri , Menteri Perdagangan dan Perusahaan seterusnya Timbalan Perdana Menteri sehingga meninggal dunia pada 2 Ogos 1973.



Jasa paling besar Almarhum adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents."



Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr Ismail meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ. Tun Dr Ismail telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Norashikin binti Mohd Seth pada tahun 1950 dan dikurniakan 6 orang anak; Mohd Tawfik, Zailah, Badriah, Zamaqshari, Mohd Tarmizi dan Mohd Ariff.

Setelah 33 tahun Tun meninggalkan dunia ini, pada 2 Julai 2010, Toh Puan Norashikin pula menurutinya pulang ke rahmatullah.


SEMOGA ALLAH RAHMATI RUH ALMARHUM DAN ALMARHUMAH


TOKOH 3



almarhum
TUN HUSSEIN ONN

(12-02-1922 - 29-05-1990)

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan PM Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".



Hussein dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1922. Pada tahun 1941 memasuki Indian Military Academy, Dehra Dun dan menyertai tentera India pada tahun 1942 dan turut terlibat dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Pada tahun 1945, ketika berusia 23 tahun Hussein yang berpangkat Kapten pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru. Pada tahun 1946 menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan Hussein dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO. Pada tahun 1950 beliau dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.Pada tahun 1951 keluar dari UMNO mengikut ayahandanya dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.








Hussein melanjutkan pengajian ke London dan mendapat ijazah undang-undang (Barrister of Law) dari Lincoln's Inn, London pada tahun 1958. Menyertai semula UMNO pada tahun 1964 dan menang pilihanraya kawasan JB Timur pada tahun 1969, menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya pada tahun 1970 telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Beliau menang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1972 dan berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail pada 2 Ogos1973 Hussein dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 8 Ogos 1973 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan turut memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.


Pada tahun 4 Jan 1976, berikutan dengan kematian Tun Abd Razak bin Hussein (PM kedua), Hussein telah dimasyhurkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari 1976. Pada tahun 1978 beliau menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding. Pada bulan Julai 1981 atas sebab kesihatan, Hussein telah meletak jawatan Perdana Menteri dan digantikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Tempoh almarhum mula dilantik menjadi Menteri sehingga mencapai jawatan Perdana Menteri, hanya mengambil masa 5 tahun sahaja.



Pada 29 Mei 1990, Hussein Onn telah pulang ke Rahmatullah di sebuah hospital pakar di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.



Beliau meninggalkan Toh Puan Suhaila binti Mohammad Noh serta 6 orang anak iaitu Suraya Hani, Roquaiyah Hanim, Surya Hanis, Hishamuddin (mewarisi ketokohan almarhum, kini adalah salah seorang Menteri Kabinet) dan Harith.



TOKOH 4




TUN MUSA HITAM
(lahir:18 April 1934)

Tun Musa bin Hitam adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 (1981-1986) di bawah kabinet Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Musa dilahirkan di Segamat Johor pada 18 April 1934. Mendapat didikan di English College, JB (kini "Maktab Sultan Abu Bakar"), dan kemudian melanjutkan pengajian ke UM dan memperoleh ijazah Sarjana Muda. Beliau kemudian mengambil Sarjana dalam bidang 'International Relations' di University of Sussex, UK. Selain daripada menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk Doktor Kehormat dari Universiti Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa beberapa kali. Ini termasuklah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel, Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk Pilihanraya umum Malawi serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel keiji dan Gambia. Nigeria, Pakistan, Fiji dan Gambia.

Musa pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Sardon Jubir. Beliau mula menjadi Ahli Parlimen dalam usia 35 tahun dan dilantik menjadi Menteri Muda di Jabatan Perdana Menteri oleh Tunku Abd Rahman untuk suatu tempoh yang singkat kerana dipecat. Musa kemudian dipecat daripada UMNO akibat tidak mempersetujui gaya pengurusan Tunku, Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di UK dan sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula menyertai UMNO oleh Tun Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen untuk Parti Perikatan dan dipilih sebagai ahli Ahli MT UMNO. Beliau juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1978 dan Timbalan Presiden pada tahun 1981 seterusnya dilantik menjadi Timbalan PM.



Sebelum menjawat TPM merangkap Menteri Dalam negeri beliau pernah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pelajaran (1978-1981).Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Pada 1987, beliau tewas ditangan Ghaffar Baba (Tun) untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO.


Antara tahun 1990 dan 1991, Musa dilantik sebagai Utusan Khas Malaysia untuk Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (UNO) dan sejak 1995, beliau merupakan Utusan Khas Perdana Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel PBB (CMAG). Beliau juga mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (UNCHR) dari 1993 sehingga 1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995. Musa dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dari 1999 hingga 2002.



Musa berkahwin dengan Ines Maria Reyna pada tahun 1959 (kemudian dikenali sebagai Datin Maria) seorang wanita keturunan Spanish Peruvian dan dikurniakan 3 orang anak, Mariana, Carlos Rashid dan Rozana. Setelah berpisah dengan Maria, Musa berkahwin pula dengan Zulikha Sheardin (Toh Puan) pada tahun 1986 dan dikurniakan seorang anak bernama Hanif.


TOKOH 5


JENERAL TUN IBRAHIM ISMAIL SSM PMN SPMJ JMN MBE fdc psc
(19 Okt 1922)


IbrahimIsmail.gif


Jeneral (Bersara) Tun Ibrahim bin Ismail adalah Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT) atau PAT Malaysia yang ketiga (1971-1977). Perlantikan beliau unik kerana beliau asalnya pegawai kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor (JMF). Tidak kurang uniknya, beliau satu-satunya bekas Panglima Angkatan Tentera yang menerima gelaran 'Tun'.

Ibrahim dilahirkan di Johor Bahru pada 19 Okt 1922. Ayahnya Dato Ismail bin Abu Bakar merupakan seorang Pegawai Kanan Kerajaan Johor yang bersara sebagai Bendahari Negeri dan juga pegawai dalam Johore Volunteer Force. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Ayer Molek dan Sek Inggeris Ngee Heng serta Sek Inggeris Bukit Zaharah sebelum ke English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar). Beliau ingin menyertai
Askar Melayu tetapi tidak layak kerana masa itu, Johor bukan salah satu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Negeri-negeri Selat. Lalu, beliau menyertai Johor Military Force pada April 1941. Beliau dihantar mengikuti latihan kedet di Indian Military Academy IMA), Dehra Dun bersama dua lagi anggota JMF, iaitu Hussein Onn dan Ungku Ahmad Ungku Abd Rahman.



Ketika Perang Dunia II berlarutan di Eropah, Inggeris berpendapat pasukan Tentera British India perlulah diperbesar dengan segera. Beliau dan rakan-rakan sepasukannya menamatkan latihan pada Februari 1942 ketika kemuncak penyerangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Beliau kemudiannya menerima tauliah sebagai Lt Muda dalam Rejimen Hyderabad dari King George VI. Semasa di India, beliau telah berkenalan dengan Mej Tengku Mahmood Mahyiddeen, tokoh penting yang terlibat dalam Force 136. Dengan pertemuan inilah beliau menawarkan diri menyertai pasukan yang menyusup ke Tanah Melayu untuk menentang Jepun. Beliau juga berkesempatan berkenalan dengan Claude Fenner, yang kemudiannya menjadi KPN Malaysia pertama.

Beliau mengetuai pasukan kecil anak-anak Melayu di perantauan telah melakukan cubaan menyusup beberapa kali sehingga akhirnya tertangkap dan dijadikan tawanan perang oleh Kempeitai, polis tentera Jepun. Beliau ketika itu hanya berpangkat Lt beliau telah berjaya memperdaya pihak Jepun dengan berpura-pura berpaling tadah. Tindakan bijak beliau dan pasukannya bukan sahaja beberapa kali menyelamatkan nyawa mereka tetapi dapat mengelirukan perisikan Jepun yang mereka bekalkan dengan maklumat-maklumat palsu. Untuk perkhidmatan beliau, Raja George VI telah mengurniakan pingat Member of the Order of the British Empire, MBE.

Selepas perang tamat, beliau berkhidmat dengan JVF seketika. Bagi melanjutkan kerjaya tentera, sepatutnya beliau menyambung untuk menyertai Rejimen Askar Melayu, tetapi beliau kecewa kerana layanan yang tidak setaraf diterima oleh pegawai-pegawai Melayu berbanding pegawai-pegawai Inggeris. Sekitar tahun 1949, beliau masih bekhidmat dengan tentera Johor bersama-sama (Tun) Hussein Onn melatih unit-unit polis di Johor bagi menghadapi ancaman komunis ketika Darurat. Hanya pada Jun 1951, beliau menyertai Askar Melayu setelah pegawai-pegawai Melayu diterima setaraf dengan pegawai Inggeris. Tun Ibrahim mengikuti kursus di Staff College, Camberly dan Imperial Defence College, UK.

Ibrahim ialah salah seorang dari tiga anak Melayu pertama yang menjadi Pegawai Memerintah (CO) batalion. Pada April 1958 Lt Kol Hamid Bidin sebagai CO Batalion Pertama, manakal Lt Kol Tunku Osman Jewa memerintah Batalion Kedua, manakala Ibrahim memimpin Batalion Keenam RAMD. Pada Februari 1962, beliau dinaikkan ke pangkat Brigadier dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran Tentera Darat.


Pada tahun berikutnya beliau menjadi Pegawai Memerintah (kini Panglima, berikutan perubahan Brigedier kepada Brigedier Jeneral) Briged Kelima Infantri yang beroperasi di Sabah ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Pada awal tahun 1965 pula beliau mengetuai Briged Pertama. Tidak sampai beberapa bulan selepas itu beliau mengambil alih pula pemerintahan Briged Keempat di Singapura. Pada Julai 1966, beliau dilantik menjadi Panglima Divisyen Infantri Pertama (1 Div) dan dinaikkan pangkat Mej Jen. Ini ialah divisyen pertama yang ditubuhkan dan beliaulah panglima pertamanya. Dua tahun kemudian, Tun Ibrahim dinaikkan pangkat sekali lagi kepada Lt Jen ketika memegang jawatan sebagai Panglima Divisyen Infantri Kedua.


Semasa Tragedi 13 Mei 1969, Tun Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Pengerusi MAGERAN iaitu Tun Razak. Pada penghujung tahun 1969, beliau telah dinaikkan pangkat Jeneral penuh. Ketika ini juga adalah kali pertama Tentera Darat mempunyai dua orang Jeneral penuh, beliau dan Gen Tan Sri Hamid Bidin yang baru dilantik Ketua Turus Angkatan Tentera. Beliau akhirnya menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bidin sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera pada 1 Julai 1970. Tun Ibrahim merupakan PAT yang tidak pernah memegang jawatan PTD seperti tradisi sebelum walaupun selepas itu.


Sepanjang menjadi panglima tertinggi ATM, beliau banyak mengaturkan kerjasama dengan negara-negara jiran bagi membanteras ancaman komunis rentas sempadan. Dan tidak kurang dari tiga kali juga beliau menjadi sasaran serangan pihak komunis disebabkan keberkesanan strategi beliau. Pada 30 November 1977, Tun Ibrahim menamatkan perkhidmatan beliau setelah 36 tahun di dalam tentera. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun sebagai Panglima Angkatan Tentera, tempoh yang paling lama dipegang oleh mana-mana pegawai tinggi ATM. Beliau telah menulis dua buah buku yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman beliau. Buku pertama, Sudahkah Kamu Bertemu Mariam diterbitkan pada tahun 1984 menceritakan pengalaman beliau ketika Perang Dunia Kedua. Buku kedua beliau, Ibrahim, Pahlawan Melayupula mengandungi seluruh kisah kerjaya beliau ketika era menjelang Kemerdekaan Malaya hinggalah beliau bersara.


Beliau kini masih lagi aktif dalam berbagai kegiatan masyarakat dan sering dilihat menghadiri majlis-majlis Angkatan Tentera. Perkahwinan beliau dengan Toh Puan Zakiah binti Ahmad dikurniakan empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.



Kisah perjuangan Tun Ibrahim boleh dibaca melalui buku beliau yang bertajuk “ IBRAHIM PAHLAWAN MELAYU “ versi Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa & Pustaka tahun 2008 dan “ IBRAHIM : The Malay Warrior “ versi Bahasa Inggeris terbitan Pelanduk Publications tahun 2005.




Tun, semasa dikunjungi oleh staf Arkib Negara
semasa ulangtahun ke 87 (2009)



TOKOH 6


almarhum
TUN SARDON BIN JUBIR SMN PMN DUPN SPMJ GCMG

(19-03-1917 - 14 Dis 1985)



Almarhum Tun Sardon bin Haji Jubir merupakan bekas Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang ke 4 (1975-1981). Tun Sardon juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan, Menteri Perhubungan dan Menteri dalam kabinet Tunku Abd Rahman dan Tun Abd Razak. Almarhum sebangsa rumpun denganku (Jawa) dan kampungku pernah termasuk dalamkawasan Parlimen almarhum, iaitu Kawasan Pontian Utara, sebelumbeberapa kali dipinda ke kawasan Seri Gading, kemudian ke kawasan Batu Pahat.

Sardon dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Johor pada 19 Mac 1917. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bagan Mukim Sungai Kluang dan Victorian English Primary School di Singapura dan menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Institute pada tahun 1932.Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.

Almarhum pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO dari tahun 1951 hingga 1964. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengakap Negara (1963-1973).



Sepanjang tempoh bergiat di dalam politik dan Kerajaan, Tun Sardon pernah menyandang jawatan berikut: Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1948), Ketua Pemuda UMNO (1951 - 1964), Naib Presiden UMNO (1967 - 1973), Menteri Kerjaraya, Telekom dan Pos (1957 - 1959), Menteri Pengangkutan (1959 - 1968) dan (1972-1974), Menteri Kesihatan (1969 - 1972), Wakil Tetap Malaysia ke PBB (1974-1975).

Setelah bersara dari politik dan Kerajaan Sardon telah dilantik menjadi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang selama 2 penggal dari tahun 1975 hingga 1981.





Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada tahun 1944
dan dikurniakan 4 cahayamata.


TOKOH 7

almarhum
TUN DR AWANG BIN HASSAN SMN DUPN SPMJ

(Nov 1910 - 23 Okt 1998)




Tun Datuk Dr.Hj.Awang bin Hassan was born in November 1910 in Muar, Johor and died on 23 October 1998 . He was educated by Sekolah Bukit Zahrah in Johor Bahru. Awang began attendance at the KE VII College of Medicine in the 1930s. He worked as a specialist in Kandang Kerbau Hospital in Singapore before opening his own clinic. He had two sons, Yahya Awang (Dato’) and Hussein Awang with his wife, Dr. Zabedah. Both sons became specialist doctors. Awang started politics and made Deputy Speaker of Dewan Rakyat and MP for Muar. He was the Malaysian High Commissioner to Australia after which he became the 5th Yang di-Pertua Negeri (Governor) of Penang, Malaysia from 1981 to 1989 attending the UN. Awang and his brother-in-law founded the United Malays National Organisation.



TOKOH 8



almarhum
TUN DR FATIMAH BT HASHIM SSM PMN
(25 Dis 1924 - 9 Jan 2010)

frames


Almarhumah Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah binti Hashim telah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Kurma, Muar, Johor. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusof (Allahyarham) dan mereka mempunyai enam orang anak. Beliau merupakan wanita petama dilantik Menteri Kabinet, iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia. Jawatan itu telah dipegang dari 20 Mei 1969 hingga akhir Februari 1973. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Kurma, Muar, kerana pada masa itu belum ada sekolah untuk murid perempuan di kampung tersebut. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan telah belajar bahasa Inggeris di sekolah malam dengan guru Sekolah Convent Johor Bahru.

Tun Fatimah telah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun dengan menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru dan memegang jawatan sebagai Bendahari. Pada tahun 1956, telah mengikut suaminya ke Perak, Tun Fatimah telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan dalam tahun yang sama telah dilantik Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya, menggantikan tempat Puan Khadijah Sidek. Pada tahun 1959, beliau berpindah mengikut suaminya ke Kedah dan . Di sana, pada tahun yang sama, beliau telah memenangi pilihanraya bagi kawasan Jitra-Padang Terap seterusnya mengekalkan kerusi berkenaan selama 3 penggal berturut-turut. Pada 20 Mei 1969, beliau telah dilantik Menteri Kebajikan Am, wanita pertama menjawat jawatan menteri. Beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga besara pada bulan Februari 1973.

Selain bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial terutamnya dalam pertubuah wanita. Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan bersama-sama beberapa orang pemimpin wanita lain, beliau telah memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos dan dirayakan setiap tahun sehingga hari ini. Selepas itu turut terlibat secara langsung menubuhkan Majlis Kebangsaan Petubuhan-pertubuhan Wanita atau National Council of Women’s Organisations (NCWO).

Tun Fatimah menerajui NCWO sebagai Yang Dipertua selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun 1989. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat, Ahli Majlis Universiti Malaya, AJK Hospital Assunta, AJK Sekolah Latihan Wanita Ipoh, AJK Perikatan Peringkat Malaya dan AJK Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah dilantik Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah. Sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, dengan sedirinya beliau menjadi Naib Yang Dipetua UMNO Malaysia dan menduduki kerusi di Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Pada 31 Ogos 1958, beliau telah dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh Sri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Universiti-universiti tempatan juga telah memberi penghormatan kepada beliau seperti Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya pada tahun 1975 dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidkan oleh UTM pada tahun 2000. Sebelum itu, pada tahun 1995, UTM telah melantik beliau sebagai Pro-Canselor. Pada tahun 2003, beliau telah dikurniai darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tun’.


TOKOH 9

almarhum
TAN SRI ABDUL KADIR BIN YUSUF PSM
(1915 - 1992)



Tan Sri Abdul Kadir Yusuf adalah seorang peguam dan ahli politik UMNO yang terkenal. Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar pada tahun 1915. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam UMNO, Menteri Undang-undang, Peguam Negara (1963 - 1977) serta Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. Isterinya ialah Tun Fatimah Hashim, seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Persekutuan. Beliau menang bertanding dalam PRU tahun 1978 dalam kawasan Parlimen Tenggaruh.

Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1992 dan sebagai pengiktirafan jasa Allahyarham terhadap negara, jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.


TOKOH 10


almarhum
TUN SULAIMAN BIN NINAM SHAH SSM PMN SPMJ

(2 Jan 1920 - 5 Jul 2003)


Tun Sulaiman Ninam Shah merupakan bekas Pengerusi Tetap UMNO yang paling lama berkhidmat (26 tahun) dan tokoh politik veteran.


Dilahirkan di Muar pada 2 jan 1920. Sulaiman memasuki alam kerjaya sebagai seorang konstabel polis di Johor pada tahun 1939. Tiga tahun kemudian, semasa Tanah Melayu berada di bawah pemerintahan Jepun, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Kenderaan Polis dan kemudiannya sebagai Penolong Penguasa untuk bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Muar hingga Jepunmenyerah kalah pada tahun 1945. Pada tahun yang sama, Sulaiman mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan membuka kedai akhbar, buku dan majalah di Muar. Tahun berikutnya, Sulaiman berjaya mendapat tender membekalkan makanan keperluan kepada HospitalMuar. Pada tahun 1970-an, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang membuka ladang kelapa sawit di Segamat.


Sulaiman kemudiannya dilantik menjadi pengerusi dan pengarah di beberapa buah syarikat ternama seperti Budget Rent-A-Car, Laksamana Tour, Top Coach Builder, Malacca-Singapore Ekspress, Pelaburan Johor Bhd., T & T Properties, Menara Landmark dan juga Bank Rakyat.


Sulaiman mula menceburkan diri dalam politik pada tahun 1946 ketika penubuhan UMNO.

Pada pilihan raya umum kedua, iaitu pada tahun 1959, beliau menang pilihanraya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Jawa. Kariernya sebagai wakil rakyat tidak dapat bertahan lama akibat serangan jantung ketika berumur 40 tahun, menyebabkan Sulaiman membuat keputusan menarik diri dari bertanding pada tahun 1964. Bagaimanapun, beliau terus aktif dalam politik dan mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar sehingga 1967.


Pada tahun 1976, Sulaiman mula memangku tugas sebagai Pengerusi Tetap UMNO walaupun beliau sebenarnya memegang jawatan timbalan. Beliau hanya dipilih secara rasmi pada tahun 1978 dan mengekalkan jawatan tersebut sehingga kematiannya. Selain itu, Sulaiman pernah dilantik sebagai Senator selama dua penggal mulai tahun 1979-1985 yang mana beliau turut dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Negara pada penggal kedua.


Dari segi kegiatan kemasyarakatan, Sulaiman banyak terlibat dalam persatuan-persatuan yang berkaitan dengan bidang perniagaan utama yang diceburinya iaitu pengangkutan.

Antaranya ialah sebagai Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Se-Malaysia dan ahli jawatankuasa Persatuan Pengusaha Pengangkutan Pan-Malayan. Selain itu, beliau mengasaskan Dewan Perniagaan Melayu Cawangan Negeri Johor dan Rumah Anak-Anak Yatim Daerah Muar.


Berdasarkan jasa-jasa yang dicurahkannya kepada rakyat, parti dan negara, Sulaiman dikurniakan pingat Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun pada 2001.

Allahyarham meninggal dunia pada 5 julai 2003 di Pusat Perubatan Pantai akibat sakit leukemia. Beliau meninggalkan seorang balu, Toh Puan Rose Othman, sembilan orang anak terdiri daripada enam lelaki dan tiga perempuan, 15 orang cucu dan dua cicit.


Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Jalan Bakri, Muar



TOKOH 11


almarhum
TAN SRI SYED JAAFAR BIN HASSAN ALBAR

(1914 - 1977)


Allahyarham Tan Sri
Syed Jaafar bin Hassan Albar (1914 –January 14, 1977) was a Malaysian politician. His staunch defense of his political party, the United Malays National Organisation (UMNO) — which leads the governing Barisan Nasional coalition — led to him being given the moniker "Lion of UMNO". He was also known for his radical views on Malay sovereignty over Malaysia, and Malay supremacy in politics, and is of Hadhami, Arab descent.


He served as the Secretary-General of UMNO during the early 1960s, but resigned after Singapore was allowed to secede from Malaysia. His last appointment was Ketua Pemuda UMNO.



TOKOH 12



almarhum
TUN SYED NASIR BIN ISMAIL

(7 Mac 1921 - 1982)

Masa aku di sekolah rendah aku dah kenal nama almarhum Syed Nasir Ismail. Masa dalam semua buku teks yang digunakan di semua sekolah ada tertera nama almarhum di muka surat pertama. Almarhum adalah Pengarah DBP, penerbit tunggal untuk semua buku teks sekolah di seluruh negara pada masa itu.

Almarhum Tun Sted Nasir bin Ismail adalah bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kemudiannya menjadi Speaker Dewan Rakyat Malaysia yang ke 5 (1978 -1982). Semasa hayatnya almarhum merupakan pejuang Bahasa Melayu.

Almarhum yang berketurunan Arab Hadhramaut dilahirkan di Batu Pahat pada 7 Mac 1921 merupakan ahli politik yang berjuang melalui UMNO.


TOKOH 13


almarhum
TAN SRI MUHAMMAD BIN RAHMAT
(4 Jan 1938 - 1 Jan 2010)


Tan Sri Mohamed bin Rahmat dilahirkan di Pulai pada 4 Januari 1938. Beliau yang amat mesra dengan panggilan 'Tok Mat' merupakan tokoh politik yang terkenal dengan kesetiaan kepada parti dan pemimpinya. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO.

Sepanjang penglibatannya dalam politik beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan (1973) dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (1974). Kemudian menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Mohamed Rahmat keturunan Jawa. Mendapat pendidikan menengah di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru pada 1956 sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Bachelor of Letters di Universiti Indonesia pada 1961 hingga mendapat ijazah Sarjana Muda. Beliau pernah menjadi guru di Sekolah King Edward VII, Taiping pada 1963 sebelum menceburkan diri dalam bidang penulisan skrip di FINAS mulai 1964.

Mohamad Rahmat menyertai UMNO pada tahun 1963 dan dipilih menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru Barat pada tahun 1969 dan ditukar nama menjadi Parlimen Pulai pada tahun 1974 sehingga lah tahun 2004. Selepas memenangi PRU 1978 Mohamed Rahmat telah dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia (1978-1982). Ketika ini Kelantan yang diperintah oleh PAS berjaya dirampas oleh UMNO melalui MAGERAN Kelantan 1978.

Beliau pernah menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Atas kapasiti sebagai Menteri Penerangan, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan juga
Barisan Nasional. Dalam kerajaan , beliau menjadi Menteri Penerangan Malaysia dua kali kerana mempunyai kebolehan mempengaruhi pendengar. Beliau menjadi Menteri Penerangan dari 1978-1982 iaitu semasa Dato Hussein Onn menjadi PM dan sekali lagi apabila Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (1987-1999). Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia bertaraf Menteri antara tahun 1982-1987.

Semasa perpecahan UMNO 1987 (Team A dan Team B), Mohamed Rahmat adalah antara pemimpin yang teguh setia di belakang Mahathir. Apabila pendaftaran UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1988, dan UMNO (Baru) ditubuhkan Mohamed merupakan perintisnya dan nombor keahlian 00000003 dan Mohamad Rahmat dilantik menjadi Setiausaha Agung Sementara pada 16 Februari 1988.
UMNO berjaya dipulihkan dan diyakini rakyat .Perkataan 'Baru' pada UMNO berjaya dibuang . Kelab UMNO luar negara telah ditubuhkan bagi menarik sokongan pelajar luar negara. Pada 19 Januari 1994, Kelab UMNO Surabaya, Indonesia dirasmikan oleh Dato' Mohamad Rahmat.

Mohamed merupakan pelopor kepada gerakan SEMARAK (Setia Bersama Rakyat) dan ia digerakkan oleh Dato Mohamed Rahmat selaku Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad pusing keliling Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan semangat cintakan negara.

Dato Mohamed Rahmat telah menulis sebuah buku memoir selepas lama bersara dari jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO. Buku UMNO: Akhir Sebuah Impian' memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin UMNO terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan .

Pada 10 Jun 2008, Tan Sri Mohamed Rahmat dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada. Beliau menjalani pemeriksaan 'CT Brain' bagi menentukan keadaan pendarahan di bahagian otak. Mohamed menghidap penyakit buah pinggang sejak 1999 dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Pada 1 Januari 2010, Mohamed Rahmat meninggal dunia di rumahnya 42 Jalan Setiajaya, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Jenazah almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Anaknya Datuk Nur Jazlan Mohamed mewarisi politik UMNO Pulai. Nur Jazlan menjadi Ahli Parlimen Pulai.


TOKOH 14





PROF UNGKU AZIZ bin ABDUL HAMID
(28 Jan 1922)


Professor Diraja Ungku Andul Aziz bin Ungku Abdul Hamid merupakan seorang tokoh Ekonomi yang amat disegani. Belaiau merupakan anak Melayu yang pertama menjadi Naib Canselor sebuah universiti di Malaysia iaitu Universiti Malaya dan juga paling lama iaitu 20 tahun. Beliau amat dikenali dengan panggilan Pak Ungku. Ungku Aziz dilahirkan di London pada 28 Januari 1922 merupakan seorang kerabat diraja Johor. Beliau merupakan anak saudara kepada Dato Sir Onn Jaafar. Ayahnya Ungku Abd Hamid merupakan seorang Leftenan dalam tentera Timbalan Setia Negeri Johor (TSNJ) dan ibunya bernama Hamidah bt Abdullah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura dan Univesiti Malaya, Singapura dalam jurusan Ekonomi hingga tahun 1951. Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Jepun pada tahun 1964.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951. Kemudian Pak Ungku beralih kerjaya sebagai Pensyarah Ekonomi di Univ Malaya, Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di UM, K.Lumpur. Kerjaya Pak Ungku di UM mencapai ke kemuncak menara gading itu apabila beliau dilantik sebagai Naib Canselor dari tahun 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978 dan merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima gelaran itu. Beliau juga adalah merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 1997, Pak Ungku telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Malaysia.

Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO pada 11Mei 2005.

Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah pelaksanaan DEB dan MAPEN II. Ungku Aziz merupakan pencetus idea penubuhan Lembaga Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Islam & Pusat Asasi Sains Universiti Malaya serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Bhd (ANGKASA).

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zeti Akhtar Aziz (Tan Sri Dr) yang juga pakar Ekonomi dan kini menerajui Bank Negara Malaysia (sejak 2000).

Sehingga tarikh ini Pak Ungku masih enggan menerima walau satu bintang kehormatan pun sama ada dari Kerajaan Persekutuan atau Negeri.


TOKOH 15


almarhum
PROF DATO DR UNGKU OMAR BIN UNGKU AHMAD

(18 Jan 1931 - 15 Feb 1969)


Allahyarham Dato' Dr Ungku Omar Ungku Ahmad merupakan seorang tokoh perubatan Melayu dan ahli sains yang berkaliber yang sentiasa memikirkan soal pembangunan bangsa dan agama.

Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bharu, Johor dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, Johor. Kecemerlangannya telah membawa beliau ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya mememasuki Universiti Malaya, Singapura. Setelah menamatkan pengajian perubatan pada tahun 1957 dan latihan doktor di Johor Bharu, Ungku Omar telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1961, Ungku Omar telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan memperolehi Diploma di bidang Patologi daripada Royal College of Physicians London dan Royal College of Surgeons pada tahun 1962. Pada tahun yang sama allahyarham telah dilantik menjadi Pendaftar di Jabatan Patologi, Royal Free Hospital, School of Medicine, London. Selepas dua tahun berkhidmat beliau telah dilantik sebagai Pendaftar Kanan dan diterima menjadi Ahli College of Pathologist, London.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) pada tahun 1965. Pada tahun yang sama juga, Dr Ungku Omar telah diterima sebagai ahli Institute of Biology, London. Seterusnya pada tahun 1967, beliau telah dianugerahkan Ahli Kehormat College of American Pathologist, Amerika Syarikat.

Sekembalinya beliau ke tanahair, Dr Ungku Omar Ungku Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan dan beliau merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan sebanyak 40 kertas kerja tentang bidang pengkhususannya. Prinsipnya, 'Kesihatan itulah kemajuan, Tak sihat manakan maju' telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam bidang perubatan negara.

Dato Dr Ungku Omar telah memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Menurut sesetengah pihak, beliau merupakan di antara orang yang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Penubuhan UKM merupakan titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana ianya merupakan universiti yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan seterusnya memertabatkan bahasa Melayu.

Pelbagai jawatan telah dipegang oleh beliau, antaranya ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, Pengarah Perkhidmatan Membasmi Malaria, Pengarah Makmal Perubatan dan Kesihatan Malysia, Ahli Jawatankuasa Pakar Kementerian Kesihatan Malaysia, Ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika (SEAMEC ), Ahli Jawatankuasa Sains Sosial UNESCO dan lain ? lain lagi.

Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia yang begitu muda, 38 tahun tetapi jasanya kekal hingga kini dan sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau, namanya telah diabadikan pada sebuah pusat pengajian tinggi, Politeknik Ungku Omar.


Special note about Ungku Omar (extracted from www.malaysianinsider.com)


Acute moral decadence plaguing the Malay youths today is reminiscent of what was described of the Malays, a hundred years or so ago: poor, lazy and indolent, habitually waking up late, addicted to opium, caught up with cock fighting, gambling and all other kinds of entertainment. Flabbergasted Malays condemned the writer as a British stooge, paid to disparage them. Apart from that they did nothing and remained snug in their cocoon.


Great motivator

Outraged, a few Malays of later generations took it as a challenge. Among them was the valiant son, Ungku Omar (Datuk Dr Ungku Omar). He was an assistant District Officer (ADO), a glamorous, well-paid job, a rare attainment for a Malay during the British time. He decided to study science from scratch to enable him to study medicine. He sought permission of his British boss, the District Officer (DO), to study part-time. His bosses’ spontaneous response was to get his head examined!

Ungku Omar pursued. With relentless hard work, he qualified to study medicine and eventually became a medical doctor. He was later employed as a lecturer in one of the American universities, specialising in tropical medicine. Later, he was appointed as head of the Institute for Medical Research (IMR) in Kuala Lumpur.

Ungku Omar died of coronary thrombosis in his early forties. To commemorate this great motivator, Politeknik Ungku Omar in Ipoh was named after him.

Datuk Dr Ungku Omar negated the people’s negative perception of the Malays. The Malays were not lazy, but given the opportunity, they would excel. But where were the opportunities those days?

Ungku Omar was an exception who possessed the rare qualities that others didn’t. He did not wait for opportunity to unfold before him, but he created and found the opportunity himself — the hallmark of success!