CAREER DEVELOPMENT
TRAINING AND COURSES
LATIHAN PEGAWAI KEDET
1 April 1980 - Januari 1981.
Latihan Pegawai Kedet Angkatan Tentera Malaysia Tauliah Jangka Pendek (TJP) Panggilan ke 37, Sekolah Pegawai Kedet, Kem Sebatang Karah, PORT DICKSON. Cerita lanjut sila baca tajuk ' Cadet Intake TJP 37'.
Januari 1981 - 30 Jun 1981.
Latihan Asas Penerbangan helikopter di Pusat Latihan Terbang II (PULATIBANG 2), TUDM Kluang, KLUANG, JOHOR. Gagal menamatkan latihan dan ditauliahkan dalam Cawangan Logistik.
11 April 1983 - 11 Oktober 1983.
Kursus Pengurusan Pegawai Logistik Siri 22, Sekolah Logistik, Institut Teknologi Udara, KINRARA. After I dropped from my flying course, I (with another 6 flying dropped out) were sent to short Air Movement module (chipped in the one of the Basic Supply Officer course) in Kinrara. No certificate awarded to me. Then, I was posted to RMAF Kuching to work as DAMO. I attended this mandatory career course two years plus after I remastered to Logistics Branch!. Very late. Overtaken by 2 batches of my juniors.
KURSUS ASAS PEGAWAI KELENGKAPAN
18 Feb - 19 Mei 1984.
Kursus Asas Pegawai Kelengkapan Siri 33, Sekolah Kor Kelengkapan, BATU KANTONMEN. This course also had its own significant. I was nominated to go for this course about 3-4 months after reporting to RMAF Kuantan. The worse part was, I just brought over my wife to Kuantan, stying in a rental house at Taman TAS. I was staying in the Officers' Mess Batu Kantonmen throughout the course. I return to Kuantan every fortnight. You know how I travelled? My Suzuki Cup R80!!!. Normally I would leave the mess after my Friday games (about 5pm). Until today, I cannot think, how I was so dare to do that. Riding through Karak highway. Normally I would stop at Mentakab for Maghrib before proceed (in the darkness) to Temerloh, Maran, Gambang and Taman TAS (about 250km). At that time, most part of the roadside (in between townships) were a jungle and small village. Once, if I am so tired, I would take express bus. Thanks Allah, throughout my challenging journeys, I was protected by Him. Zero accident, zero break down and other unlikely things. The route from Kuantan to KL were less risk. I normally took off from house after zohor. So, I can reach KL early night. Thanks to Allah also for protecting my wife who was staying alone in Kuantan (pregnant) for about 3 and half month.
12 Feb- 17 Feb 1990.
Kursus Pengenalan Sistem Katalog Siri 2/90, MAF Cataloguing Authority (MAFCA), KEMENTAH.
23 Julai - 28 Julai 1990.
Kursus Perkaderan Dakwah ATM, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, di Kompleks Tabung Haji, KELANA JAYA
28 Feb - 6 Julai 1991.
28 Feb - 6 Julai 1991.
MODULA PENGURUSAN KPS
4 Mac - 15 Mac 1991
Modula Pengurusan (KPS), Institut Tadbiran Awam Negara, di TUDM KINRARA (bergabung dengan peserta Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia (KTPU).
14 Sep - 19 Sep 1992.
Kursus Keselamatan Antarabangsa, Institut Diplomatik dan Hubungan Luar Negeri, Jalan Elmu, PETALING JAYA
11 - 12 April 1994.
11 - 12 April 1994.
Kursus Write It Right (Letter/Memo), Institut Latihan Tadbir Awam Negara (INTAN), PETALING JAYA
22 - 26 Sep 1997. Kursus Imam Pegawai ATM 1/97, Kor Agama ATM, di Kompleks Jemaah Haji KELANA JAYA
KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENGESAH DALAMAN MLVK
27- 29 Oktober 1997.
Kursus Induksi Pegawai Pengesah Dalaman Bagi Sijil Kemahiran Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), di Banglo Semai Bakti, PORT DICKSON.
12 - 16 May 1998.
ILS Awareness Course, TLM (Australia), di Markas ATM, KEMENTAH- in my personal record in HR, it written that I attended this course in Australia. Peeeeerahhhhh. The 5 day course was conducted by one company from Australia in 20th Floor MINDEF, organized by Markas ATM.
KURSUS NEUROLINGUISTIK PROGRAMMING
KURSUS NEUROLINGUISTIK PROGRAMMING
11 - 13 November 1998.
Kursus Neuro-Languistic Programming, Jabatanarah Perisikan Udara, TUDM SUBANG. The facilitator for this 3 day course was Kdr Nasir from RMN.
KURSUS STAF MTAT
KURSUS STAF MTAT
4 Jan - 11 Disember 1999.
Kursus Staf, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), HAIGATE. I have special topic in my blog about my course in MTAT. Kursus ini turut merangkumi Modula Pengurusan dari 15 - 27 Nov 1999 di INTAN.
KURSUS KECEMERLANGAN ORGANISASI
10 - 13 April 2005.
Kursus Kecemerlangan Organisasi , Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KEMENTAH di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Good opening and leadership lecture in the first day by Dato Sirajuddin bin Salleh, the Deputy Sec Gen of MINDEF.
KURSUS NEGOTIATION FOR TRAININGOF TRAINERS
KURSUS NEGOTIATION FOR TRAININGOF TRAINERS
20 - 24 Februari 2006.
Negotiation for Training of Trainers, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Selatan KLUANG.
Jun 2010 - received an offer to attend one year staff course at Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT)- the twin programme with UKM for Sarjana Sains Sosial (Kajian Keselamatan). 21 Jul 2010, attended ADFELPS test at RMC, Sg Besi. 24 Ogos....dapat berita...ehem ehem
Observations:
- Sepanjang kerjayaku selama 30 tahun, AKU TIDAK PERNAH diberi peluang untuk mengikuti kursus di luar negara. Lazimnya pegawai Materiel akan berpeluang sekurang2nya sekali berkursus di luar negara khususnya Australia atau USA. Ada yang berpeluang berkali-kali. Aku memang banyak kali berpeluang ke luar negara, tapi tugas seperti FAT, PDI, LSM, PRM dan sebagainya. Tak lebih seminggu. Pergi untuk kursus pendek atau panjang, TAK PERNAH.
- Sepanjang kerjaya aku, aku juga tidak pernah diberi peluang mengikuti apa-apa kursus kepakaran Logistik seperti Pergerakan Udara, Pegawai Kenderaan, Kawalan Mutu Bahanapi, Pengurusan Bahan Letupan, Pengurusan Kewangan dan sebagainya. Tenguk la dalam senarai di atas tu? apa kursus yang aku pernah pergi? Oleh sebab itu, dalam kerjayaku, I had set in my mind that the highest rank I could achieve is Mejar OR taking consideration of my 'psc', 'Lt Col' will be a bonus.
- Apa pun, aku bersyukur kerana dapat peluang dua kali untuk mengikuti kursus tertiary, iaitu DBS dan ADBS(HRM) di ITM dan dengan memiliki ijazah ini aku layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana walaupun dengan perbelanjaan sendiri.
LAWATAN/TUGAS LUAR NEGARA
- Pontianak, Indonesia (1982) - ini adalah kali pertama aku dapat peluang ke negara asing. Masa tu aku bertugas di TUDM Kuching. Memang saja nak bagi peluang, so ditugaskan sebagai pegawai pembayar gaji untuk staf pejabat ALO di Pontianak, Kalimantan Barat. Pergi naik pesawat Caribou dari TUDM Labuan. Sepanjang tempoh bertugas di TUDM Kuching, aku dapat dua kali terbang ke Pontianak.
- Medan, Indonesia (1991) - Masa ni aku bertugas di MPPU. Bertugas sebagai Logistic Liaison Officer untuk Exercise Elang Malindo di Pangkalan Udara (LANUD) Medan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia selama seminggu. Rakan tugasku ialah Kapt Abas Hassan dari No 12 Skn dan staf dari Skn Semboyan BU.
- Chandigrah, India (1997) - Inilah kali pertama aku keluar dari rantau Asia Tenggara. Aku diberi peluang untuk tugas PDI bagi peralatan Radio Transceiver dari Bharrat Industries, Chandigrah yang ditaja oleh Syarikat Federal Telecomm. Aku pergi dengan Mej Hishamuddin (Eng), Encik Maniam (Pero 5) dan Mr Tan dari Fed Comm.
- Rome & La Spezia, Italy (1998) - tugas PDI Radar Alenia - dengan En Rodin Mamat (Pero 3) dan Mej Khairudin Zahari. berpeluang melawat Menara Condong di Pisa, pelabuhan La Spezia dan juga negara San Marino diiringi oleh Enrico Benigno. Bertemu dengan pegawai-pegawai RMN Corvette Project Team di La Spezia dan bersarapan nasi lemak dirumah Kdr Abidin.
- Songkhla, Thailand (1999) - lawatan ini merupakan salah satu dari program (KESBAN) dalam kursus MTAT. KL - Penang - Alor Setar - Songkhla - Hatyai - Langkawi - KL
- Yeovil, Somerset, UK (2000) - Ini adalah kali pertama aku menjejak kaki ke UK. Negara nenek tiri Queen Eliza. Masa ni aku bertugas di MOF, mengikuti delegasi MINDEF menghadiri Project Review Meeting (PRM) untuk helikopter Super Lynx TLDM. Bertemukenal dengan anggota projek di sana; Kdr Khairudin Khalid (sekarang Laksma Dato), Kdr Mohd Adib -pilot (sekarang Kept), Lt Kdr Aziz adan Lt Kdr Fadzil.
- Tucson, Arizona, USA (2001) - menghadiri FAT pesawat VVIP jet Global Express (9007) selepas menjalani senggaraan khas di premis Bombardier. Balik menaiki pesawat ini melalui Barcelona (refuelling - night stop) dan Maldive Is.
- Toronto, Canada (2002)- menggotai tim penerimaan untuk 'green aircraft' pesawat Global Express (9096) yang akan menggantikan 9007 yang banyak masalah teknikal. Tim diketuai oleh Brig Jen Dato' Abu Bakar Said. Anggota lain ialah Mej Dzul dan En Mohd Fakharuddin (Pero 3). berpeluang melawat Nigara Falls.
- Milan, Italy (2003) - Menyertai PRM pesawat Agusta 109M untuk JBPM di Cascina Costa di Samarate, Milan, Italy. Tim diketuai oleh PPjP Hamdan dan anggota lain Lt Kol Shabre, Mej Khairudin dan seorang jurutera dari JBPM.
- Singapore (2004)- menyertai ICQ International Logistic Seminar di Singapura bersama Lt Kol Zahari Jamaludin.
- Brunei (Jul 2005) - menyertai mesyuarat Air Working Group (AWG) untuk Malaysia-Brunei Bilateral Agreement di Seri Begawan. Team diketuai oleh Brig Jen Ali Nasirudin TUDM (AKS BOLP).
- Jakarta/Bandung/Yokyakarta, Indonesia (Ogos 2006) - menyertai Exchange Programme antara pegawai-pegawai TUDM dan TNIAU. Delegasi diketuai oleh Lt Kol Abd Manaf bin Zaid.
- Barrington, Chicago,USA (Okt 2006) - mengetuai PDI Team untuk Camera RF5E di premis Recon Optical Inc. (ROI) disertai oleh agen lokal IG Tech (En Ahmad Sulaiman).
- Irkutsk/Moscow, Russia (May 2007) - menyertai PDI Team untuk ILS equipment SU30MKM serta majlis roll out pesawat pertama SU30MKM. Ditugaskan untuk membaca doa semasa majlis tersebut (layanan kurang memuaskan di Moscow Airport)- (sila baca halaman blog berkaitan lawatan saya ke Russia).
- Ansty/Bristol, UK (Jun 2007) - Setamatnya tugas di Irkutsk, saya dan Lt Kol Razip Samad (SISGP A) terus ke London untuk membuat satu lagi tugas rasmi, lawatan fasilitet ke Rolls-Royce Ansty, UK seterusnya ke RAF Marham dan RRL Bristol. Pengalaman pahit di Heathrow Airport sebelum bertolak pulang. (baca halaman blog saya di bawah tajuk lawatan ke UK).
- Ansty, UK (Dis 2008) - Mengetuai kumpulan membuat tugas PDI Viper Engine dengan Lt Kol Thien PK dan Mej Lua PT.
- Bristol, UK (Feb 2008) - Menghadiri Programme Review Meeting (PRM) Adour Engine, dengan Dato Ackbal, Lt Kol Rafdzi,Mej Gopalan (MTU)dan Mej Izani (Pero 3).
- Lytham, UK (June 2009) - Menghadiri JPRM Hawk BAe dengan Kol Zaki, Lt Kol Rafdzi dan Mej Ghazali.
- Bandung, Indonesia (May 2010) - Menghadiri Logistic Support Meeting (LSM) pesawat CN235. Rombongan diketuai oleh Panglima. Aku mempengerusikan mesyuarat provisioning untuk pesawat CN235.
- Moscow, Russia (27 - 30 Jun 2010)- menyertai Technical Coordination Group/Component Improvement Program Logistics Support Meeting (TCG/CIP/LSM) pesawat MiG-29 dan SU30MKM dengan FSUE Rosoboronexport dan JPSC RAC MIG di Moscow, Rusia. Kumpulan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai TUDM dan eksekutif ATSC Sdn Bhd. Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Panglima Logistik Udara.
- Stan, Switzerland (1 - 3 Jul 2010)- Dari Moscow kumpulan berpecah dua, aku mengetuai satu kumpulan bagi menghadiri Mesyuarat Provisioning Review for PC7 aircraft di Pilatus Aircraft Ltd, Stans, Switzerland. Ahli kumpulan; Lt Kol A.Rafdzi, Lt Kol M.Gopalan, Mej Muhd Shafiq Khee dan Mej Lua P.T.
- Makkatul Mukarramah?????
Kalau tak masuk TUDM mungkin negara asing yang aku dapat lawat hanyalah Arab Saudi. Itu pun disebabkan menunaikan Fardhu Haji adalah Rukun Islam dan telah ditaqdirkan menunaikan haji itu di Mekah. Kalau diandaikan boleh buat haji di negara sendiri, rasanya tak merasalah nak ke oversea ni.
xxxxxxxxxxxx
0 comments:
Post a Comment